YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Isnin, 24 Oktober 2011

~ kesedihan hari ini mendorong kebahagiaan hari esok ~


Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum w.b.t sahabat di blog....

ketika menulis warkah dalam dinding blog ini, hati ana masih dihimpit perasaan sedih... la baksa, mungkin ia hanya satu persinggahan sahaja =)

Selepas mengetahui sesuatu yang menyebabkan hati kecil ini terasa begitu sedih, hanya sebentuk hati ini sahaja yang mampu merawat kesedihan itu kembali ketika masih menghadiri waktu kelas tengah hari tadi.

Sedih? kenapa? mungkin itu satu persoalan yang bermain di fikiran pembacakan? =)

Sedih yang ana alami ini hanya sebentar..insyaallah, dengan kuatkan kesabaran dan cekalkan hati, ana yakin, ana mampu menghadapinya.. =)

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”

“Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)

Pagi tadi ana dapat tahu bahawa ana mendapat satu keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang mengecewakan. Tidak seperti yang ana harapkan. Benar, ana sudah berusaha semampu yang boleh, tetapi disebabkan keyakinan usaha yang ana lakukan, ana memasang harapan yang tinggi untuk mendapat keputusan yang baik dan memuaskan. Tapi, siapa yang tahu takdir Allah? Tiada siapa yang dapat mengetahui takdir Allah pada masa akan datang. Itu semua adalah rahsia yang disimpan erat dalam Qalam Allah.

“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia adalah baik untukmu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia adalah buruk bagimu “ [ QS Al-Baqarah ; 216 ]

Kata-kata tersebut membuatkan fikiran ana ligat memikirkan hikmah disebalik kejadian yang menimpa diri ana. Mungkin kekecewaan ana kali ini adalah sesuatu yang membuahkan kebaikan pada masa depan. Mungkin usaha ana kali ini masih belum cukup untuk ana mencapai keputusan yang baik seperti yang ana harapkan. Ana perlukan usaha dan lebih banyak doa dari Maha Pencipta. Insyaallah, manusia yang bijak, akan mempelajari sesuatu daripada kesilapan semalam. =)

Rasulullah Bersabda:

“Melainkan pasti Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung menghilangkan kebimbangannya dan menggantikan buatnya tempat kesedihan tersebut dengan kegembiraan.”

Mereka (para sahabat r.a) berkata: “Wahai Rasulullah! Semestinya ke atas kami mempelajari bilah-bilah kata ini.”

Nabi menegaskan: “Benar! (Bukan setakat kamu; bahkan) semestinya kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya perlu mempelajarinya.”

*******

ܓ Walaupun ...
kite LULUS UPSR
kite LULUS PMR
kite LULUS SPM
kite LULUS STAM

kite lulus semua peperiksaan di alam dunia
Tetapi belum tentu kite lulus (spm)
hanya ALLAH sahaja yang secara mutlaknya berhak menetukannya.

♥ (spm) ~> SIJIL PADANG MARSYA...

ܓ Ujian Allah adalah tanda Allah sayang kepada hambaNya walaupun ianya pahit untuk ditelan...sakit untuk diterima...namun kemanisan dan akan diperolehi jika kita yakin pada Allah....dan hadapi segala ujianNya dengan hati yang terbuka...

REDHA + IKHLAS+ SYUKUR+ SABAR = InsyaAllah BAHAGIA...

ܓwahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,kerna ada lagi manusia yang berpengetahuan darimu.
wahai wanita jangan pula berdukacita kerana kekuranganmu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu.

ܓ kIta serIng mahuKan hari yang CERAH, tetapi Allah Maha mengetahui, haKikatnya HUJAN pula diturunkan.. kita sering inginkan KESERONOKAN, jauH sekali kEsuSAhan, tetapi ALLAH MAha mengetahui, kesusahan itulah yang mengajar kEHIduPAn..kita sering ingiNkn KETENANGAN , hakikatnya diri ini penuh deNgan dosa dan kejahatan, tetapi manusia Lari dari keSilapan..semua Itu bukaNlah satu huKuMAN, tTApi sbaGAi tnda KASIH SAYANG aGAr kiTA lBih berIman.

ܓAllah yg menggerakkan kita mampu tersenyum walau dalam keadaan menangis. Tempat bertahan ketika kita hendak menyerah . Tempat berdoa ketika hilang tempat mengadu & ketika semua orang menjauh. Tempat untuk kembali bangkit sekalipun hati kita telah hancur berkali-kali . Tempat untuk tetap mengerti ketika tak ada satupun terlihat memberi erti dan semangat. Segala sesuatu yg terjadi Allah lebih memahami hati kita melebihi diri kita sendiri..

ܓYa Rabb..sesungguhnya biar berjuta titis pun air mata yg mengalir..biar ribuan org pun aku ceritakan apa tersirat dijiwa..x kan ada yg mengerti dan x kan ada yg memahami…Maka aku sedar…manusia itu hanya kan mampu mendengar..solusinya tetap dariMU…manusia mungkin mampu menasihati..tapi hanya Kau yang bisa tenangkan hati…Maka dengan rendah diri hambaMu ini memohon…leraikanlah segala kekusutan….permudahkanlah jalanku mendatang…Ampunilah hambaMu ini…kuatkanlah diriku menghadapi hari mendatang..

Followers