YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, 26 Ogos 2011

~ takdirMU [ episod akhir ] ~

Kini hampir 5 bulan Amni tidak berhubung lagi dengan Naz iaitu kekasihnya dulu. Walaupun setiap hari perasaan Amni ingin mengetahui bagaimana keadaan Naz sama ada dalam keadaan baik ataupun tidak, Amni memasangkan kekuatan agar imannya kuat dan memanjatkan doa kepada Allah. Amni tahu bahawa penjagaan Allah pada hambaNYA lebih sempurna berbanding dirinya yang penuh diselaputi dosa-dosa lalu.

Sekarang, Amni melewati hari-harinya dengan memperbanyakkan ibadah kepada Allah, membaca buku motivasi dan melayari ceramah-ceramah di youtube. Amni beranggapan positif bahawa segala kesakitan dan keperitan yang Amni alami dan hadapi hanyalah dugaan untuknya dan balasan akibat daripada menceburkan diri dalam noda cinta dunia. Kini, Amni tidak lagi mahu berpaling ke belakang. Cukuplah bagi Amni kenangan silam itu hanya sejarah zaman jahiliahnya. Kali ini, Amni bertekad agar qalam hidupnya dipenuhi dengan coretan yang indah berlandaskan syariat yang ditetapkan islam.

Sedang Amni sibuk mendengar ceramah di laman sesawang youtube daripada ustaz kazim Elias, tiba-tiba.. pop! Bunyi indah nada chatbox di facebook menghentikan kekusyukkan mendengar ceramah tersebut.

“ Assalamualaikum sayang… “ Satu ungkapan yang muncul di ruangan chatbox facebook Amni..

“waalaikumusalam w.b.t. sayang…eh,lamenyer mendiamkan diri “ balas Amni dengan gembira.

“ eh, kite yang mendiamkan diri ataupun awak yang menyepikan diri ni?” balas ungkapan dalam chatbox tersebut.

“ awaklah yang mendiamkan diri.. =p .. ok ok la, saya yang menyepikan diri.. “ balas Amni dengan perasaan yang penuh gembira.

“ tahniah atas pertunangan awak, tapi sedih la.. awak tak jemput kite pun tau Amni .. tahulah tak lame lagi awak nak mendirikan masjid dengan insan tersayang “ satu ungkapan yang membuatkan Amni terkejut.

“ eh, eqa..saya bertunang?mana ada, saya tak pernah bertunang… kalau bertunang, pasti saya jemput kawan-kawan saya.. Lagipun mesti ramai yang wish kat wall facebook saya tau “ balas Amni dengan perasaan yang terkejut.

“ dah awak tak jemput, macam mane nak wish kat wall facebook awak.. haha =p.. tapi awak tak bertunang? Awak ni..awak nak sorokkan daripada saya ye Amni “ balas Eqa iaitu kawan sekolah Amni suatu ketika dahulu.

“ Allahu Akhbar.. betul Eqa.. saya bercakap jujur Eqa.. saya tak pernah bertunang dan tak ada sesiapa yang masuk meminang saya “ ujar Amni dengan nada serius walaupun perbualan tersebut hanya berlaku di ruangan laman sesawang.

“ Amni.. are you serious? “ balas Eqa pendek dan ringkas.

I’m serious Eqa .. no play-play.. I’m very serious right now.. ni bukan soal main-main tau.. awak dapat mane info tak betul tu Eqa? “ soal Amni dengan muka yang serius.

“ saya dapat daripada wall Naz la “ balas Eqa dengan jawapan yang pendek dan ringkas.

Tersentap Amni selepas membaca butiran kata-kata daripada Eqa..tiada apa yang dapat di ungkapkan Amni ketika itu melainkan perasaan terkejut dan sedih menyelubungi dirinya.

Amni tidak membalas kata-kata Eqa di chatbox tetapi Amni terus menziarahi laman sesawang facebook Naz untuk mendapatkan sesuatu info yang membuatkan dirinya dalam keadaan kesedihan.

“Alhamdulillah, pinangan aku di terima. Terima kasih Ya Allah “

Pendek.ringkas. tetapi perkataan tu membuatkan seluruh jiwa Amni terasa berat sehinggakan Amni berasa susah untuk bernafas seketika.

“astagfirullah al a’zim… astagfirullah al a’zim… astagfirullah al a’zim……… “ Amni melafazkan ungkapan istighfar sebanyak-banyaknya sehingga perasaan sedih dalam diri Amni berkurangan.

“Naz, cepatnya awak berubah hati..mudahnya awak melupakan saya.. siapa gadis yang bertuah yang awak pilih untuk jadikan suri hidup awak, Naz..bagaimana dengan saya Naz, setelah saya menanti awak datang menghalalkan saya.. “ itu lah ungkapan sendu dari bibir mugil Amni selepas menatap satu ayat yang di tulis oleh Naz, kekasih lama Amni di ruangan sesawang facebook Naz…

Lantas, Amni tidak dapat menahan sebaknya. Amni menutup laptop kepunyaannya lalu membaringkan diri di atas katilnya sambil menangis semahunya.

“Amni, awak okey ke?awak menangis?” ujar teman sebilik Amni iaitu Hanis.

Amni membiarkan persoalan tersebut tanpa di jawab. Lantas, teman sebilik Amni, merangkap classmate Amni mendekatkan diri ke katil Amni.

“Amni, awak okey tak ni?awak ada masalah apa ni?jangan menangis ye, saya sedih tengok awak macam ni..awak tak pernah macam ni Amni “ ujar rakan sebiliknya sambil cuba mengetahui punca Amni menangis.

“ saya dah tak tahan Hanis. Sekian lama saya menahan diri dan berjuang untuk menjadi isteri yang halal untuk Naz, tapi saya tak sangka, dia lebih memilih orang lain berbanding saya. Apa kurangnya saya…” ujar Amni dengan perasaan yang cukup sedih.

“Amni, awak bangun ya dan cuba ceritakan satu persatu kat saya. Kalau awak cerita dalam keadaan baring dan tutup muka macam ni, nanti saya tak dapat dengar apa yang awak cuba sampaikan. Awak duduk yea..” lantas Hanis terus memegang bahu Amni untuk membetulkan kedudukan Amni.

“saya tak tahu nak mulakan macam mana Hanis,saya sedih, Nis..saya terlalu sedih sangat.. baru sebentar tadi saya tengok facebook Naz, dia dah meminang wanita lain..siapa wanita tu?..kejapnya dia berubah hati Nis. sebelum ni dia begitu sayangkan saya dan dia kata dia menunggu saya dan berharap saya tak kecewakan dia tapi……dia yang buat macam tu kat saya.saya tak tahu.. Ya Allahh….. “ Amni menjelaskan dengan penuh rasa hiba dan sedih.

“ Awak tahu mana yea Amni, Naz dah meminang wanita lain?” soal Hanis untuk mendapat kepastian.

“saya yang membaca sendiri post Naz, Hanis. dia sendiri yang menulis pinangannya di terima. Sampai hati dia Nis. Sampai hati dia………..” jawab Amni sambil berubah riak muka yang penuh kekecewaan..

“Amni, mungkin dia bukan terbaik untuk awak, Allah dah menentukan seseorang yang terbaik untuk menjalani hidup bersama awak” ujar Hanis untuk mengurangkan kesedihan di hati Amni.

“tapi sehingga sekarang, saya masih sayangkan Naz awak. saya masih sayangkan dia. tak pernah berubah walau sedikitpun Nis..” balas Amni dengan penuh perasaan sambil air mata mengalir di pipinya.

“awak, perasaan sayang, suka, cinta,benci rindu..semua tu hanyalah pinjaman daripada Allah semata-mata awak. awak sayangkan Naz sangat hari ni, tak mustahil perasaan tu akan hilang esok. Sekelip mata je Allah boleh menarik balik pinjamanNYA. Begitu juga Naz, mungkin Allah dah menarik perasaan sayangnya kat awak dan menimbulkan perasaan sayangnya pada wanita lain” ujar Hanis panjang lebar.

“ Ya Allah……….. “ tiba-tiba terkeluar ungkapan tersebut daripada mulut Amni..

“Amni, saya sayangkan awak , dan Allah lagi sayangkan awak..buktinya, ini lah..apa yang awak sedang hadapi sekarang. Awak nak tahu tak kenapa saya kata Allah sayangkan awak dan beri ujian ini pada awak? Sebabnya…Allah rindu untuk mendengar rintihan awak, Allah rindu mendengar suara awak, Allah nak hubungan Allah dan awak semakin dekat dan Allah nak awak bahagia dengan rahmatnya. Awak tenang dalam pemeliharaanNYA. Awak sedar tak dengan apa yang saya cakapkan ni? Soal Hanis setelah panjang lebar mengingatkan Amni pada Yang Maha Kuasa.

Amni hanya mampu menganggukkan kepala sambil deraian air mata laju membasahi pipinya.

“ Awak, redhakan hati ye dengan apa yang awak hadapi sekarang. Insyaallah, Allah akan meredhai hidup awak. Jika awak masih berterusan macam ni, sia-sia perjuangan awak selama ni kan awak. Sia-sia saja awak menahan keperitan dalam hidup awak, sia-sia saja awak menjaga iman awak jika berkesudahan awak terhenti di tengah jalan..” sambung Hanis lagi.

“ Kali ni,awak dengar kata saya ye. Saya tahu, awak yang merasai awak lagi terasa pedih dan sakitnya tapi saya sahabat awak, saya lagi sedih tengok keadaan awak macam ni. Ini lah tujuan kita bersahabat kerana Allah awak, saling mengingati. Bila awak sedih, saya akan kurangkan sedih awak dengan tarbiyah Allah, bila awak leka dengan hal dunia, saya ingatkan awak dengan amaran Allah. Saya sayang awak kerana Allah. Saya bersahabat dengan awak kerana Allah…” ujar Hanis lagi.

“maafkan saya jika saya bercakap banyak saat awak sedang sedih” sambung Hanis lagi.

“tak..tak Hanis. Awak tak perlu minta maaf. Awak tak buat salah apa-apa. Saya yang bersalah kerana ikutkan sangat perasaan saya ni. Terima kasih Hanis sebab ingatkan saya. Terima kasih awak. Saya pun sayangkan awak…” ujar Amni setelah sekian lama mendiamkan diri sambil deraian air mata laju membasahi pipinya.

“ Hanis, saya sayangkan awak sangat. Saya nak bertemu Allah sekejap yea..” ujar Amni sambil bangun menuju ke bilik air untuk berwudhu’.

Setelah seminggu Amni berhadapan dengan situasi yang mengecewakan, Amni membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman untuk menenangkan fikiran sambil mencari sedikit kedamaian di hati untuk berada di samping keluarga tersayang.

Setiba di kampung halaman, Amni terus menyalami kedua ibu bapanya dan memeluk adiknya yang paling kecil untuk melepaskan rindu yang bersarang di hati. Dengan cara itu dapat mengubat sedikit kepedihan di hati.

“ ummi, esok Amni nak masak boleh?masak untuk tengah hari “ soal Amni kepada umminya sambil menonton televisyen dengan keluarganya di ruangan rehat dalam rumah Amni.

“ Amni nak masak apa tu? Boleh je..esok ummi rehat la yea..” soal ummi untuk menduga Amni.

“ haha..mesti la..esok ummi rehat je tau..Amni akan menunjukkan kepakaran Amni dalam bidang memasak ni. Pasti ummi rase sejukkk je perut ummi tengok anak ummi memasak tau” ujar Amni sambil mengusap-usap lembut lengan ibunya.

“ betul ni Amni?abang, esok kita jadi juri masakan Amni ye.. “ ujar ummi Amni kepada suaminya.

Walid Amni hanya tersenyum melihat kerenah anak dan isterinya sambil memanjatkan kesyukuran ke atas rahmat Allah untuk kebahagiaan rumah tangganya. Keesokkannya, Amni bangun awal pagi untuk menemani ibunya ke pasar untuk membeli barang-barang keperluan untuk menyediakan makanan tengah hari.

“ ummi, ummi duduk depan je sambil tengok tv ke, menjahit ke.. biar Amni masak sorang-sorang kat dapur..hihii” ujar Amni sambil memegang bahu ibunya dan menuju ke ruang hadapan.

“ betul ni Amni boleh masak sorang-sorang ? “ soal ibu Amni untuk mendapat kepastian.

Amni mengangguk untuk meyakinkan ibunya. Lantas Amni terus menuju ke dapur.

Hampir 40 minit Amni berada di dapur untuk menyediakan makanan tengah hari, tiba-tiba …

“Amni, datang ke depan kejap. Ada tetamu nak jumpa Amni. Jangan lupa bertudung tau” ujar ibunya Amni dengan pesanan ringkas.

“ baik ummi” balas Amni sambil penuh tanda tanya dalam fikiran Amni.

“ sape la yang nak jumpa aku tu yea?kena bertudung pula tu “ bisik Amni dalam hati sambil mencapai tudung dan menuju ke ruang tamu hadapan.

Setibanya di hadapan, Amni menyalami makcik dan duduk bersimpuh di tepi ibunya.

“ siapa pak cik dan mak cik ni?kenapa nak jumpa aku ni. nervous la pula “ bisik Amni di dalam hati.

“Amni sembang-sembang dulu ye dengan makcik dan pak cik ni. Ummi nak telefon walid kejap dan nak buat air kejap” pesan ummi Amni lalu meminta diri daripada tetamu tersebut.

“ nama anak Puteri Amni Qaleesya ye?” soal mak cik tersebut untuk memulakan perbualan.

“iyea mak cik “ jawab Amni ringkas sambil tersimpul malu.

“ Amni belajar lagi?” soal pak cik yang mendiamkan diri tadi.

“ iyea pak cik. Saya tahun akhir kat University Malaysia Perlis pak cik” ujar Amni.

“ Alhamdulillah, bagus la kalau macam tu Amni. Tujuan mak cik dan pak cik datang ni sebab nak mewakilkan anak mak cik untuk meminang Amni” ujar mak cik tersebut.

Amni terkejut! tidak mampu berkata apa-apa kerana semuanya berlaku secara tiba-tiba dan secara tidak menduga.

“ nama anak mak cik Muhammad Nazrul Haikal dan masih belajar juga tapi tahun akhir di University Malaysia Pahang” ujar mak cik tersebut seperti menjawab persoalan yang terbuku di ruangan fikiran Amni.

“ Ya Allah.. Naz….” Bisik amni di dalam hati sambil perasaannya bertukar menjadi sebak.

“ Kalau Amni setuju, maknanya ibubapa Amni pun setuju juga tapi apa-apa pun mak cik tunggu persetujuan daripada ayah Amni ya “ ujar mak cik tersebut.

Amni menganggukkan kepala dan tidak mampu berkata apa-apa kerana ketika saat itu, Amni sedang menahan tangisannya di dalam hati.

“ kak, kejap lagi suami saya balik daripada tempat kerja. Kak dan suami boleh tunggu sekejap lagi? Minum la air ni dulu. Sekejap lagi boleh la kita makan tengah hari sama-sama. Amni yang masak hari ini.” ujar ummi Amni kepada tetamu tersebut.

“ Amni masak hari ini?boleh sangat la kalau macam tu “ ujar mak cik tersebut dengan nada riang.

“habis la aku macam ni.macam mana kalau masakan aku tak sedap nanti. Tapi apa-apa pun aku kena dapatkan kepastian daripada Naz dulu. Bukan ke Naz dah meminang wanita lain. “ bisik Amni di dalam hatinya.

“mak, mak cik, pak cik..Amni minta diri sekejap ye..” ujar Amni meminta kebenaran daripada umminya dan tetamu untuk menuju ke bilik.

Setiba di bilik, Amni mencapai handphone dan menelefon Naz, kekasihnya dahulu..

Tutttt…tuttttt….

“assalamualaikum ..” suara Naz menjawab panggilan.

“Waalaikummussalam..” jawab Amni ringkas sambil berdebar-debar di hatinya.

“ ada apa ye awak call saya ?” soal Naz kepada Amni

“ err..err.. ibu bapa awak datang rumah saya sekarang dan ………….. “ Amni tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana berasa malu menyelubungi dirinya.

“dan meminang awak kan? Betul… kenapa awak call yea Amni?awak tak setuju?” soal Naz,menduga dengan panggilan tersebut.

“ eh..eh..saya tak bermaksud macam tu tapi bukankah awak dah meminang wanita lain sebab awak tulis kat facebook……………….?”kata-kata Amni terhenti lagi kerana terlupa akan ayat yang telah di post oleh Naz di ruangan facebook.

“oh, awak call saya sebab nak tanyakan hal itu?haha..betul..pinangan saya di terima tetapi bukan di terima oleh wanita lain tapi ibubapa saya. Maksudnya ibu bapa saya telah terbuka pintu hati untuk menerima pinangan saya pada awak. kan sebelum ni ibubapa saya tak mengizinkan saya ada apa-apa ikatan ketika masih balajar.. “ terang Naz dengan panjang lebar.

“Ya Allah..besar sungguh kemuliaanMU Ya Allah..terima kasih Ya Allah..” itu ungkapan dalam hati Amni selepas mendengar penerangan daripada Naz..tiba-tiba air mata Amni mengalir dengan laju kerana terharu dengan takdir Allah dalam kehidupannya. Amni berasa begitu bersyukur dengan kurniaan Allah yang telah mengurniakan kebahagiaan dengan cara yang terbaik dalam hidupnya.

“awak,Amni…dengar tak apa yang saya cakapkan ni?” soal Naz kepada Amni.

“err..err.. dengarr..terima kasih awak..okey la awak, saya ada kerja sikit nak buat. Assalamualaikum awak “ ujar Amni lantas mematikan panggilan tersebut.

Tiba-tiba Amni terduduk dan menangis semahunya atas rahmat dan kemuliaan Allah kepadanya. Amni tidak menyangka begini aturan hidupnya yang ditentukan oleh Allah. Amni berasa bersyukur tak terhingga sehinggakan Amni sujud syukur kepada Allah untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Maha Pencipta. Sambil bersujud, Amni menangis penuh bersyukur atas rahmat yang Allah berikan.

“ terima kasih Ya Allah akan ku terima pinangan ini dengan cara terbaik keranaMU Ya Allah dan akan ku jaga hubungan ini tidak melebihi hubunganku dengan MU Ya Allah. Sesungguhnya Kau la Maha Berkuasa dan Maha Penentu segalanya..terima kasih Ya Allah “ lafaz Amni sambil bersujud syukur.

Lantas Amni menyeka air mata di pipinya dan terus berwhudu’ untuk menunaikan solat syukur kepada Allah.

Selepas menerima pinangan tersebut, kini Amni bahagia menjalani kehidupannya barunya sebagai tunangan seorang lelaki yang pernah menjadi insan yang disayanginya dahulu sehingga kini. Sambil mempertingkatkan ibadah dan menjaga iman kerana Allah, Amni juga tidak lupa untuk mendalami ilmu kekeluargaan yang bakal dihadapinya pada masa akan datang. Amni terasa bahagia dengan kehidupannya kini yang semakin berlandaskan syariat Islam.

“Ya Allah, jika ini takdir untukku, aku redha kerana Engkau tahu apa yang terbaik untuk hambaMU..alhamdulillah Ya Allah..” bisik hati Amni seusai menunaikan solat maghrib.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~` TAMAT ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Khamis, 25 Ogos 2011

~ contest menulis cerpen ~

Assalamualaikum w.b.t….

Sabaah alkhayr.. Dah lame betul ana meninggalkan teratak blog ini kerana ana sibuk menjalankan tugasan ana sebagai suri rumah praktikal..hehee..


Alhamdulillah..hari ini dah lepasi 22 minit masuk ke ramadhan ke 26.. tinggal lagi 4 hari masa perjuangan umat islam dalam bulan penuh magrifah Allah ni..terasa sedih menapak di hati..jika di izinkan, ana nak sangat bulan seperti ini berkekalan seperti bulan biasa tetapi semua ini telah di tulis rapat dalam Qalam Allah bahawa bulan magrifahNYA hanya pada satu bulan sahaja iaitu bulan Ramadhan.. rugi andai kita melepasi bulan yang penuh rahmat ini tanpa mencari bekalan ke akhirat…

Alhamdulillah, awal pagi macam ni, ana terpaksa mengambil sedikit waktu untuk mencoret kata-kata di dinding blog ana untuk memenuhi keinginan ana untuk menyertai contest menulis cerpen.

Ini pertama kali ana cuba menceburkan diri dalam dunia contest yang hanya pertandingannya berlaku di blog.. tapi itu semua perkara terakhir kerana yang pentinggggggggg adalah ::


ا] ana ingin berkongsi sebuah nukilan daripada idea kecil ana dengan sahabat - sahabat yang membaca nukilan ana.. ^_^

ب ] ana tertarik dengan hadiah daripada penganjur pertandingan tersebut.. hadiah itu sangat bermanfaat untuk beroleh bekalan ke akhirat.. dan yang pasti ia adalah Qalam Akhirat dan akan memberi syafaat untuk pembacanya..

ت ] menang atau kalah, itu adalah adat pertandingan.. sesiapa yang berani menyertai pertandingan, mestilah berani mengambil risiko kekalahan.. dan itu membuktikan masih banyak perkara yang perlu di pelajari [ peringatan untuk diri ana .. hehe ]


Disebabkan ana tidak dapat mengambil masa terlalu lama untuk mencoret warkah dalam laman blog ana, di sini ana ingin memaparkan banner hasil daripada kretiviti idea penganjur itu sendiri..


<< klik sini untuk melihat blog penganjur


Ana juga telah membuat satu cerpen tetapi mempunyai dua episode.. insyaaAllah, episode ketiga [terakhir] akan menyusuri sebelum tarikh pertandingan tamat.. mudah-mudahan ana sempat menghabiskannya kerana masa ana kebanyakkannya terluang sebagai suri rumah praktikal..hehe


Di sini, ana serta kan episode pertama dan episode kedua ^^,


Episod 1 : http://mencintaiallah.blogspot.com/2011/08/ana-asifah-ya-akhi-saya-menjadi-kejam.html

Episod 2 : http://mencintaiallah.blogspot.com/2011/08/ana-asifah-ya-akhi-saya-menjadi-kejam_06.html

Episod 3 : http://mencintaiallah.blogspot.com/2011/08/takdirmu-episod-akhir.html [ telah di terbitkan pada 26/8/2011 ]


Baiklah, sampai di sini saje yang dapat ana coretkan [ sambil mendengar lagu istikarah cinta ].. insyaAllah, dengan izin Allah, esok ana akan kembali lagi menziarahi laman blog ana ni.. tetapi sebelum tu, ana ingin tagged 5 orang sahabat ana untuk mengajak mereka dan para pembaca untuk menyertai pertandingan menulis cerpen..jum kite kongsi idea sambil berkongsi ilmu ^^, insyaallah..banyak manfaatnya dan niatkan kerana Allah Ta’ala..

Sahabat-sahabat yang tersayang :::::

ا ] hanie

ب ] shera

ت ] izzati

ث ] toiyibah

ج ] yaya


Baiklah , sampai sini dulu yee..ana tak boleh lame – lame nie.. asif ya sahabat.. insyaAllah, dengan izin Allah, kite ketemu lagi esok yea.. maassalamah wa ilalliqa’... lailatul saidah.. Assalamualaikum w.b.t..

Selasa, 16 Ogos 2011

KELEBIHAN DI SEBALIK SEBUTAN "AMINNN"

Mengenai membaca amin selepas membaca surah Al-Fatihah di dalam solat seperti yang dilakukan oleh kebanyakan kita hari ini maka para ulama’ menyebut bahawa ianya ialah sunat yang dituntut dan hal ini merupakan pendapat jumhur ulama’. Walaubagaimanapun menurut Ibn Hazm pula ianya ialah wajib atas makmum dan sunat bagi Imam dan mereka yang bersolat sendirian (lihat Al-Muhalla m/s 262 Jilid 3 dan Ibn Abidin 320 Jilid 1 dan Mughni Muhtaj m/s 160 Jilid 1).


Perkataan Amin bermakna اللهم استجب “Ya Allah makbulkanlah” (lihat Ibn Katsir m/s 45 Jilid 1) dan disebut dari riwayat Abi Musa Al-Asya’ari yang berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:


اذا قرأ (الامام) غير المغضوب عليهم ولا الضالين فقولوا آمين يجببكم الله
“Apabila Imam membaca “Ghoiril Maq’du bi’alaihim waladha’lin” maka sebutlah amin maka Allah akan memakbulkan kamu.” (Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 404). Bahkan disebut oleh para ulama’ termasuk sunat membaca amin walaupun diluar solat sama ada berseorang diri atau bermakmum kepada orang lain atau menjadi imam jika setelah selesai membaca Surah Al-Fatihah.


Sesungguhnya perintah menyebut amin ini disebut sebagai mendapat ganjaran pahala dan manfaat seperti yang disebut dalam hadith riwayat Abu Hurairah r.a bahawa baginda Nabi s.a.w pernah bersabda:


اذا أمن الامام فامنوا فانه من وافق تأمينه تأمين الملائكة غفرله ما تقدم من ذنبه
“Jika Imam menyebut amin maka sebutlah amin sesungguhnya barangsiapa yang aminnya bertepatan (bersamaan) dengan amin para malaikat maka diampunkan dosanya apa yang telah berlalu.” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 780 , Muslim no. 410 dan Tirmidzi no. 250 serta Abu Daud no. 936).


Begitulah juga dalam hadith-hadith yang lain seperti termasuk menyebut bahawa jika selesai Nabi s.a.w membaca Al-Fatihah baginda akan menyebut amin dan menjaharkannya (melantangkannya) dan meninggikan suaranya seperti dalam riwayat oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya hadith no. 932 yang berdarjah sahih.


Walau bagaimanapun haruslah dingatkan bahawa pembacaan amin oleh makmum haruslah selepas imam menyebut amin bukan sebelum imam atau mendahului imam seperti dalam hadith di atas. Sesungguhnya amin para malaikat ialah selepas aminnya imam bukan sebelum atau bersama imam tetapi selepas imam

copied from ::- http://mediasiber.com/menyebut-amin-selepas-membaca-al-fatihah/


Isnin, 8 Ogos 2011

sedikit coretan hati ana =(


Assalamualaikum semua.. hari ini ana ingin meluahkan sedikit rasa di hati…. Mudah-mudahan dengan luahan ini, dapat mengurangkan sedikit rasa kesedihan di hati…

Dugaan Allah…mungkin buat masa sekarang ana rasakan ia sangat berat..insyaallah..ana akan cube ringankan dengan mendekatkan diri kepada Allah…insyaallah…

Mudah-mudahan ana dapat menangung rasa perit ini…air mata ana ni tak henti-henti mengalir dari kelopak mata ana..alhamdulillah..nasib baik ibu ana tak perasan..ayah ana tak perasan..kakak ana tak perasan….alhamdulillah..ana dapat sembunyikan lagi….

Hari ini ana bangun awal pagi untuk membantu ibu ana di dapur…hari ini juga entah pape je ana buat keje…habis minyak panas terpercik kat kaki dengan tangan ana..aduih! sakitnyerr tapi tak pe,ana boleh tahan sebab rasa perit di hati ana ni melebihi rasa sakit percikan minyak panas pada tangan dan kaki ana….kesan percikan tu ana tak kisah sebab perit hati ana membuatkan ana rasa kurang sakit atas percikan tu….

Alhamdulillah…hari ni semua keje siap tepat pada azan zohor…lantas ana pun mempersiapkan diri untuk menunaikan kewajipan pada Allah..tapi ana tak tahu kenapa air mata ana nie asyik mengalirrrrrrrr je masa membersihkan diri dan mengambil wudhu’..nasib baik ibu ana ni tak kata ape-ape sebab ana berada lame dalam bilik air…tapi ayah ana tutup lampu bilik air…waaaa,takutnyer ana rasa…takut ada lipas tersembunyi dalam bilik air..huhu~ dan ana cepat2 bersiap-siap dan buat xde ape-ape berlaku..heheehheee

Masa solat pun air mata ana turun lagi..waa,banyaknyerr air mata ana nie..Ya Allah,ampunkan ana… =( dan ana hindarkan semua tu..ana terus cube mengkusyukkan diri..alhamdulillah…

Lepas selesai solat, ana membantu ibu ana meletakkan semua kuih-muih kedalam bekas untuk diniagakan untuk bazaar ramadhan..huhu~ masa tengah buat keje,tibe-tibe fikiran ana menerawang ke kenangan-kenangan silam..tiba-tiba..hidung anaaa….hukhuk..jadi kembang kempis dan kembang kempis menahan sedih di hatii =( ..nasib baik ibu ana tak perasan..kalau perasan,ana tak tahu nak jawab ape…alhamdulillah..dan sekarang ana sedang meluahkan rasa hati ana dalam coretan bertulis agar dapat mengurangkan sikit rasa perit di hati....

Ana asifah andai coretan kali ini tidak memberi ape-ape ilmu pada para pembaca..insyaallah..next time ana akan cube paparkan satu kisah yang berilmu ye..maaf yee..

Ana undur diri dulu yea..ada keje nak buat sikit…mudah-mudahan puasa tahun ini memberi keberkatan dalam hidup kalian dan ana juga dan mendapat seluas-luas maghrifah daripada Allah..Allahumma amen..assalamualaikum w.b.t…

Sabtu, 6 Ogos 2011

~ takdirMU ~

*~~~~ sambungan yang pertama~~~~*

“apa maksud awak amni?tak mungkin la awak. Tak mungkin perkara tu terjadi pada awak.saya nak awak selamat ada depan mata saya. Saya tak kan biarkan perkara tak elok berlaku pada awak amni”ujar teman lelaki amni dengan nada yang serius.

“awak yakin dengan kata-kata awak naz?” soal amni yang turut mempamerkan riak wajah yang serius.

“saya yakin. Awak tak percaya kan saya lagi?” soal teman lelaki amni.

“kalau betul awak yakin dengan kata-kata awak, saya tunggu awak selamatkan saya dari menjadi kayu api pembakar api neraka” jawab amni dengan nada yang sebak.

Keadaan ketika itu sunyi tanpa sebarang kata. Teman lelaki amni masih terkaku melihat amni selepas amni mengeluarkan kenyataan tersebut. Amni pula menundukkan wajah sambil mencuba untuk menahan rasa sebak di dada.

“kita nikah yea awak” ujar amni dengan nada berbauk pujukan sambil menundukkan muka menahan perasaan malu.

Teman lelaki amni masih mendiamkan diri sambil melemparkan pandangan ke arah taman permainan.

“awak, awak dengar tak apa yang saya cakap tadi. Awak yakin nak selamatkan saya daripada azab seksaan api neraka Allah kan, tu je caranya awak.Jika awak menghalalkan saya dan dengan cara tu, awak benar-benar buktikan kenyataan awak yang awak akan selamatkan saya daripada terbakar”ujar amni panjang lebar.

“awak,awak faham kan, parents saya tak izinkan saya bernikah ketika saya masih belajar. Saya pernah bagitahu awak sebelum ni kan. Saya nak awak, saya nakkk…saya nak sangat awak menjadi isteri saya yang sah tetapi parents saya pasti marah kalau saya nyatakan hasrat saya tu. Saya takut mak saya marah” ujar teman lelaki amni berbaur pujukan.

“Awak, kita nikah khitbah ye.kita sama-sama jumpa parents awak, lepas tu kita nyatakan hasrat kita sama-sama secara baik. Kita cuba sedaya upaya kita yea awak. Saya sanggup berjumpa dengan parents awak asalkan saya tak menjadi penyebab awak dibakar di akhirat kelak.saya sayang awak,saya tak sanggup tengok awak terseksa kena bakar.saya tak sanggup awak.” cadang amni dengan penuh semangat.

“awak,awak faham kan parents saya macam mana. Saya pasti parents saya akan marah saya nanti”ujar teman lelaki amni.

“tapi kita tak cuba lagi kan” ujar amni kembali.

“awak nak tengok saya kena marah, kena sindir-sindir dengan parents saya nanti? Saya tahu, mesti selepas tu hubungan saya dengan parents saya rengang”ujar teman lelaki amni lagi.

“emm,awak tolak cadangan saya sebab takut parents awak marah ye?” soal amni lagi

“ye awak” jawab teman lelaki amni pendek sambil menundukkan wajah yang sedih.

“awak tak takut Allah marah” soal amni dengan harapan teman lelakinya dapat berfikir seperti apa yang amni fikir.

Soalan amni hanya dibalas dengan tundukkan wajah teman lelaki amni yang sedih.

“awak, saya minta maaf. Jika benar awak nak selamatkan saya daripada dibakar, awak buatlah pilihan sama ada awak menghalalkan saya atau kita merehatkan hubungan tak halal ni untuk sementara waktu sehingga awak datang menghalalkan saya nanti” ujar amni dengan nada yang sedikit tegas.

“awak, saya sayang awak, saya tak nak lagi jadi penyebab hati awak hitam dan awak hidup dalam kemurkaan Allah. Kita dah semakin jauh dengan Allah awak. Walaupun kita solat lima waktu sehari tapi kita masih meneruskan larangan Allah. Saya nak kita bertaubat awak. Lagipun kita betul-betul di akhir zamankan awak.kita pernah sembang-sembang tentang dunia akhir zamankan awak.” Ujar amni lagi.

“awak, bagaimana kalau saya pergi dulu dalam keadaan saya masih melakukan maksiat?apa yang awak rasa? Kalau awak, saya pasti akan menyesal seumur hidup sebab menjadi penyebab awak di seksa di alam sana nanti.saya tak sanggup awak.tak sanggup nak buat insan yang saya paling sayang diseksa di alam sana”sambung amni sambil suara yang tersekat-sekat menahan kesedihan.

Suasana ketika itu suram dan dihiasi oleh kesedihan pasangan “bahagia” tersebut. Teman lelaki amni terdiam dan tidak mampu untuk berkata apa-apa kerana teman lelaki amni tahu ada kebenaran daripada setiap butir kata-kata amni.

Maaf awak, saya terpaksa memilih keputusan merehatkan hubungan kita ni sehingga saya halal untuk awak. Awak datang la menghalalkan saya ye. Saya janji saya tunggu awak selagi tidak ada wanita lain yang menjadi penyeri hidup awak. Saya tetap tunggu awak.

“tak mengapa la kalau awak betul-betul nak merehatkan hubungan kita. Saya tak ada hak nak memaksa awak. Apa yang awak buat tu perkara baik. Tak elok saya menghalangnya. Tapi saya harap awak tak mengecewakan saya dan saya pasti memilih awak sebagai suri hidup saya nanti. Insyaallah.” Ujar teman lelaki amni setelah lama mendiamkan diri.

“andai jodoh antara kita kuat, dan setia antara satu sama lain,awak dan saya pasti bersatu nanti. Percaya la pada janji-janji Allah ye awak.” ujar amni sebagai kata – kata semangat untuk teman lelakinya.

“saya minta diri dulu awak, dah lama kita keluar. Insyaallah, jika saya adalah salah satu daripada tulang rusuk awak, saya pasti kembali pada awak dengan izin Allah untuk melengkapkan hidup awak dan membahagiakan awak keranaNYA” ujar amni untuk kali terakhir pada hari tersebut.

Lantas, amni terus bangun dan menuju ke kaunter pembayaran sambil menahan kepedihan di hati. Teman lelaki amni hanya menundukkan wajah untuk menahan rasa sedih. Amni tahu teman lelakinya menangis saat itu, tetapi amni tidak mampu membuat apa-apa kerana ingin selamatkan teman lelakinya daripada dimurka oleh Allah dan mendapat seksaan azab daripada Allah.

“saya pasti menunggu awak dan saya akan pastikan kita saling menyintai sebagai suami isteri sehingga ke syurga Allah.insyallah,dengan izin Allah Yang Maha Mengetahui.” Bisik amni di dalam hati selepas beberapa langkah meninggalkan kedai makan tersebut.

~takdirMU~

Suatu petang, amni dan teman lelakinya bersiar-siar di kawasan taman yang di penuhi dengan gelak ketawa kanak-kanak. Suasana ketika itu sangat riang disebabkan kerenah kanak-kanak yang menghiburkan. Senyuman manis di raut wajah amni tak penah lekang apabila melihat kerenah kanak-kanak yang sedang bermain. Begitu juga dengan teman lelaki amni, senyuman ikhlas terpancar di wajah teman lelakinya apabila melihat kerenah kanak-kanak dan tambahan pula melihat senyuman manis di wajah amni. Mereka bersiar-siar sambil berkongsi-kongsi cerita dengan penuh ramah. Walaupun mereka bercinta tetapi mereka masih menerapkan batasan-batasan untuk hubungan yang masih belum mencapai peringkat yang halal lagi. Mereka berjalan beriringan tanpa bersentuhan sesama sendiri. Usai berjalan-jalan di taman, mereka menuju ke sebuah kedai makan yang berdekatan dengan taman tersebut.

“ Awak, awak sayang saya tak?” soal amni kepada teman lelaki kesayanganya.

“mesti la saya sayang. Saya sayangggggggggggggg awak sangat-sangat. Awak?” balas teman lelaki sambil membuat mimik muka penuh rasa kasih sayang.

“terima kasih awak . saya pun sayangggkan awak sangat. Tapikan awak, kenapa awak sayang saya ye. Saya bukan la wanita yang baik. Saya bukan la wanita yang solehah.” Soal amni kepada teman lelakinya.

“Awak, awak nak tahu sesuatu tak, bagi saya awak la paling terbaik untuk saya. Hati awak baik, lemah lembut, selalu dengar kata saya, suara awak pun lembut.Lagipun awak nie manja tau.” ujar teman lelaki amni.

“terima kasih awak tapi saya ni bukan wanita solehah. Belum tentu saya akan menjadi isteri terbaik untuk awak nanti.” Balas amni dengan riak muka yang sedikit berubah.

“Awak, saya Nampak ciri-ciri wanita solehah kat dalam diri awak. Walaupun awak tak menonjol, maksud saya awak tak pakai tudung labuh, tapi cara pakaian awak ni longgar, pakai stoking, kira awak dah menjaga aurat juga tau. Lagipun , banyak kata-kata awak yang mengingatkan saya tentang kesilapan saya. Awak banyak mengingatkan saya. Saya perlukan awak. “ ujar teman lelaki amni dengan perubahan wajah yang sedikit muram.

“Awak,saya perlukan awak juga. Awak banyak membantu saya. Awak sangat take care tentang diri saya. Awak selalu jaga saya dari perkara-perkara tak elok. Tengok lah, minggu lepas, ada sekumpulan lelaki ganggu saya tapi awak cakap elok-elok dengan diorang, Alhamdulillah, diorang tak ganggu saya dah.Lagipun awak selalu nasihat saya,jangan lewatkan solat kalau saya tak buat apa-apa. Dan banyak juga nasihat yang awak berikan pada saya.semua demi kebaikan saya. Saya pun sangat perlukan awak naz”ujar amni lagi.

“tapikan awak, apa yang awak akan buat kalau tiba-tiba rumah saya terbakar dan saya terperangkap dalam rumah saya” soal amni kepada teman lelakinya.

“apa maksud awak ni?saya tak nak awak cakap bukan-bukan. Saya tak nak benda tu terjadi kat awak.saya sayang awak” jawab teman lelaki amni dengan riak muka yang sedikit cemas.

“awak,rilex la, jangan macam ni ye.saya Cuma Tanya awak je. Saya nak tahu jawapan awak je”ujar amni dengan penuh sopan.

“emmmmmmmmm..” hanya itu balasan teman lelakinya sambil berfikir.

“entah la awak, tapi saya akan selamatkan awak.saya tak nak awak macam tu. Saya akan sedaya upaya nak selamatkan awak. Tak kisah la kalau keselamatan saya terancam,saya tetap nak selamatkan awak.saya tetap nak selamatkan awak jugak.”sambung teman lelaki amni lagi dengan nada yang semakin serius.

“terima kasih awak atas jawapan awak tu. Jawapan awak tu betul-betul buat hati saya jadi sebak tiba-tiba.terima kasih sangat-sangat awak sebab nak selamatkan saya. Saya hargai kebaikan awak pada saya”ujar amni dengan nada semaki sebak.

“sebab saya terlalu sayang dan cintakan awak amni”balas teman lelaki amni.

“awak,betul ke awak nak selamatkan saya daripada bara api yang membakar rumah saya, macam mane pula awak nak selamatkan saya andai bara api membakar diri saya?” soal amni dengan nada yang perlahan dan sebak.

*~~~~ nantikan sambungannya ~~~~~*


Khamis, 4 Ogos 2011

APABILA KAMU BERKAWAN DENGAN LELAKI




Assalamualaikum w.b.t....

Masa’ alkhayr? Alahmdulillah..hari ini termasuk hari ke empat kita berpuasa..

Alhamdulillah.. syukur ke atas hadrat Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk ana terus menikmati bulan keberkatan ini..alhamdulillah Ya Allah...

Ana doakan para pembaca semua dikurniakan kesihatan dan ketebalan iman agar dapat memanfaatkan bulan keberkatan ini sebaik-baiknya..Barangsiapa yang tidak memanfaatkan bulan mulia ini termasuk la dalam golongan yang rugi..

Sesungguhnya apabila datangnya bulan ramadhan, maka tertutup la semua pintu neraka dan diikat semua syayatin oleh Allah... dan Allah melimpahkan kasih sayangnya kepada umat-umat Nabi Muhamad S.A.W dengan menghadiahkan rasa ingin berpuasa,membuat solat sunat,membaca Al-Quran,berzikir..alhamdulillah.. Ya Allah..sesungguhnya Kau lah Maha Mulia Lagi Maha Mengasihani...

Di bawah ini saya sertakan satu ungkapan untuk kaum hawa...dan boleh menjadi pilihan untuk kaum adam...boleh la ambil iktibar dan buatlah pilihan untuk diri sendiri...samada ingin memilih redha Allah atau kemurkaan Allah..

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,

ingatlah ada dua pilihan terbentang

PERTAMA...

kamu jadi seperti KELAPA...

mudah diperoleh..

diparut...diperah..

dan diambil santannya...

lepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA...

Kamu menjadi sebutir MUTIARA..

berada di dasar lautan...

tersimpan rapi..

dilindungi kulit...

bukan senang nak lihat..

apa lagi mendapatkannya..

hanya orang yang bertuah ...

berusaha menyelami dasar lautan...

dapat memperolehnya..

harganya mahal sekali..

dan ia akan tersimpan selamanya..

jadi..

kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..

di sebalik SANTAN..

menjadi penyedap makanan..

diperah segala kenikmatan..

dengan mudah jatuh menjadi titisan..

akhirnya habis kari dimakan..

pulut panggang sisi habis ditelan..

dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..

yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..

orang tak kenang jasa SANTAN..

MUTIARA...

tertanam di dasar paling dalam...

sukar andai mengharap jadi perhatian..

kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..

namun kiranya ditemui insan..

akan menjadi PERMATA HIASAN..

terletak tinggi di cincin idaman..

atau di leher nan jinjang..

atau di lengan menawan..

makin lama MUTIARA tertanam..

makin tinggi nilainya..

oleh itu...

pilihlah sendiri...

menjadi SANTAN..

mudah jadi perhatian..

tapi hanya sebentar jadi santapan...

kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

menjadi MUTIARA..

sukar ditemukan..

namun bila dihias indah gadis rupawan..

hilang ia..

tangisan mengiringi zaman..

* sekadar perkongsian dan renungan buat kaum hawa..

Copied from facebook’s note...

Followers