YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Ahad, 22 Januari 2012

~ Lima perkara yang aneh ~

Assalamualaikum w.b.t...

subahalkhair ya sohabat...

hari ni ana ingin berkongsikan sebuah cerita daripada buku motivasi iman lagi..hihi~

tajuknya " lima perkara yang aneh "..


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang terkenal. Suatu ketika dia pernah berkata, " Ayahku menceritakan bahawa antara nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara ."

Maka salah seorang nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan dengan perintah yang berbunyi, " Esok engkau dikehendaki keluar daripada rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat :

1. apa yang engkau lihat [ hadapi ] maka makanlah.
2. engkau sembunyikan.
3. engkau terimalah.
4. jangan engkau putus harapan.
5. larilah engkau daripadanya."

Pada keesokkan harinya, nabi itupun keluar darpada rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar dan berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, " Aku diperintahkan memakan perkara yang pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecil sehingga menjadi sebuku roti. Maka nabi tersebut pun mengambil lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu di tanam mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas tersebut terkeluar semula. Nabi tersebut menanamnya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah nabi itu, " Aku telah melaksanakan perintahMU". Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat yang ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata," Wahai Nabi Allah, tolonglah aku"

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mangambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Malihat keadaan itu,lantas burung helang itu datang menghampiri nabi itu sambil berkata, " Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu jangan engkau patahkan harapanku daripada rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putus harapan. Dia menjadi kebingunan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian tersebut, nabi tersebut meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah nabi ke rumahnya. Pada malam itu,Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, " Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintahMU sebagaimana yang telah diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaslah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa.

1. engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada
akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan
menjadi lebih manis daripada madu.

2. semua amal kebaikan [ budi ], walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

3. jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

4. jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya
meskipun kau sendiri berhajat.

5. bau yang busuk itu ialah ghibah [ mengumpat ]. Maka larilah daripada orang-orang yang
sedang susuk berkumpul membuat ghibah."


Pengajaran :

1. Mengawal perasaan marah adalah sesuatu yang amat susah. Justeru itu, Rasulullah berkali-
kali mengingatkan kita agar tidak mengikut perasaan marah.

2. Semua orang dapat menjaga perkara yang membatalkan puasa tetapi perkara yang
membatalkan pahala puasa amat susah untuk dijaga yang dipelihara seperti amalan
mengumpat.

3. Amalan menjaga amanah yang diberikan dan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan
pertolongan kita adalah amalan mulia terutama pada bulan ramadhan.




Followers