YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Khamis, 8 Disember 2011

~ ana hamba berdosa ~


...بسم الله الرحمن الرحيم...




Ya Allah, ana hambaMU berdosa...

berdosa...dan setiap hari ana melakukan dosa...

Ya Allah,dekatilah ana..

hampirilah ana..

tarbiyahilah ana...

agar ana tidak lagi melakukan dosa-dosa yang ana sedari atau tanpa ana sedari...

Ana hambaMU yang berdosa Ya Allah..

Allah... T_T

ana tidak tahu sampai bila Ya Allah...

sampai bila ana berkeadaan begini...

sentiasa menginsafi dosa-dosa yang ana lalui..

tetapi masih mengulanginya Ya Allah..

luaran sememangnya ana tersenyum,ceria tetapi dalaman, hanya Engkau sahaja yang memahami ape yang ana lalui Ya Allah..

ana telah merancang sesuatu dan Engkau pun sedang merancang sesuatu untuk hidup ana tetapi perancanganMU pasti lebih baik...

mudah-mudahan Engkau merahmati dan mengizinkan perancangan ana..

menjadi seperti yang ana hasratkan..

amenn Ya robbal a'lameenn...

Sabtu, 3 Disember 2011

~ tip-tip bertudung labuh =) ~


...السلام عليكم...

Sobahal khayr antum wa atunna...

dalam melewati pagi...

ana leka menziarahi belog-belog sahabat handai...

yang kebanyakkannya memberi santapan rohani kepada jiwa ana...

alhamdulillah..

ana terjumpa satu artikel yang mumti'un jiddan! =)

Disebabkan dalam kawasan kediaman ana..

sangat ramai perubahan dalam kalangan pelajar wanita..

yang ramai mula berhijrah menghijabkan diri mereka..

alhamdulillah..

dengan pakaian yang lebih sopan dan sejuk mata memandang..

ana dengan senang hati..

ingin berkongsi satu artikel yang menarik..
.
.
.


semoga artikel ini dapat berkongsi ilmu dan memberi manfaat kepada setiap pembacanya.. Insyaallah wa biiznillah...jum same same hayati dan mendalaminya =)



Khamis, 1 Disember 2011

~ secubit penyesalan ~




...بسم الله الرحمن الرحيم...

Sebelum ana ingin menulis sebarang nukilan, ana ingin mengekpresikan dua smiley terlebih dahulu....
T_T

T_T

kenapa yea?kerana ana berasa sedikit sedih..sedih disebabkan keaktifan mulut ana berbicara malam ini..

Allhurabbi,kenapa banyak sangat ana berbicara,bercerita perkara yang tidak sepatutnya, berkata itu dan berkata ini..ampunkan ana Ya Allah jika setiap bait-bait kata-kata ana menyebabkan timbulnya dosa-dosa dan titik hitam pada hati ana. Sudah banyak titik-titik hitam pada hati ana yang masih belum mampu ana singkirkan T_T

Allah...syukran Ya Allah kerana mengurniakan ana rasa seperti ini..rasa yang mengingatkan ana bertapa lalainya perbuatan ana dalam berbicara yang begitu banyak sekali..sekaligus menyedarkan kesilapan ana pada malam ini.. Rasa ini merupakan nikmat kekuasaanMU..amaran dan peringatan daripadaMU Ya Allah dikala ana leka dengan kelemahan ana..terima kasih sekali lagi Ya Allah...

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Benar, sebelum ini ana telah berniat untuk menjadikan diam perkara utama dalam hidup ana..bagi ana diam itu lebih baik dan ana suka berdiam diri dikala tiada ungkapan yang perlu dibicarakan..ternyata,malam ini adalah ujian untuk ana..Allah menguji ana, seteguh manakah niat ana dapat ana pertahankan dengan perbuatan ana malam ini..tetapi keputusannya gagal..ana gagal mengawalya..ana lemah dengan ujian Allah..Allahurabbi T_T

Hadis-hadis Rasulullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud :

"Barangsiapa yang bayak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang bayak silapnya,nescaya banyaklah dosanya. Barangsiapa yang banyak dosanya,nescaya nerakalah lebih utama baginya. [ Riwayat Ibu Naim ]

" Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik ataupun diam" [ Riwayat Bukhari dan Muslim ]

"Barangsiapa diam, maka terlepasla ia daripada bahaya" [ Riwayat At-Tarmizi ]


Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan perkara sia-sia. Sebaliknya untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu diam adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.


*Semoga peristiwa yang terjadi malam ini menjadi tarbiyah untuk ana selamanya dikala ana terleka dengan kelemahan duniawi ana..

Allahumma amenn...







Selasa, 29 November 2011

~ istiqamah tidak semudah perubahan ~


...بسم الله الرحمن الرحيم...

Sesungguhnya perubahan daripada buruk kepada baik
merupakan satu perjuangan yang panjang dan sukar
kerana
di dalam perjuangan itu
pasti ada kelegaan dan kepuasan jiwa.

Seandainya dalam perubahan
masih juga terlanjur kesalahan
jangan sesekali menyerah dalam kekalahan
tetapkan jiwamu dalam perubahan
kerana Allah tetap memerhati usaha untuk beralih ke arah kebaikan

Serahkan hatimu pada Allah
agar Dia menemukan hatimu pada jalan yang benar.

** biar jatuh sehingga bertongkatkan dagu,asalkan tidak menyerah kalah**




~ tidur selepas subuh ~


بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah pasti ramai dalam kalangan pembaca sudah tahu banyak kesan buruknya andai kite tidur selepas subuh kan?

Di bawah ana sertakan hadith-hadith dan dalil-dalil untuk membuktikan larangan tidur selepas subuh. Antum boleh la membacanya dan menilainya sendiri dan mengambil sebagai teladan, Mudah-mudahan dapat memberi sedikit ilmu pada ana dan pembacanya. Wallahualam..

Daripada Sokhr Al-Ghamidzi bahawa Rasulullah SAW ada berdoa ::
"Ya Allah,berikanlah keberkatan kepada umatku pada waktu paginya "

Anak kesayangan Nabi Muhamad SAW, bercerita bahawa suatu hari Rasulullah SAW lalu dirumahnya pada waktu subuh dan didapati bahawa fatimah sedang berbaring. Lalu Rasulullah menggerakkan fatimah dengan kakinya, sambil berkata:

" Wahai anak perempuanku, carilah rezeki tuhanmu, dan jangan kamu jadi dari kalangan orang yang lalai. Kerana sesungguhnya Allah SWT membahagi-bahagi rezeki manusia itu, diantara terbit fajar dan terbit matahari." [ Sya'b Al-Iman : 4550 : sanad hadis ini lemah ]



KESAN BAHAYA TIDUR SELEPAS SUBUH.

1. Tidak sesuai dengan petunjuk Al-Quran dan As-sunnah
2. Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para As-Salafush Soleh [ generasi terbaik umat ini ], bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
3. Tidak mendapat barokah pada waktu dan amalannya.
4. Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.
5. Menyebabkan pelbagai penyakit di badan.

WAKTU YANG MANFAAT UNTUK TIDUR

1. Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam [ ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam ]
3. Tidur di pertengahan siang [ Qailullah ]

.
.
.
.

Wallahualam bisawab...





Isnin, 28 November 2011

~ maafkan ana ~`


...السلام عليكوم...

...بسم الله الرحمن الرحيم...

...untukmu sahabat...

.
.
.

maaf, mungkin selama ini ana bukan teman yang baik untukmu...
maaf juga, mungkin selama ini ana sering melalaikanmu...
maaf lagi, mungkin selama ini ana membuatmu rasa sedih tersisih...
maaf juga, mungkin selama ini ada bicara ana yang pedih...
maaf sungguh, mungkin selama ini ana sering tidak memahamimu...
maaf, ana hanya hamba Allah yang biasa, kerana kelemahan ana itu sering ana panjatkan doa ana untukmu di kesempatan yang ada...


Semoga Allah selalu menyayangimu, kerana siapa pun kamu, kamu itu adalah teman ana di dunia dan akhirat...
Tiada apa-apa yang ana pinta daripadamu melainkan kemaafan yang tulus ikhlas daripada ana...


Ya Allah...
.
.
.
Lidahku kelu...
Hatiku sendu...
Fikiranku bercelaru...
Langkahku terpaku...
Masih lagi ku mencari-cari hatiku
dan
ikhlas Lillahi Taala
untuk menjadi pelengkap teman buatnya
Tunjukkanlah jalan buatku Ya Allah...

.......... T_T .........

Sabtu, 26 November 2011

Ya Allah,tempatkanlah beliau dalam kalangan orang-orang yang soleh..ameenn..


بسم الله الرحمن الرحيم

Tiada mampu ana ungkapkan tika ini..
hanya bersulam air mata yang mampu ana lakukan..
disamping memanjatkan doa pada Yang Maha Kuasa..
hari ini ana mendapat satu berita yang sangat menyedihkan..
Tok wan ana sebelah ayah telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi..

"Ya Allah, ampunilah Haji Mat Desa, naikkahlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, Wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya di dalamnya"

Ameeenn ya rabbal a'lameen...

T_T ana ingin pulang dan berjumpa dengan tok wan untuk kali terakhirnya..
ingin menatap wajahnya untuk kali terakhirnya..

tetapi...

ana tidak mampu meneruskan keinginan ana.. T_T
disebabkan sesuatu keadaan yang menghalang...
ana hanya mampu....
berdoa dari jauh...
itu yang ana hanya mampu lakukan..

T_T.. Ya Allah, sesungguhnya, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang Engkau kurniakan kepada hambaMU..

janjiMU itu pasti Ya Allah...

Setiap kesedihan,pasti akan berakhir dengan kebaikkan dan kebahagiaan..

bertabah..bertabah..bertabah..

Allah..kurniakan ana kesabaran,jauhi ana dari kesedihan berpanjangan...Allahumma amenn..

T_T
.
.
.
.



Jumaat, 11 November 2011

~ kahwin awal???? ~


SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL
Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran? Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja? Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa. Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan? Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun. Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin? Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman. Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal? Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat. Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa) Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah. Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Rabu, 9 November 2011

~ kegembiraan disebalik kesedihan ~

Suatu malam, ketika ana sedang menelaah ilmu tiba-tiba..............

nada dering henfon berbunyi.

ana membuka teks mesej tersebut.

hati ana menjadi sebak.
sedih.
gembira.
bersyukur.
terasa seperti hilang satu bebanan.
tetapi...
masih terselit satu perasaan sedih..

kenapa?

sebab
.
.
.
.
sebab
.
.
.
.
.
.
.
hanya Allah yang tahu...

ape-ape pun ,pasti ade hikmah semua nie kan..

~~~ DUNIA ini terlalu HINA untuk membuat kita MENANGIS. Terlalu MURAH untuk membuat kita BERSEDIH. Terlalu LEMAH untuk membuat kita PUTUS ASA.Memang ALLAH tidak menjanjikan Langit itu selalu BIRU, BUNGA itu selalu MEKAR, MENTARI itu selalu BERSINAR.TETAPI ketahuilah bahawa ALLAH selalu memberi PELANGI di setiap BADAI, SENYUM di setiap AIR MATA, BERKAH di setiap MUSIBAH, Dan JAWAPAN di setiap DOA. ~~~










psss : minta maaf yea, ana belum bersedia untuk membicarakan tentang penyebab kesedihan disebalik kegembiraan ana.. ana asifah.


Jumaat, 4 November 2011

~ tiada insan yg mengerti apa yg sedang diri ini lalui ~

Kadang-kadang diri letih dengan mainan dunia, sampaikan terasa macam nak menangis puas-puas, tapi tahan selagi boleh, sebab air mata tak boleh selesaikan masalah

“……dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” – Yusuf:87

Diri ini tidak sesekali mahu mengeluh dengan ujian-ujian ini ya Allah, tetapi terkadang jiwa yang menanggung terasa begitu beban. Aku mesti kuat!

Kadang-kadang , aku menangis sendirian..

Menangis mengenangkan diri yang semakin hari semakin terasa jauh dari rahmat dan kasih sayang Mu. Aku bimbang, aku takut, aku sedih andai Kau yang selalu di sisi suatu ketika dahulu, pergi meninggalkan ku yang tenggelam dalam lautan dunia.

Aku di sini, sangat merindukan suasana tahajjud di sepertiga malam Mu,
Aku di sini, sangat merindukan bacaan Ma'thurat di pagi dan petang Mu,
Aku di sini, sangat merindukan alunan ayat suci Mu yang mengalir keluar dari bibirku di saban hari,
Aku di sini, sangat merindukan kata-kata semangat yang pernah aku perolehi dahulu,
Aku di sini, sangat merindukan saat mata bertemu dengan sahabat-sahabat yang ku kasihi,
Aku di sini, sangat merindukan ketenangan dan kelapangan masa untuk beribadah,
Aku di sini, sangat merindukan bacaan-bacaan ilmiah yang tersusun di rak buku milikku,

Ya Allah, di mana seharusnya aku melabuhkan rasa rindu ini..
Andai diri ini terlalu sibuk menguruskan hal-hal duniawi..

Aku tidak mahu menjadi semakin lemah,
Kembalikanlah semangat ku yang dahulu,

Seorang mujahidah kecil,
Yang selalu bersemangat dalam apa jua keadaan,
Yang selalu ceria dalam kehidupannya,
Yang ingin menjadi kuat tika yang lain kelemahan,

Aku takut dengan maksiat dan zina,
Di sini, iman ku kerap kali di uji,
Di setiap langkahan kaki ku,

Aku bimbang aku bepakaian bukan kerana Mu,
Aku bimbang aku menjadi insan yang lain,
Aku bimbang semua yang ku lakukan bukan lagi kerana Mu,

Ya Allah,
Disetiap sujud ku,
Kerap kali ku meminta agar Kau tidak meninggalkan ku,

Aku menangis dalam hati ku,
Kerana di saat ini,
Tiada insan yang mengerti apa yang sedang ku lalui,


Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan).

copied from enti fatin farhana

persatuan melayu murtad telah diluluskan!!!


persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...


Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...


**cuba teliti betul-betul kenyataan permintaan di atas. sangat terbukti bahawa mereka tersangat-sangat mahu menghancurkan islam dan umat islam. terbukti kenyataan nombor 8 , 9 , 11.Permintaan ini SEBENARNYA daripada musuh islam!!

~ apabila ALLAH berkata tidak! ~


“Ya Allah jauhkanlah aku dari kesulitan!”
Allah berkata, “Tidak. Kesulitan dan penderitaan telah menjauhkanmu dari jerat duniawi dan mendekatkanmu pada-Ku. Kesenangan telah melalaikanmu dari mengingatiKu. ”


“Ya Allah, berilah aku rezeki yang halal!”
Tidak. Dalam kitab suciKu, telah kuberikan panduan mana rezeki yang halal, mana yang haram. Tinggal engkau melaksanakannya. ”


“Ya Allah, berilah aku kebahagiaan dalam hidupku.”
Allah berkata, “Tidak! Telah Kuberi keberkatan, kebahagiaan bergantung kepadamu sendiri untuk menghargai keberkatan itu. ”


“Ya Allah berikanlah aku kenikmatan dalam hidup ini.”
Allah berkata, “Tidak! Aku beri kau kehidupan supaya kau menikmatinya. Kenikmatan datang dari syukur. Kerana kau tidak mensyukuri apa yang telah kuberikan kepadamu, kenikmatan tidak pernah datang kepadamu. ”


“Ya Allah, terimalah ibadah-ibadahku!”
Allah berkata: “Tidak. Bukan Aku yang membuat ibadat Kuterima atau Kutolak tapi engkau sendiri. Maka, perbaikilah ibadah-ibadat. ”


“Ya Allah, jauhkanlah kesombongan dariku!”
Allah berkata, “Tidak! Bukan Aku yang menjauhkannya, tapi kau yang harus menjauhinya dan serahkan kepada-Ku. ”


“Ya Allah, berilah aku kesabaran dalam hidup ini.”
Allah berkata, “Tidak! Kesabaran didapat dari ketabahan dalam menghadapi cubaan; tidak diberikan, kau harus meraihnya sendiri. ”


“Ya Allah, jadikanlah anakku, anak-anak yang soleh!”
Allah berkata: “Tidak. Kesolehan anak-anak bergantung cara engkau mendidiknya, bukan Aku yang menjadikannya. Apabila mereka membesar menjadi manusia yang tidak mengenal-Ku dan tidak taat kepada-Ku, orang tuanyalah yang akan Aku minta pertanggungjawakannya di mahkamah-Ku kelak. ”


“Ya Allah, aku sedih anakku cacat, sempurnakanlah anakku yang cacat.”
Allah berkata, “Tidak! Jiwanya telah sempurna, tubuhnya hanyalah sementara. Aku memberimu anak dengan kesempurnaannya. Cacatnya diakibatkan oleh perbuatan-perbuatanmu yang tak kau sedari. ”


“Ya Allah, kabulkanlah semua doaku”
Allah berkata: “Tidak. Banyak doa-doamu disebabkan oleh nafsumu yang bila kukabulkan itu akan mencelakakanmu sendiri. Engkau banyak meminta kepadaKu tetapi tidak tahu untuk mensyukurinya. Aku mengabulkan doa-doa yang ikhlas, tidak berlebihan dan sesuai dengan kadar yang kamu memilikinya. ”


Kadang kala kita berfikir bahawa Allah tidak adil, kita telah susah payah memanjatkan doa, meminta dan berusaha, pagi-petang-siang-malam, tapi tak ada hasil. Kita mengharapkan diberi pekerjaan, puluhan bahkan ratusan lamaran telah kita kirimkan tak ada jawaban sama sekali – orang lain dengan mudahnya mendapatkan pekerjaan. Kita sudah bekerja keras dalam pekerjaan mengharapkan naik pangkat, tapi tiba-tiba orang lain yang mendapatkannya tanpa susah payah.


Kita mengharapkan diberi pasangan hidup yang baik dan sesuai, berakhir dengan penolakan dan kegagalan, orang lain dengan mudah berganti pasangan. Kita menginginkan harta yang banyak, namun masih tidak cukup.


Cuba kita bayangkan diri kita seperti anak kecil yang sedang demam selsema, lalu kita melihat penjual aiskrim. Anak yang sedang panas badannya merasa haus dan menganggap dengan minum aiskrim dapat mengubati rasa demam (maklum anak kecil).


Lalu kita meminta pada orang tua kita (seperti kita berdoa memohon pada Allah) dan merengek agar dibelikan aiskrim itu. Ibu bapa kita tentu lebih tahu aiskrim boleh memburukkan lagi penyakit kita. Tentu dengan segala dalih kita tidak dibelikan. Ibu bapa kita tentu ingin kita sembuh dulu baru boleh minum aiskrim yang lazat itu.


Begitu pula dengan Allah, segala yang kita minta Allah tahu apa yang paling baik bagi kita. Mungkin tidak sekarang, atau tidak di dunia ini Allah mengabulkannya. Kerana Allah tahu yang terbaik yang kita tidak tahu. Maka, sembuhkan dulu “selsema” dan “demam” dalam diri kita itu dengan meningkatkan kesedaran diri.

Rabu, 2 November 2011

~ sebentuk hati ~


Saidina Ali berkata :


"Allah mempunyai bejana di bumi ini iaitu hati. Hati yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling

lembut,paling bersih dan paling cekap"

kemudian Saidina Ali menerangkan maksud perkataannnya dengan mengatakan :

"paling cekap dalam beragama, paling bersih dalam keyakinannya

dan paling lembut terhadap saudaranya"...

Selasa, 1 November 2011

~ ubat hati ~





Mendirikan solat malam

Mengurangkan bercakap

Tidak banyak memandang

Baca Al-Quran dan maknanya.

Berpuasa sunat [ isnin dan khamis ]

Memperbanyakkan zikir pada waktu malam

Bersahabat dengan orang-orang yang soleh dan solehah

Tidak makan yang berlebihan [ berhenti sebelum kenyang ]




Ahad, 30 Oktober 2011

~ kenapa Rasulullah SAW menyayangi kucing? ~

Rasulullah suka binatang yang disebut kucing, kenapa beliau menyukainya padahal kucing itu merugikan kita? Apakah benar Rasulullah menyukai kucing? Sejauh ini kami belum mendapatkan keterangannya di dalam riwayat. Yang ada adalah bahwa Rasulullah bercerita mengenai wanita yang mengurung kucing sampai mati kelaparan, maka Allah memasukkan wanita itu ke dalam neraka.

Dari Ibnu Umar, bahwa rasulullah bersabda, “Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka karena seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak diperkenankan makan binatang-binatang kecil yang ada dilantai.” (HR. Bukhari).

Riwayat tersebut tidak menunjukkan bahwa Rasulullah menyayangi binatang kucing, tetapi akibat menyia-nyiakan binatang piaraan seperti kucing pun akan mendapatkan adzab di akhirat. Sebenarnya bukan hanya kucing, menyia-nyiakan semua binatang peliharaan seperti burung, ikan dan lain-lain juga bisa menyebabkan datangnya adzab Allah.

Demikian juga hadis lain yang menunjukkan bahwa jilatan kucing tidak najis. Dari Abu Qatadah, bahwa Rasulullah bersabda tentang kucing, “Sesungguhnya (kucing itu) tidaklah najis karena dia termasuk yang berkeliling di antara kamu. (HR. An Nasai dan Abu Daud).

Bahkan diriwayatkan, bahwa Rasulullah pernah berwudhu dari air yang telah diminum oleh kucing. Dari Aisyah berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda, ‘(Kucing) itu tidaklah najis, dia termasuk binatang yang berkeliling di antara kalian’. Dan aku (Aisyah) melihat Rasulullah berwudhu dengan air bekas jilatan kucing.” (HR. Abu Daud).

Hadits-hadits di atas juga tidak mengindikasikan Rasulullah menyayangi kucing. Rasulullah hanya menyebutkan bahwa kucing adalah binatang jinak yang banyak bergaul (berkeliling) di antara manusia.

Subhanallah, Maha Suci Allah… Rasulullah tidak hanya mencintai keluarganya, para sahabatnya, dan semua umatnya, tetapi beliau juga mecintai binatang-binatang yang jinak dan tidak najis, karena binatang itu juga diciptakan oleh Allah. Sungguh kemuliaan akhlak Rasulullah berlaku untuk alam semesta ini.

~ diterimakah taubat ini ~



Assalamualaikum w.b.t......

Nak mintak pandangan akak boleh?”, soalnya membuka bicara.

“Silakan, akak cuba”, jawabku.

“Apa mungkin Allah terima taubat kita kalau kita selalu mengulangi dosa yang sama?”, begini bunyi soalannya.

Jujurnya aku sedikit terkejut orang seperti dia bertanya soalan sebegitu kepadaku. Walhal dia yang lebih layak untuk menjawabnya lantaran memang bidang pengajiannya khusus tentang agama. Tentu saja dia lebih tahu tapi…

“Tu ke yang nak tanya pendapat akak?”, soalku ragu.

“Lepas buat dosa kita bertaubat, kemudian di kala iman lemah dan tergoda kita kalah dan mengulangi lagi dosa tersebut. Apabila sedar kita bertaubat dan benar bertaubat, tapi kita tetap kalah untuk hari yang datang. Kemudian kita tetap memohon taubat”, jelasnya lagi.

“Yup, apa pendapat akak, adakah Allah akan terima taubat kita tu?”, sambungnya sembari menjawab soalanku.

Dan aku tersenyum kemudian menjawab.“Enta sendiri tau jawapannya”

“Ana tak pasti”, katanya pula.

“Apa pendapat akak?”, dia mengulangi soalan yang sama. Kepelikan masih membusung di hati tapi aku cuba memikirkan ayat yang sesuai untuk menjawab soalannya. Sebenarnya jawapan itu lebih kepada mengingatkannya kerana soal-soal sebegini bukanlah asing baginya (begini yang terbersit di hati saat itu).

“Apa yang mampu akak katakan cuma mengingatkan enta bahawa Allah membuka pintu rahmat dan ampunanNya pada waktu malam buat hambaNya yang melakukan maksiat padaNya di waktu siang. Dan Allah buka kembali pintu rahmat serta ampunanNya di waktu siang buat hambaNya yang membuat maksiat padaNya pada waktu malam sehinggalah nyawa kita berada di kerongkongan. Tapi siapa yang tahu saat kematiannya? Tiada satu pun makhkuk yang tahu. Selagi kita mengakui tiada Tuhan selain Dia, maka pintu ampunan itu sentiasa terbuka luas, dik”, jawabku cuba menyusun bahasa sebaik mungkin.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Al-Zumar: 53).

Taubat itu adalah salah satu rahmat dari sekian banyaknya rahmat Allah buat hamba-hambaNya. Dan Allah menjanjikan keampunanNya bagi sesiapa saja yang mahu bertaubat malah menggantikan keburukan hambaNya dengan kebaikan serta pula menghapuskan dosa-dosa hambaNya yang bertaubat kepadaNya.

“Subhanallah, betapa sayangnya Allah pada hambaNya, tapi kenapa hambaNya tak terfikir dan lupa akan cinta Allah tu?”, soalan itu menuntutku berfikir sama.

“Insan… yang sering bolak balik hatinya. Sebab tu kita dituntut untuk berdoa moga Allah bolak balikkan hati kita pada keimanan hanya padaNya, taat hanya padaNya”.

“Betul kak. Kami yang belajar agama pun kadang-kadang leka. Tak tau la, hati ni kadang-kadamg sedih bila fikirkan dosa yang banyak sebelum ni”, luahnya.

Dan seperti biasa, aku dahului responku dengan senyuman.

Apabila dosa tersebut diikuti dengan lapan perkara maka mudah-mudahan ia dekat dengan kemaafan, keampunanNya.

Empat perkara tersebut berlaku di hati iaitu pertama adalah taubat (di mana ia diertikan sebagai penyesalan atas apa yang telah berlaku pada masa lalu dan takut kepada Allah akan apa yang akan datang pada masa hadapan.

Dan diertikan juga taubat itu sebagai melepaskan pakaian keburukan dan membentangkan janji kebaikan).

Kedua adalah bertekad untuk tidak mengulanginya, sementara ketiga adalah menyesal dan takut pada hukuman Allah.

Dan keempat adalah mengharap ampunan daripada Allah swt.

Sementara empat perkara lagi adalah pada anggota tubuh iaitu yang pertama solat sunat taubat dan kedua adalah memohon ampunan kepada Allah sebanyak 70 kali dan mengucapkan ‘subhaana robbiyal ‘azimi wabihamdih’ sebanyak 100 kali. Perkara ketiga adalah bersedekah dan berpuasa (Muhammad Al Sayim, 2008. ’40 Ayat Penghapus Dosa-dosa’ – dengan sedikit olahan ayat).

“Bersyukurlah dalam istighfar padaNya. Paling tidak, hati masih lembut, masih celik tiapkali teringat khilaf yang lalu”, balasku.

“Kadang-kadang hati ni kuat dan kadang-kadang lemah dan kalah dengan godaan”, katanya lagi menambah.

“Semakin kuat iman kita, semakin sering pula iman itu diuji”, ye, aku cukup yakin dengan kalimat ini.

Sungguh, Allah tidak pernah membebani hambaNya melampaui kemampuannya. Allah Maha Mengetahui kelemahan dan kemampuan hambaNya lantaran Dialah yang telah menciptakan.

Allah berfirman kepada malaikatNya ketika manusia banyak melakukan dosa, dalam hadis Qudsi disebutkan:

“Berdoalah kepadaKu dan untuk hambaKu kerana jikalau Aku telah menjadikan mereka maka sesungguhnya Aku telah menguasai mereka” (Muhammad Al Sayim, 2008. ’40 Ayat Penghapus Dosa-dosa’).

Allah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang maksudnya:

“Aku tidak akan menghimpunkan dua ketakutan pada hambaKU dan tidak pula akan mengumpulkan dua keamanan baginya. Jika ia merasa aman daripadaKU di dalam dunia, Aku akan berikan rasa takut kepadanya pada Hari Kiamat. Dan jika ia merasa takut kepadaKU di dunia, Aku akan berikan kepadanya rasa aman pada Hari Kiamat”


(Hadis Qudsi riwayat Ibnu Mubarak dan Al-Hasan).


“Ya Allah yang menenggelamkan bintang-bintang dan menutup mata manusia, Engkau tidak tidur wahai Yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa. Ya Allah, kasihanilah kelemahan kami dan sembuhkanlah saudara-saudara kami yang sakit dan terimalah taubat kami, Engkau mengetahui keadaan kami dan tidak memerlukan permintaan kami. Maka ya Allah, cukupkanlah kami daripada kemiskinan kami dan ampunilah kesalahan kami dan bantulah kami melawan musuh-musuh kami, dan tolaklah tipu daya mereka menjadi kekalahan bagi mereka dan jauhkanlah kami daripada kejahatan mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Dekat dan Maha Menjawab doa-doa kami wahai Tuhan Pemilik langit dan bumi. Selawat dan salam buat Junjungan kami Nabi Muhammad saw serta keluarga juga sahabat baginda sekalian”


Amin… Amin… Allah humma amin…


**Hari ini ana berkongsikan satu artikel yang menarik bagi ana. Ini adalah hasil nukilan oleh seorang hamba Allah yang bernama Qurratul A'ini. Ana hanya memaparkan semula dalam laman teratak ana untuk direnung dan dihayati oleh para sahabat ana di sini. Mungkin ade yang dah baca dan mungkin masih ade lagi yang belum baca. Insyaallah, ia sangat bermanfaat untuk dibaca =)

Followers