YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Isnin, 28 Januari 2013

"Teringin tapi tak ada kekuatan" . ALASAN !

Assalaamualaikum wbt wa sobahalkhayr.

Sudah lama ingin meluahkan isu ini tapi entah la, belum diberi keizinan daripada Allah untuk menyatakan di sini.

Semakin hari saya berjumpa dengan ramai orang disebabkan pekerjaan saya dalam kategori perkhidmatan. Rupa-rupanya lebih ramai hamba Allah diluar sana ingin melakukan perubahan fizikal dan luaran. Allah, alhamdulillah .

Ramai yang berniat ingin menghijrahkan diri kepada yang lebih baik contohnya seperti ingin memakai tudung labuh, stokin tangan dan stokin kaki serta baju yang longgar tetapi ada sesuatu penghalang yang kuat untuk mereka meneruskan niat mereka. Apakah ?

jawapannya    SYAITOONNNN !


apa yang syaiton yang direjam tu buat?

Haa, syaiton buat macam ni ..........

" Ish, kalau aku pakai tudung ni, nanti mesti diorang ejek aku . tak nak lah,tunggu bila aku dah betul-betul bersedia nanti" Lantas terus membuka tudung labuh yang telah tersarung di kepalanya .

" Kalau aku pakai macam ni, nanti apa kawan-kawan aku cakap, mesti tengok pelik, nanti adik beradik aku pula mesti kata macam-macam kat aku "

takpun

" kalau aku berpakaian macam ni kan, nak ke diorang kawan dengan aku nanti. mesti diorang dah kurang rapat dengan aku, tak pun, diorang mula menjauhi aku . Emm, tak pe, berniat pun dah dapat pahala "


semua monolog di atas ni merupakan BISIKAN syaiton dalam hati si peniat tu untuk melemahkan semangat mereka daripada meneruskan niat baik mereka. 

Segala macam bisikan dan perkara negatif yang mereka taburkan dalam hati dan tepi telinga si peniat sehingga la si peniat tertunduk-tunduk mengikut kata-kata syaiton tersebut.. na'uzubillah minzalik . betapa jahatnya syaiton yang direjam!


sahabat, meh dengar sini apa perjanjian syaiton yang direjam dihadapan Allah SWT.



“Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan
(segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini,
dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.”

[al-Hijr 15:39]

Ayat di atas membawa maksud selagi dunia belum sampai ke penghujungnya, syaiton laknatullah akan terus memperindahkan segala jenis kemungkaran di mata umat akhir zaman ( menampakkan akan dunia adalah nikmat kehidupan yang sebenarnya sehingga melupakan kehidupan selepas hidup di dunia ).

Syaiton akan terus menyesatkan manusia, mengkafirkan manusia , memusyrik kan manusia dan menjadikan manusia penghuni neraka .

JADI?????

Tindakan Yang Perlu Diambil !


Ar-Rahman.. Ar-Rahman.. Ar-Rahman..

Ar-Rahim.. Ar-Rahim.. Ar-Rahim..

nama-nama Allah ini menunjukkan bahawa Allah begitu sayang kepada hamba-hambaNYA dan Allah begitu kasih kepada hamba-hambaNYA melebihi sayangnya dan kasihnya seorang ibu kepada anaknya. Subanallah T_T

sekarang, Allah sedang memerhatikan kita dengan pandangan yang penuh kasih sayang.. subahanallah.. Allahu Akhbar T_T


Setelah mengetahui perkara ini, tak kan kita masih meneruskan ikutan kata hati yang datangnya daripada syaiton laknatullah?

sahabat, kuatkan kata hati, lawanlah kata-kata negatif yang telah menguasai hati dan pemikiran kita ini ( nasihat untuk diri sendiri juga, inshaAllah ). Lawanlah ! lawanlah ! lawanlah ! jangan biarkan diri kita menjadi anak panah syaitan.  

teruskanlah niat baik tu sebab segala perkara yang baik semuanya datang daripada ALLAH SWT. 

 jangan biarkan kata hati daripada syaiton menang berbanding perkara yang baik yang datangnya daripada ALLAH SWT !

Biarlah apa yang manusia ingin perkatakan . kerana apa? kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut manusia akan dipertangungjawab di hadapan Allah kelak .

ingatlah, Allah sentiasa ada bersama kita . kita tidak keseorangan. Allah ada dengan kita. Jadi kita mesti lebih memilih Allah dalam segala hal. InshaAllah.


Allah SWT  banyak memberi kata semangat dan motivasi kepada hambaNYA. salah satu daripada kata-kata motivasi yang Allah hadiahkan kepada hambaNYA adalah 



Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh

kerana memenuhi kehendak agama Kami,

sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami;

dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah

adalah berserta orang-orang yang berusaha

membaiki amalannya.

[al-Ankabut 29:69]


Hanya orang-orang yang sombong dengan Allah sahaja tidak menerima kata motivasi daripada PENCIPTANYA 

Followers