YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Sabtu, 30 Jun 2012

:: ramai yang telah berubah ::

Salam 'alaik kepada semua sahabat ana...



Alhamdulillah..sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk menulis sepatah kata di teratak ini..

Semakin hari, ana semakin perasan bahawa telah ramai saudara-saudara seislam telah mendapat hidayah daripada Maha Pencipta.. Alhamdulillah.. *sebak terasa*

Ramai sahabat ana telah berhijrah kepada jalan Allah dan menjadi lebih baik..Ada yang telah mula mengenakan tudung yang lebih labuh daripada biasa dan ada pula yang telah mengenakan sehelai kain comel untuk melindungi raut wajah meraka.. Alhamdulillah.. Syukron Ya Allah.. Alhamdulillah..

Ana doakan kepada sahabat-sahabat ana yang telah melakukan penghijrahan, semoga ukhti semua terus kuat dalam bermujahadah dan terus dikurniakan hidayah dan taufiq daripadaNYA..

Kepada sesiapa sahabat ana terutama para pembaca yang terdetik ingin melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik dengan mengikut perintah Allah, jum ..kuatkan hasrat untuk mengorak selangkah demi selangkah untuk mendekati Allah.. Jika kita tidak menyambut kedatangan 'tetamu' secara baik sekarang, kemungkinan besar 'tetamu' tersebut tidak lagi akan bertandang kepada kita...satu kesalahan besar yang kita telah lakukan ketika itu..

jum sahabat..kite mulakan sekarang.. bagaimana nasi akan masuk ke mulut andai kita sendiri tidak menyuapnya kan??


Followers