YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Ahad, 25 September 2011

~ ana mahu berubah... ~




Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh ^_^ …

Selamat malam ya sahabat dalam ruangan blog..

Alhamdulillah..selepas beberapa hari ana tidak mengemas ruangan laman ni, hari ini ana gagahkan juga kudrat ana [ dengan izin Allah ] , ana mengemas jugak ruangan laman ini supaya tampak perbezaan kandungan daripada sebelum ni..hihi…

Sesuai dengan tajuk coretan laman dinding ini, itulah niat ana… tetapi masih terdapat banyak halangan untuk ana meneruskan niat ana.. Benarkah bila sudah tiba masanya, baru ana boleh meneruskan niat ana? Ataupun ana seharusnya mencari masa untuk meneruskan niat ana tersebut?

Allahu rabbi…. Ana sebenarnya sangat berkeinginan untuk melakukan sedikit paradigma untuk diri ana agar ana dapat meneruskan sisa-sisa hidup ana dengan lebih tenang di bawah syariat Allah tetapi kekangan masa dan juga keadaan yang menjadi tembok besar yang membuatkan ana terasa seperti berhenti di situ..

Adakah kenyataan ana itu menunjukkan ana berputus asa? =( Ya Allah.. maafkan ana kerana begitu lemah menghadapi ujianMU.. ana tidak berputus asa dan sesekali tidak akan berputus asa..walaupun ana kalah dalam membetulkan zahiriah tetapi ana tidak akan berputus asa terus berdoa kepada Allah dan sentiasa memohon petunjuk daripadaNYA..hanya dengan mempertingkatkan dalaman ana, insyaallah..ana dapat menzahirkan pada perlakuan ana kelak..insyaallah…

Ya Allah… janganlah KAU meninggalkan ana dari terus berpegang pada agamaMU Ya Allah..janganlah KAU lepaskan ana daripada landasan syariatMU yang lurus.. ana sangat perlukanMU Ya Allah..ana sangat lemah tanpaMU..ampunkan segala dosa-dosa ana lakukan..

Kuatkan dalaman…kuatkan batiniah..itu yang penting untuk kuat menghadapi segala ujian kasih sayangNYA…insyaallah…

Terima kasih untuk segala mardhatillah yang diberikan kepadaku Ya Allah…

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah……..

Followers