YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Sabtu, 30 Jun 2012

:: ramai yang telah berubah ::

Salam 'alaik kepada semua sahabat ana...



Alhamdulillah..sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk menulis sepatah kata di teratak ini..

Semakin hari, ana semakin perasan bahawa telah ramai saudara-saudara seislam telah mendapat hidayah daripada Maha Pencipta.. Alhamdulillah.. *sebak terasa*

Ramai sahabat ana telah berhijrah kepada jalan Allah dan menjadi lebih baik..Ada yang telah mula mengenakan tudung yang lebih labuh daripada biasa dan ada pula yang telah mengenakan sehelai kain comel untuk melindungi raut wajah meraka.. Alhamdulillah.. Syukron Ya Allah.. Alhamdulillah..

Ana doakan kepada sahabat-sahabat ana yang telah melakukan penghijrahan, semoga ukhti semua terus kuat dalam bermujahadah dan terus dikurniakan hidayah dan taufiq daripadaNYA..

Kepada sesiapa sahabat ana terutama para pembaca yang terdetik ingin melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik dengan mengikut perintah Allah, jum ..kuatkan hasrat untuk mengorak selangkah demi selangkah untuk mendekati Allah.. Jika kita tidak menyambut kedatangan 'tetamu' secara baik sekarang, kemungkinan besar 'tetamu' tersebut tidak lagi akan bertandang kepada kita...satu kesalahan besar yang kita telah lakukan ketika itu..

jum sahabat..kite mulakan sekarang.. bagaimana nasi akan masuk ke mulut andai kita sendiri tidak menyuapnya kan??


Khamis, 28 Jun 2012

:: sebutir pasir dan sebutir mutiara ::



Benarkah SEBUTIR PASIR tidak mampu menjadi SEBUTIR MUTIARA?

benar jika jawapan itu datangnya daripada logik manusia tetapi TIDAK jika jawapan itu datangnya daripada KUASA ALLAH SWT..Kun Fa Ya Kun..Jika Allah kehendaki sesuatu, maka terjadilah ia...

Kepada sesiapa yang ingin melakukan perubahan ke arah yang lebih baik, jum!!.. kita bersama-sama berjuang dan bermujahadah.. semoga Allah kurniakan ana hidayahNYA dan taufiqNYA ke dalam kehidupan ana wa antum aidhon..


Rabu, 27 Jun 2012

peringatan yang mendalam..Allhuakhbar

Banyak orang yang sangat mencintai dunia ini seakan2 mereka tidak akan pernah mati. Mereka selalu mengejar kenikmatan dunia, seluruh pikiran & tenaganya hanya utk target2 dunia. Mereka tidak pernah memikirkan & berbuat untuk kematian & akhiratnya. Padahal dunia ini sangatlah singkat & smntara, tanpa pernah kita tahu bila Malaikat maut akan menjemput?. "Dunia diciptakan kerana adanya manusia, manusia diciptakan kerana adanya akhirat". Jadi sudah seharusnya kita lebih banyak berfikir & berbuat untuk akhirat.


Allah..peringatan yang sangat mendalam



Followers