YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Khamis, 27 Ogos 2015

aku dan dia menjadi seorang umi untuk khalifah kecil kami :)

assalamualaikum wbt...
selamat pagi...

alhamdulillah..
lame betul tak update blog ni selepas diri ini bergelar zaujah buat zauji..

hari ini saya akan update blog berkaitan diri saya dan sahabat saya dunia akhirat.inshaallahh..

mungkin entri tak panjang..
mungkin gambar yang berbicara..
keranaaaaa lame benar saya tidak menulis,jadi idea menjadi begitu narrow..yuhhuuu~


ehem. bismillah.




ini saya dan sahabat..suatu ketika dahulu sahabat saya suka memanggil nama saya dhia.sedap katanye.. :) titik perkenalan kami bermula pada tahun 2009 dimana kami melanjutkan pelajaran di universiti malaysia perlis..gambar ini diambil selepas kami bermain aktiviti bola jaring untuk matapelajaran kokurikulum :)


alhamdulillah..ketika ini kami sudah habis belajar dan sudah bekerja. inshaallah..impian saya semoga perhubungan persahabatan kami akan berkekalan selamanya. saya sayangkan sahabat saya. gambar ini ketika saya rindukan sahabat saya,jadi saya datang ke rumahnya untuk meluangkan masa bersamanya :) terima kasih jadi co-pilot saya sahabat ;)


alhamdulillah,bersyukur kepadaMU YA ALLAH, atas kurniaan nikmat terindah ini.
kini, kami bersama sama telah bergelar zaujah buat zauj masing masing. setelah itu,bermula lah tangungjawab kami sebagai seorang isteri. inshaallah,walaupun kami menggalas tangungjawab utama sebagai isteri,hubungan persahabatan kami akan terus terjalin seperti sedia kala,kerana saya sayangkan hubungan persahabatan ini. dan saya tahu, awak pun mesti sayangkan hubungan persahabatan kite kan =)

sekarang.....

saya sudah bergelar umi buat khalifah kecil saya..
dan
awak bakal bergelar umi buat khalifah kecil awak..inshaallah.. 

saya gembira sebab status kite sama.. Allah sudah aturkan terbaik untuk kite..
inshaallah..mudahan Allah melindungi awak sentiasa..
actually,tak sabar sebenarnye nak tunggu kehadiran khalifah kecil awak,blh la khalifah kecil saya ade teman baru :)

coretan hati, 
sahabatmu.


Sabtu, 13 September 2014

menghadapi manusia yang jahil

Apabila kita berhadapan dengan mereka yang jahil,hati yang lembut ni mudah sangat terusik..
Mereka jahil,mudah untuk mengeluarkan kata-kata yang benar mengguris hati..
Mereka yang jahil,mudah merasa cemburu tentang kelebihan orang lain..
Mereka yangjahil ni, mudah menyebarkan berita buruk tentang seseorang..
mereka sangat jahil...

apa yang perlu qalam lakukan untuk berhadapan dengan mereka yang jahil :(

Qalam perlu sabar..
Qalam tak perlu pedulikan kata mereka..
Qalam perlu teruskan hidup mengikut kata hati qalam dan pesanan yang kuat dari zauj..

Subahanallah Alhamdulillah..

Khamis, 9 Januari 2014

::. benarkah istilah bapa tangung dosa anak dan isteri? .::




















Kita biasa dengar, seorang lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. manakala lelaki yang berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Cuma persoalannya, dari manakah datangnya konsep2 tanggung dosa orang lain ni?

Sebenarnya konsep tanggung dosa orang lain ini ada dalam ajaran agama Kristian, di mana mereka percaya bayi yang baru lahir telah pun menanggung dan mewarisi dosa asal atau Original Sin yang dilakukan oleh Nabi Adam a.s., oleh sebab itu setiap bayi yang baru lahir perlu dibaptis untuk menyucikan mereka dari dosa itu. 

Akan tetapi di dalam Islam, sebenarnya tiada istilah seorang muslim menanggung dosa orang lain.
Kita sering kali salah faham bahawa seorang suami akan menanggung dosa2 isterinya manakala seorang bapa akan menanggung dosa2 anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

Yang sebenarnya segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya akan ditanggung oleh mereka sendiri dan tidak dipertanggungjawabkan kepada suami atau orang lain. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang benar iaitu Islam.

Ini bermakna kalau isteri atau anak perempuan tidak menutup aurat, merekalah yang akan menanggung dosa itu sendiri. Jika seorang suami atau bapa tahu akan perkara itu akan tetapi membiarkannya sahaja, maka dia berdosa atas kesalahan tidak menegur dan membiarkan sahaja isteri dan anaknya melakukan perkara yang dilarang di sisi agama, tapi bukan dia menanggung dosa isteri dan anak2nya. Kalau suami atau bapa yang menanggung semua dosa isteri dan anaknya, isteri dan anaknya takkan ada dosalah dan bebaslah mereka membuat dosa kerana dosanya ditanggung orang lain.

Akan tetapi kalau seorang suami atau bapa sudah pun menjalankan tanggungjawab mereka dengan menegur, menasihati dan membimbing isteri dan anak2 agar tidak melakukan sebarang perkara yang dilarang seperti membuka aurat dengan tidak memakai tudung dan sebagainya tapi mereka masih degil dan tetap tidak mahu pakai tudung, maka terlepaslah suami/bapa tadi daripada dosa kecuaian sebaliknya isteri/anak tadi bukan sahaja berdosa kerana melanggar perintah Allah s.w.t, malah berdosa kerana engkar terhadap suruhan suami/bapa mereka.

Ini kerana andai kata seorang isteri yang berlaku curang terhadap suami, atau anak perempuan yang berzina dengan teman lelakinya di luar pengetahuan suami atau bapa, mana mungkin dosa2 mereka ditanggung juga oleh si suami dan bapa? Merekalah yang berdosa kerana telah mengkhianati, menderhaka, tidak patuh dan taat malah engkar terhadap kepercayaan suami atau bapanya yang telah mendidik dan menjalankan tugasnya dengan betul. Macam kes guru wanita yang rakam video lucah dengan warga Pakistan ni di luar pengetahuan suaminya yang sedang sakit, takkan dosanya atas perbuatan durjananya terpaksa ditanggung oleh suaminya?

Firman Allah yang bermaksud :


“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

Nabi Nuh dan Nabi Luth a.s juga mempunyai isteri dan anak yang engkar dan derhaka, adakah para Nabi ini menanggung dosa2 mereka walhal para Nabi ini telah berusaha untuk menyeru mereka ke jalan kebenaran tetapi mereka tetap engkar? Firman Allah:

"Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)" (At-Tahriim : 10)

So bila kita nampak seorang perempuan yang tak pakai tudung atau buat maksiat, tak boleh kita terus hukum suami atau bapanya berdosa dan cakap kesian suami/bapa perempuan tu kena tanggung dosa mereka, kerana: 

Pertama: Kita bukan Tuhan untuk tentukan dosa pahala orang;
Kedua: Kita bukan tahu sama ada suami atau bapa perempuan itu sudah puas menegur dan menasihati mereka tapi mereka tetap degil dan engkar

Followers