YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, 26 Ogos 2011

~ takdirMU [ episod akhir ] ~

Kini hampir 5 bulan Amni tidak berhubung lagi dengan Naz iaitu kekasihnya dulu. Walaupun setiap hari perasaan Amni ingin mengetahui bagaimana keadaan Naz sama ada dalam keadaan baik ataupun tidak, Amni memasangkan kekuatan agar imannya kuat dan memanjatkan doa kepada Allah. Amni tahu bahawa penjagaan Allah pada hambaNYA lebih sempurna berbanding dirinya yang penuh diselaputi dosa-dosa lalu.

Sekarang, Amni melewati hari-harinya dengan memperbanyakkan ibadah kepada Allah, membaca buku motivasi dan melayari ceramah-ceramah di youtube. Amni beranggapan positif bahawa segala kesakitan dan keperitan yang Amni alami dan hadapi hanyalah dugaan untuknya dan balasan akibat daripada menceburkan diri dalam noda cinta dunia. Kini, Amni tidak lagi mahu berpaling ke belakang. Cukuplah bagi Amni kenangan silam itu hanya sejarah zaman jahiliahnya. Kali ini, Amni bertekad agar qalam hidupnya dipenuhi dengan coretan yang indah berlandaskan syariat yang ditetapkan islam.

Sedang Amni sibuk mendengar ceramah di laman sesawang youtube daripada ustaz kazim Elias, tiba-tiba.. pop! Bunyi indah nada chatbox di facebook menghentikan kekusyukkan mendengar ceramah tersebut.

“ Assalamualaikum sayang… “ Satu ungkapan yang muncul di ruangan chatbox facebook Amni..

“waalaikumusalam w.b.t. sayang…eh,lamenyer mendiamkan diri “ balas Amni dengan gembira.

“ eh, kite yang mendiamkan diri ataupun awak yang menyepikan diri ni?” balas ungkapan dalam chatbox tersebut.

“ awaklah yang mendiamkan diri.. =p .. ok ok la, saya yang menyepikan diri.. “ balas Amni dengan perasaan yang penuh gembira.

“ tahniah atas pertunangan awak, tapi sedih la.. awak tak jemput kite pun tau Amni .. tahulah tak lame lagi awak nak mendirikan masjid dengan insan tersayang “ satu ungkapan yang membuatkan Amni terkejut.

“ eh, eqa..saya bertunang?mana ada, saya tak pernah bertunang… kalau bertunang, pasti saya jemput kawan-kawan saya.. Lagipun mesti ramai yang wish kat wall facebook saya tau “ balas Amni dengan perasaan yang terkejut.

“ dah awak tak jemput, macam mane nak wish kat wall facebook awak.. haha =p.. tapi awak tak bertunang? Awak ni..awak nak sorokkan daripada saya ye Amni “ balas Eqa iaitu kawan sekolah Amni suatu ketika dahulu.

“ Allahu Akhbar.. betul Eqa.. saya bercakap jujur Eqa.. saya tak pernah bertunang dan tak ada sesiapa yang masuk meminang saya “ ujar Amni dengan nada serius walaupun perbualan tersebut hanya berlaku di ruangan laman sesawang.

“ Amni.. are you serious? “ balas Eqa pendek dan ringkas.

I’m serious Eqa .. no play-play.. I’m very serious right now.. ni bukan soal main-main tau.. awak dapat mane info tak betul tu Eqa? “ soal Amni dengan muka yang serius.

“ saya dapat daripada wall Naz la “ balas Eqa dengan jawapan yang pendek dan ringkas.

Tersentap Amni selepas membaca butiran kata-kata daripada Eqa..tiada apa yang dapat di ungkapkan Amni ketika itu melainkan perasaan terkejut dan sedih menyelubungi dirinya.

Amni tidak membalas kata-kata Eqa di chatbox tetapi Amni terus menziarahi laman sesawang facebook Naz untuk mendapatkan sesuatu info yang membuatkan dirinya dalam keadaan kesedihan.

“Alhamdulillah, pinangan aku di terima. Terima kasih Ya Allah “

Pendek.ringkas. tetapi perkataan tu membuatkan seluruh jiwa Amni terasa berat sehinggakan Amni berasa susah untuk bernafas seketika.

“astagfirullah al a’zim… astagfirullah al a’zim… astagfirullah al a’zim……… “ Amni melafazkan ungkapan istighfar sebanyak-banyaknya sehingga perasaan sedih dalam diri Amni berkurangan.

“Naz, cepatnya awak berubah hati..mudahnya awak melupakan saya.. siapa gadis yang bertuah yang awak pilih untuk jadikan suri hidup awak, Naz..bagaimana dengan saya Naz, setelah saya menanti awak datang menghalalkan saya.. “ itu lah ungkapan sendu dari bibir mugil Amni selepas menatap satu ayat yang di tulis oleh Naz, kekasih lama Amni di ruangan sesawang facebook Naz…

Lantas, Amni tidak dapat menahan sebaknya. Amni menutup laptop kepunyaannya lalu membaringkan diri di atas katilnya sambil menangis semahunya.

“Amni, awak okey ke?awak menangis?” ujar teman sebilik Amni iaitu Hanis.

Amni membiarkan persoalan tersebut tanpa di jawab. Lantas, teman sebilik Amni, merangkap classmate Amni mendekatkan diri ke katil Amni.

“Amni, awak okey tak ni?awak ada masalah apa ni?jangan menangis ye, saya sedih tengok awak macam ni..awak tak pernah macam ni Amni “ ujar rakan sebiliknya sambil cuba mengetahui punca Amni menangis.

“ saya dah tak tahan Hanis. Sekian lama saya menahan diri dan berjuang untuk menjadi isteri yang halal untuk Naz, tapi saya tak sangka, dia lebih memilih orang lain berbanding saya. Apa kurangnya saya…” ujar Amni dengan perasaan yang cukup sedih.

“Amni, awak bangun ya dan cuba ceritakan satu persatu kat saya. Kalau awak cerita dalam keadaan baring dan tutup muka macam ni, nanti saya tak dapat dengar apa yang awak cuba sampaikan. Awak duduk yea..” lantas Hanis terus memegang bahu Amni untuk membetulkan kedudukan Amni.

“saya tak tahu nak mulakan macam mana Hanis,saya sedih, Nis..saya terlalu sedih sangat.. baru sebentar tadi saya tengok facebook Naz, dia dah meminang wanita lain..siapa wanita tu?..kejapnya dia berubah hati Nis. sebelum ni dia begitu sayangkan saya dan dia kata dia menunggu saya dan berharap saya tak kecewakan dia tapi……dia yang buat macam tu kat saya.saya tak tahu.. Ya Allahh….. “ Amni menjelaskan dengan penuh rasa hiba dan sedih.

“ Awak tahu mana yea Amni, Naz dah meminang wanita lain?” soal Hanis untuk mendapat kepastian.

“saya yang membaca sendiri post Naz, Hanis. dia sendiri yang menulis pinangannya di terima. Sampai hati dia Nis. Sampai hati dia………..” jawab Amni sambil berubah riak muka yang penuh kekecewaan..

“Amni, mungkin dia bukan terbaik untuk awak, Allah dah menentukan seseorang yang terbaik untuk menjalani hidup bersama awak” ujar Hanis untuk mengurangkan kesedihan di hati Amni.

“tapi sehingga sekarang, saya masih sayangkan Naz awak. saya masih sayangkan dia. tak pernah berubah walau sedikitpun Nis..” balas Amni dengan penuh perasaan sambil air mata mengalir di pipinya.

“awak, perasaan sayang, suka, cinta,benci rindu..semua tu hanyalah pinjaman daripada Allah semata-mata awak. awak sayangkan Naz sangat hari ni, tak mustahil perasaan tu akan hilang esok. Sekelip mata je Allah boleh menarik balik pinjamanNYA. Begitu juga Naz, mungkin Allah dah menarik perasaan sayangnya kat awak dan menimbulkan perasaan sayangnya pada wanita lain” ujar Hanis panjang lebar.

“ Ya Allah……….. “ tiba-tiba terkeluar ungkapan tersebut daripada mulut Amni..

“Amni, saya sayangkan awak , dan Allah lagi sayangkan awak..buktinya, ini lah..apa yang awak sedang hadapi sekarang. Awak nak tahu tak kenapa saya kata Allah sayangkan awak dan beri ujian ini pada awak? Sebabnya…Allah rindu untuk mendengar rintihan awak, Allah rindu mendengar suara awak, Allah nak hubungan Allah dan awak semakin dekat dan Allah nak awak bahagia dengan rahmatnya. Awak tenang dalam pemeliharaanNYA. Awak sedar tak dengan apa yang saya cakapkan ni? Soal Hanis setelah panjang lebar mengingatkan Amni pada Yang Maha Kuasa.

Amni hanya mampu menganggukkan kepala sambil deraian air mata laju membasahi pipinya.

“ Awak, redhakan hati ye dengan apa yang awak hadapi sekarang. Insyaallah, Allah akan meredhai hidup awak. Jika awak masih berterusan macam ni, sia-sia perjuangan awak selama ni kan awak. Sia-sia saja awak menahan keperitan dalam hidup awak, sia-sia saja awak menjaga iman awak jika berkesudahan awak terhenti di tengah jalan..” sambung Hanis lagi.

“ Kali ni,awak dengar kata saya ye. Saya tahu, awak yang merasai awak lagi terasa pedih dan sakitnya tapi saya sahabat awak, saya lagi sedih tengok keadaan awak macam ni. Ini lah tujuan kita bersahabat kerana Allah awak, saling mengingati. Bila awak sedih, saya akan kurangkan sedih awak dengan tarbiyah Allah, bila awak leka dengan hal dunia, saya ingatkan awak dengan amaran Allah. Saya sayang awak kerana Allah. Saya bersahabat dengan awak kerana Allah…” ujar Hanis lagi.

“maafkan saya jika saya bercakap banyak saat awak sedang sedih” sambung Hanis lagi.

“tak..tak Hanis. Awak tak perlu minta maaf. Awak tak buat salah apa-apa. Saya yang bersalah kerana ikutkan sangat perasaan saya ni. Terima kasih Hanis sebab ingatkan saya. Terima kasih awak. Saya pun sayangkan awak…” ujar Amni setelah sekian lama mendiamkan diri sambil deraian air mata laju membasahi pipinya.

“ Hanis, saya sayangkan awak sangat. Saya nak bertemu Allah sekejap yea..” ujar Amni sambil bangun menuju ke bilik air untuk berwudhu’.

Setelah seminggu Amni berhadapan dengan situasi yang mengecewakan, Amni membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman untuk menenangkan fikiran sambil mencari sedikit kedamaian di hati untuk berada di samping keluarga tersayang.

Setiba di kampung halaman, Amni terus menyalami kedua ibu bapanya dan memeluk adiknya yang paling kecil untuk melepaskan rindu yang bersarang di hati. Dengan cara itu dapat mengubat sedikit kepedihan di hati.

“ ummi, esok Amni nak masak boleh?masak untuk tengah hari “ soal Amni kepada umminya sambil menonton televisyen dengan keluarganya di ruangan rehat dalam rumah Amni.

“ Amni nak masak apa tu? Boleh je..esok ummi rehat la yea..” soal ummi untuk menduga Amni.

“ haha..mesti la..esok ummi rehat je tau..Amni akan menunjukkan kepakaran Amni dalam bidang memasak ni. Pasti ummi rase sejukkk je perut ummi tengok anak ummi memasak tau” ujar Amni sambil mengusap-usap lembut lengan ibunya.

“ betul ni Amni?abang, esok kita jadi juri masakan Amni ye.. “ ujar ummi Amni kepada suaminya.

Walid Amni hanya tersenyum melihat kerenah anak dan isterinya sambil memanjatkan kesyukuran ke atas rahmat Allah untuk kebahagiaan rumah tangganya. Keesokkannya, Amni bangun awal pagi untuk menemani ibunya ke pasar untuk membeli barang-barang keperluan untuk menyediakan makanan tengah hari.

“ ummi, ummi duduk depan je sambil tengok tv ke, menjahit ke.. biar Amni masak sorang-sorang kat dapur..hihii” ujar Amni sambil memegang bahu ibunya dan menuju ke ruang hadapan.

“ betul ni Amni boleh masak sorang-sorang ? “ soal ibu Amni untuk mendapat kepastian.

Amni mengangguk untuk meyakinkan ibunya. Lantas Amni terus menuju ke dapur.

Hampir 40 minit Amni berada di dapur untuk menyediakan makanan tengah hari, tiba-tiba …

“Amni, datang ke depan kejap. Ada tetamu nak jumpa Amni. Jangan lupa bertudung tau” ujar ibunya Amni dengan pesanan ringkas.

“ baik ummi” balas Amni sambil penuh tanda tanya dalam fikiran Amni.

“ sape la yang nak jumpa aku tu yea?kena bertudung pula tu “ bisik Amni dalam hati sambil mencapai tudung dan menuju ke ruang tamu hadapan.

Setibanya di hadapan, Amni menyalami makcik dan duduk bersimpuh di tepi ibunya.

“ siapa pak cik dan mak cik ni?kenapa nak jumpa aku ni. nervous la pula “ bisik Amni di dalam hati.

“Amni sembang-sembang dulu ye dengan makcik dan pak cik ni. Ummi nak telefon walid kejap dan nak buat air kejap” pesan ummi Amni lalu meminta diri daripada tetamu tersebut.

“ nama anak Puteri Amni Qaleesya ye?” soal mak cik tersebut untuk memulakan perbualan.

“iyea mak cik “ jawab Amni ringkas sambil tersimpul malu.

“ Amni belajar lagi?” soal pak cik yang mendiamkan diri tadi.

“ iyea pak cik. Saya tahun akhir kat University Malaysia Perlis pak cik” ujar Amni.

“ Alhamdulillah, bagus la kalau macam tu Amni. Tujuan mak cik dan pak cik datang ni sebab nak mewakilkan anak mak cik untuk meminang Amni” ujar mak cik tersebut.

Amni terkejut! tidak mampu berkata apa-apa kerana semuanya berlaku secara tiba-tiba dan secara tidak menduga.

“ nama anak mak cik Muhammad Nazrul Haikal dan masih belajar juga tapi tahun akhir di University Malaysia Pahang” ujar mak cik tersebut seperti menjawab persoalan yang terbuku di ruangan fikiran Amni.

“ Ya Allah.. Naz….” Bisik amni di dalam hati sambil perasaannya bertukar menjadi sebak.

“ Kalau Amni setuju, maknanya ibubapa Amni pun setuju juga tapi apa-apa pun mak cik tunggu persetujuan daripada ayah Amni ya “ ujar mak cik tersebut.

Amni menganggukkan kepala dan tidak mampu berkata apa-apa kerana ketika saat itu, Amni sedang menahan tangisannya di dalam hati.

“ kak, kejap lagi suami saya balik daripada tempat kerja. Kak dan suami boleh tunggu sekejap lagi? Minum la air ni dulu. Sekejap lagi boleh la kita makan tengah hari sama-sama. Amni yang masak hari ini.” ujar ummi Amni kepada tetamu tersebut.

“ Amni masak hari ini?boleh sangat la kalau macam tu “ ujar mak cik tersebut dengan nada riang.

“habis la aku macam ni.macam mana kalau masakan aku tak sedap nanti. Tapi apa-apa pun aku kena dapatkan kepastian daripada Naz dulu. Bukan ke Naz dah meminang wanita lain. “ bisik Amni di dalam hatinya.

“mak, mak cik, pak cik..Amni minta diri sekejap ye..” ujar Amni meminta kebenaran daripada umminya dan tetamu untuk menuju ke bilik.

Setiba di bilik, Amni mencapai handphone dan menelefon Naz, kekasihnya dahulu..

Tutttt…tuttttt….

“assalamualaikum ..” suara Naz menjawab panggilan.

“Waalaikummussalam..” jawab Amni ringkas sambil berdebar-debar di hatinya.

“ ada apa ye awak call saya ?” soal Naz kepada Amni

“ err..err.. ibu bapa awak datang rumah saya sekarang dan ………….. “ Amni tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana berasa malu menyelubungi dirinya.

“dan meminang awak kan? Betul… kenapa awak call yea Amni?awak tak setuju?” soal Naz,menduga dengan panggilan tersebut.

“ eh..eh..saya tak bermaksud macam tu tapi bukankah awak dah meminang wanita lain sebab awak tulis kat facebook……………….?”kata-kata Amni terhenti lagi kerana terlupa akan ayat yang telah di post oleh Naz di ruangan facebook.

“oh, awak call saya sebab nak tanyakan hal itu?haha..betul..pinangan saya di terima tetapi bukan di terima oleh wanita lain tapi ibubapa saya. Maksudnya ibu bapa saya telah terbuka pintu hati untuk menerima pinangan saya pada awak. kan sebelum ni ibubapa saya tak mengizinkan saya ada apa-apa ikatan ketika masih balajar.. “ terang Naz dengan panjang lebar.

“Ya Allah..besar sungguh kemuliaanMU Ya Allah..terima kasih Ya Allah..” itu ungkapan dalam hati Amni selepas mendengar penerangan daripada Naz..tiba-tiba air mata Amni mengalir dengan laju kerana terharu dengan takdir Allah dalam kehidupannya. Amni berasa begitu bersyukur dengan kurniaan Allah yang telah mengurniakan kebahagiaan dengan cara yang terbaik dalam hidupnya.

“awak,Amni…dengar tak apa yang saya cakapkan ni?” soal Naz kepada Amni.

“err..err.. dengarr..terima kasih awak..okey la awak, saya ada kerja sikit nak buat. Assalamualaikum awak “ ujar Amni lantas mematikan panggilan tersebut.

Tiba-tiba Amni terduduk dan menangis semahunya atas rahmat dan kemuliaan Allah kepadanya. Amni tidak menyangka begini aturan hidupnya yang ditentukan oleh Allah. Amni berasa bersyukur tak terhingga sehinggakan Amni sujud syukur kepada Allah untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Maha Pencipta. Sambil bersujud, Amni menangis penuh bersyukur atas rahmat yang Allah berikan.

“ terima kasih Ya Allah akan ku terima pinangan ini dengan cara terbaik keranaMU Ya Allah dan akan ku jaga hubungan ini tidak melebihi hubunganku dengan MU Ya Allah. Sesungguhnya Kau la Maha Berkuasa dan Maha Penentu segalanya..terima kasih Ya Allah “ lafaz Amni sambil bersujud syukur.

Lantas Amni menyeka air mata di pipinya dan terus berwhudu’ untuk menunaikan solat syukur kepada Allah.

Selepas menerima pinangan tersebut, kini Amni bahagia menjalani kehidupannya barunya sebagai tunangan seorang lelaki yang pernah menjadi insan yang disayanginya dahulu sehingga kini. Sambil mempertingkatkan ibadah dan menjaga iman kerana Allah, Amni juga tidak lupa untuk mendalami ilmu kekeluargaan yang bakal dihadapinya pada masa akan datang. Amni terasa bahagia dengan kehidupannya kini yang semakin berlandaskan syariat Islam.

“Ya Allah, jika ini takdir untukku, aku redha kerana Engkau tahu apa yang terbaik untuk hambaMU..alhamdulillah Ya Allah..” bisik hati Amni seusai menunaikan solat maghrib.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~` TAMAT ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Followers