YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Sabtu, 13 September 2014

menghadapi manusia yang jahil

Apabila kita berhadapan dengan mereka yang jahil,hati yang lembut ni mudah sangat terusik..
Mereka jahil,mudah untuk mengeluarkan kata-kata yang benar mengguris hati..
Mereka yang jahil,mudah merasa cemburu tentang kelebihan orang lain..
Mereka yangjahil ni, mudah menyebarkan berita buruk tentang seseorang..
mereka sangat jahil...

apa yang perlu qalam lakukan untuk berhadapan dengan mereka yang jahil :(

Qalam perlu sabar..
Qalam tak perlu pedulikan kata mereka..
Qalam perlu teruskan hidup mengikut kata hati qalam dan pesanan yang kuat dari zauj..

Subahanallah Alhamdulillah..

Khamis, 9 Januari 2014

::. benarkah istilah bapa tangung dosa anak dan isteri? .::




















Kita biasa dengar, seorang lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. manakala lelaki yang berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Cuma persoalannya, dari manakah datangnya konsep2 tanggung dosa orang lain ni?

Sebenarnya konsep tanggung dosa orang lain ini ada dalam ajaran agama Kristian, di mana mereka percaya bayi yang baru lahir telah pun menanggung dan mewarisi dosa asal atau Original Sin yang dilakukan oleh Nabi Adam a.s., oleh sebab itu setiap bayi yang baru lahir perlu dibaptis untuk menyucikan mereka dari dosa itu. 

Akan tetapi di dalam Islam, sebenarnya tiada istilah seorang muslim menanggung dosa orang lain.
Kita sering kali salah faham bahawa seorang suami akan menanggung dosa2 isterinya manakala seorang bapa akan menanggung dosa2 anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

Yang sebenarnya segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya akan ditanggung oleh mereka sendiri dan tidak dipertanggungjawabkan kepada suami atau orang lain. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang benar iaitu Islam.

Ini bermakna kalau isteri atau anak perempuan tidak menutup aurat, merekalah yang akan menanggung dosa itu sendiri. Jika seorang suami atau bapa tahu akan perkara itu akan tetapi membiarkannya sahaja, maka dia berdosa atas kesalahan tidak menegur dan membiarkan sahaja isteri dan anaknya melakukan perkara yang dilarang di sisi agama, tapi bukan dia menanggung dosa isteri dan anak2nya. Kalau suami atau bapa yang menanggung semua dosa isteri dan anaknya, isteri dan anaknya takkan ada dosalah dan bebaslah mereka membuat dosa kerana dosanya ditanggung orang lain.

Akan tetapi kalau seorang suami atau bapa sudah pun menjalankan tanggungjawab mereka dengan menegur, menasihati dan membimbing isteri dan anak2 agar tidak melakukan sebarang perkara yang dilarang seperti membuka aurat dengan tidak memakai tudung dan sebagainya tapi mereka masih degil dan tetap tidak mahu pakai tudung, maka terlepaslah suami/bapa tadi daripada dosa kecuaian sebaliknya isteri/anak tadi bukan sahaja berdosa kerana melanggar perintah Allah s.w.t, malah berdosa kerana engkar terhadap suruhan suami/bapa mereka.

Ini kerana andai kata seorang isteri yang berlaku curang terhadap suami, atau anak perempuan yang berzina dengan teman lelakinya di luar pengetahuan suami atau bapa, mana mungkin dosa2 mereka ditanggung juga oleh si suami dan bapa? Merekalah yang berdosa kerana telah mengkhianati, menderhaka, tidak patuh dan taat malah engkar terhadap kepercayaan suami atau bapanya yang telah mendidik dan menjalankan tugasnya dengan betul. Macam kes guru wanita yang rakam video lucah dengan warga Pakistan ni di luar pengetahuan suaminya yang sedang sakit, takkan dosanya atas perbuatan durjananya terpaksa ditanggung oleh suaminya?

Firman Allah yang bermaksud :


“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

Nabi Nuh dan Nabi Luth a.s juga mempunyai isteri dan anak yang engkar dan derhaka, adakah para Nabi ini menanggung dosa2 mereka walhal para Nabi ini telah berusaha untuk menyeru mereka ke jalan kebenaran tetapi mereka tetap engkar? Firman Allah:

"Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)" (At-Tahriim : 10)

So bila kita nampak seorang perempuan yang tak pakai tudung atau buat maksiat, tak boleh kita terus hukum suami atau bapanya berdosa dan cakap kesian suami/bapa perempuan tu kena tanggung dosa mereka, kerana: 

Pertama: Kita bukan Tuhan untuk tentukan dosa pahala orang;
Kedua: Kita bukan tahu sama ada suami atau bapa perempuan itu sudah puas menegur dan menasihati mereka tapi mereka tetap degil dan engkar

::. doa untuk ibu bapa .::

DOA UNTUK IBU BAPA

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.........

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau
hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu..........
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..

Rabu, 8 Januari 2014

.:: rintihan hati qalam padaMU Ya Allah ::.





ALLAH..
 hamba ini harap jangan dihadirkan ujian untuk menguji kesetiaan qalam pada bakal imam qalam..

ALLAH..
 hamba ini letih dengan yang datang hanya menganggu dan menggugat kesetiaan qalam pada bakal imam qalam..

ALLAH.. 
hamba ini pohon hindarilah cinta nafsu yang menjejaskan mahar buat bakal imam qalam..

ALLAH.. 
hamba ini tidak mampu menempuh bila hati ini ENGKAU gerakkan kasih pada yang bukan halal bagi qalam..

ALLAH..
 hamba ini tidak mengetahui siapa bakal imam qalam oleh itu permudahkan lah diketemui agar tidak berlaku kasih atas nafsu ...

ALLAH.. 
hamba ini ketahui sayang kasih itu fitrah qalam namun hamba ini pohon biar kasih dan sayang ini ENGKAU tempatkan pada yang sepatutnya yang telah ditentu olehMU ....

ALLAH.. 
hamba ini akan merasa seribu penyesalan jika tersalah kasih diberi ...
MAAP KAN QALAM WAHAI BAKAL IMAM QALAM .... 
kemungkinan ujian untuk qalam sebelum sampai kasih mu ....

ALLAH BERILAH KEKUATAN UNTUK QALAM TERUS SETIA MENANTI BAKAL IMAM QALAM YANG BAKAL MENJELMA DALAM HIDUP QALAM NANTI....

Selasa, 7 Januari 2014

pretend to be okey although i am not T_T


 


hari ni 7 januari 2014..
entah kenapa hati qalam hari ni terasa sedihnya..terasa sebaknya..
benar, 
andai kita mencari kebahagiaan pada dunia ni, belum tentu kita akan dapatkan nya.
andai dapatpun, ianya hanya kebahagiaan sementara..

sebenar-benar kebahagiaan yang akan qalam temui adalah apabila hati qalam kembali pada Allah..
inshaAllah,segala kegusaran, kesedihan di hati pasti qalam dapat hadapi dengan hati yang tenang..
kerana Allah bersama qalam..

in office..
qalam pretend to be happy and be cheering..
qalam cuba ceria dihadapan officemate qalam tetapi apabila qalam bersendirian, hanya riak wajah qalam yang dapat menjelaskan apa yang terbuku di hati qalam..

susah qalam nak menjelaskan...
qalam cuba pandang hikmah disebalik apa yang ditaqdirkan untuk qalam..
pasti Allah nak beri hikmah dan sesuatu yang membahagiakan nanti..
pasti ada sebab kenapa ditaqdirkan untuk qalam sesuatu macam ni..
qalam cuba positif..semata-mata kerana Allah..
tak mudah untuk membuatkan hati menerima taqdir itu tapi qalam kena cuba..

andai qalam tak cuba, siapa lagi yang dapat bantu diri qalam ni selain Allah..
hanya panjatkan doa pada Allah,inshaAllah..mungkin Allah akan cerahkan hati qalam semula..

~ hanya kembali kepada Allah, hati akan menjadi tenang ~
~ Lillahi Ta'ala ~

Isnin, 6 Januari 2014

.:: ASET-ASET YANG DIGUNAKAN SYAITAN LAKNATULLAH UNTUK MENYESATKAN MANUSIA ::.

Mancung/Paruh Syaitan membuatkan manusia Lupa 
 :: Sabda Muhammad Rasullullah:"Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam,maka jika manusia ingat kepada Allah,maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah,dipatuklah hatinya"(Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)

syaitan menangis 
:: Sabda Muhammad Rasullullah:"Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah,lalu ia sujud,nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap:"Ah...Celakalah aku.Anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka ia mendapat syurga,tetapi aku disuruh sujud maka membangkang,maka aku mendapat neraka"(Hadis Riwayat Ahmad,Muslim,Ibnu Majah)

syaitan kencing 
:: Dari Ibnu Masud dia berkata:Diceritakan(Allah)kepada Nabi Muhammad SAW tentang seseorang lelaki yang tidur hingga Subuh(waktu Fajar Pagi),sabda Baginda:"Itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)

syaitan tertawa(ketawa) 
:: Nabi bersabda bermaksud:"Apabila menguap salah seorang kamu dalam solat,maka hendaklah ia tutup mulutnya sedapat mungkinbdan jangan ia mengucap "Ahhh...",kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan dan ia tertawa kerananya."(Hadis Riwayat Bukhari).

syaitan mempunyai rambut dan janggut yang kusut 
::  "Dari Atha bin Yasr dia berkata:Telah datangnya lelaki kepada Rasullullah SAW dalam keadaan kusut rambut dan janggutnya,maka Rasullullah memberi isyarat kepada lelaki itu,seakan-akan disuruhnya membereskan(meluruskan) rambut dan janggutnya.Maka orang itu mengerjakannya,kemudian ia kembali.Maka Rasullullah SAW bersabda:"Bukankah ini lebih baik darpada seseorang yang datang dengan kusut rambutnya seperti syaitan."(Hadis Riwayat Malik)

syaitan menyilangkan(mematah-matahkan) jari tangan
:: Nabi Muhammad Bersabda(memberitahu):Apabila salah seorang kamu berada di dalam masjid ,maka janganlah sesekali menyilangkan(mematah-matahkan)jari tangan,kerana menyilangkan jari-jari tangan itu dari syaitan.Dan seorang kamu tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam masjid(mosque) sehingga ia keluar darinya."(Hadis Riwayat Ahmad).

syaitan masuk dalam aliran darah manusia 
:: Sabda Rasullullah SAW bermaksud:"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah.Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan)

syaitan takut orang yang solat berjemaah 
:: Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:"Jika ada tiga orang di desa atau digunung yang tidak menunaikan solat berjamaah,nescaya mereka dikusai oleh syaitan.Oleh sebab itu,hendaklah kamu berjamaah kerana sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari rombongan"(Hadis Riwayat Abu Daud).

Hentakan kaki syaitan menyebabkan wanita istihadhah(mengeluarkan darah haid secara berlebihan walaupun dalam keadaan sihat).
::  Dari Amnah binti Jahsy bahawa ia keluar darah banyak dan deras(mengalir-ngalir) dari kemaluannya(darah istihadhah),lalu ditutup dengan kapas masih juga keluar dan ditutup dengan kain masih juga keluar.Rasullullah bersabda:"Sesungguhnya darah yang keluar deras itu adalah salah satu hentakan kaki dari hentakan-hentakan kaki syaitan."(Hadis Riwayat Ahmad,Abi Daud dan Tirmidzi)

nota:Kini bagi merawati masalah tersebut dari terus menerus yang boleh menyebabkan mudarat jika terus dibiarkan kaedah perawatan islam diperkenalkan dengan menggunakan bahan-bahan berteraskan alam semula jadi dan menggunakan ayat-ayat tertentu.Teknologi perubatan moden pun telah dapat merawati masalah itu itu dari terus berlaku.

syaitan menghadang di saf solat.
:: Sabda Rasullullah:"Apabila salah seorang kamu solat(sembahyang dengan
memakai batas(Sutroh)(penghadang),lalu ada orang yang melintas dhadapannya(dalam kawasan solat,dibawah penghadang)maka hendaklah ia menghalanginya.Tetapi jika orang itu enggan(dalam keadaan curiga,melintasi dengan sengaja berulang kali)maka boleh orang itu diperangi(usir atau dibunuh),kerana dia itu tidak lain adalah syaitan".(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)

Rasullullah SAW menangkap dan mencekik syaitan
:: Ketika Nabi SAW akan melakukan solat,lalu datang kepadanya syaitan hendak memutuskan solatnya.Maka Nabi Muhammad SAW menangkapnya(syaitan itu)lalu mencekiknya sehingga keluar air liurnya diatas tangannya(Nabi)."(Diceritakan oleh Ibnu Qoyyim)

syaitan kentut 
:: Apabila diseru untuk melakukan solat(laungan azan),maka mundurlah syaitan sampai terkentut sehingga ia tidak mendengarkan azan,maka selesai azan ia kembali lagi.Dan apabila akan berdiri solat(laungan iqamah),ia mundur lagi dan apabila selesai iqamah,ia datang kembali"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan).

syaitan menyelit disaf solat yang renggang
:: Sabda Muhammad Rasullullah:"Luruskan saf-safmu,rapatkan bahu-
bahumu(dalam solat) dan berlaku lembutlah terhadap tangan-tangan saudaramu dan tutuplah tempat-tempat renggang kerana seungguhnya syaitan masuk(menyelitkan diri)pada celah-celahmu,bagaikan anak kambing yang menyelit di celah-celah induknya."(Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrany)

syaitan menghalangi khusyuk solat(menyempurnakan sembahyangnya).
:: "Dari Aisyah berkata:Aku pernah bertanya kepada Rasullullah SAW tentang menengok dalam solat(melihat-lihat kemana-mana arah tanpa perlu)maka sabda Nabi Muhammad SAW:"Itu adalah curian cepat yang dicuri syaitan dari hambaNya(Allah)"(Hadis Riwayat Bukhari,Ahmad,An-Nasai dan Abu Daud)(Hadis Sahih)

Sabda Rasullullah lagi yang bermaksud:"Akan datang syaitan pada seseorang kamu dalam solatnya,lalu syaitan mengingatkan kepadanya,keperluan begini dan begitu.Maka janganlah ia menurutinya.Dan syaitan datang pula pada waktu tidurnya,maka syaitan memberikan berita mimpi buruk padanya,maka janganlah diikutinya(mempercayainya)".(Hadir Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

syaitan membuat mimpi buruk 
:: Muhammad Rasullullah SAW bersada yang bermaksud:"Apabila seseorang kamu bermimpi yang tidak disukai(mimpi buruk),maka hendaklan ia meludah kesebelah kiri tga kali dan hendaklah membaca:
A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim maksudnya:"Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam".
Dan hendaklah ia pindah dari lambungnya ketika hendak tidur yang ia sedang ada diatasnya".(Hadis Riwayat Muslim,Abu Daud,An-Nasai dan Ibnu Majah).

syaitan mencelak mata.
:: syaitan akan mencelak mata para pendengar ceramah agama atau khutbah supaya para pendengar akan tertidur dan leka tidak menghayati apa-apa yang dikatakan oleh penceramah.

syaitan mengincu bibir.
:: syaitan akan mengicu bibir para pendengar ceramah supaya dapat berbual-bual dengan temannya dan dapat mengeluar kata-kata kesat.

syaitan akan mengetuk para pendengar ceramah dengan tongkatnya 
 :: agar dapat membuat bising dan tidakakan duduk diam,disamping membuat kacau dan kekalutan.
Banyak lagi propaganda yang telah dilakukan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia supaya tidak dapat manusia itu berpaut kembali kepada tali akidah dan ajaran Allah yang tulus dan benar.Manusia diingatkan agar behati-hati menjalani kehidupan ini agar tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah syaitan.

Tujuan Allah menciptakan syaitan adalah untuk menguji tahap keimanan manusia itu kepada Allah.Sesiapa yang terpedaya dengan ajakan syaitan Allah akan membalas dengan azab sensara yang pedih di dunia dan di akhirat.Manakala orang yang berbuat baik dan berjaya menyekat kejahatan syaitan ,Allah akan membrikan penghargaan yang tidak erkira dan dibalas dengan Syurga dan kehidupan yang tetap berbahagia.

Allah tidak akan menguji manusia itu dengan berlebih-lebihan dari kemampuan orang itu sahaja.syaitan merupakan salah satu bencana kepada orang yang ingkar kerana mereka akan terus mengikuti syaitan selagi mereka tidak mendapat restu dan inayah dari Allah.

Dikatakan juga orang yang dirasuki syaitan atau jin jahat sebenarnya adalah orang yang mempunyai kelemahan dalam iman disamping jiwa raganya yang kosong dan lemah rohani, zahir dan batinnya.syaitan mudah untuk mendekati orang yang mempunyai sifat demikian dan menjadi penempatan(perumah) bagi syaitan.Pengubatan Islam sahaja yang mampu menghalau perkara tersebut dari terus membahayakan manusia.

syaitan yang cuba untuk mendengar rahsia Kerajaan Allah di langit.Allah akan melontarkan api-api dilangit(asteroid,meteor atau meteorid)kepada syaitan.Dlam kejadian itu,dengan izin Allah ada juga syaitan yang berjaya mendapatkan maklumat atau rahsia dari Kerajaan Allah di langit.Demikian dari situ lah munculnya golongan sihir(golongan manusia yang suka mengamalkan ilmu mistik atau ilmu hitam yang sudah diduga banyak melakukan penyimpangan akidah dan kepercayaan kolot) yang cuba menjadikan syaitan sebagai rakan dan akhirnya mudah untuk golongn sihir membuat penipuan dan kejahatan didalam bumi ini.

syaitan akan dimatikan oleh malaikat maut @ Azrael Angel @ Malaikat Izrail atas arahan Allah,pada akhir zaman nanti setelah Allah membinasakan segala-galanya yang berada di alam buana dan semesta ini.syaitan akan dihidupkan kembali untuk menerima janji Allah sebagai bahan bakar dalam neraka.Pada waktu itu peneman syaitan yang turut binasa adalah manusia dan jin yang ingkar dengan perintah Tuhan serta batu-batuan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Katakanlah(Wahai Muhammad):"Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.Yang Menguasai sekalian manusia,Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik,penghasut yang timbul tenggelam,yang melemparkan hasutannya ke dalam hati manusia,(iaitu pembisik dan penghasut)dari kalangan jin dan manusia."
(Surah An-Nas:ayat 1-6)

Sabtu, 4 Januari 2014

alhamdulillah..hati semakin menerima~

alhamdulillah, hati ini semakin kuat untuk menerima taqdir daripada Allah...

walaupun hanya 80% yang dapat menerima..

lagi 20% tu dalam proses untuk menerima taqdirNYA ini..

alhamdulillah, Allah wujudkan perasaan ketenangan ini dalam diri qalam..

alhamdulillah..subahanallah..


02 JANUARI 2014 ( KHAMIS )

qalam bangun awal pagi untuk bersiap-siap ke keje..

lepas mandi,qalam buka almari baju untuk mengambil baju untuk ke kerja..

tapi tiba-tiba qalam terpandang pada suatu sudut dalam almari qalam, dimana sudut tu diletakkan semua barang hantaran yang telah di beli..

tiba-tiba qalam rasa sebak sangat sampai nak menangis T_T
qalam cuba bersabar dan menahan rasa di hati..

qalam teruskan bersiap-siap untuk ke kerja..

jam tepat menunjukkan jam 5.30 pm, masa untuk qalam pulang dari tempat kerja..

tapi semasa dalam kereta, entah kenapa qalam rasa nak menangis sangat..

jadi perjalanan selama 30 minit qalam ambil untuk pulang ke rumah, qalam gunakan untuk menangis sepanjang dalam kereta..

mungkin qalam rasa nak menangis sangat sebab qalam rasa tahan sedih daripada semalam lagi..

habis niqab qalam basah di bahagian pipi kanan dan bahagian pipi kiri..

tapi alhamdulillah, qalam rasa legaa sangat selepas menangis sepuas hati masa perjalanan pulang..
terima kasih Ya Allah..




Rabu, 1 Januari 2014

hanya kembali kepada Allah, hati akan menjadi tenang.


assalamualaikum wbt...

saat qalam sedang menulis di teratak blog qalam saat ni, entah kenapa qalam rasa nak menangis sangat. andai qalam membiarkan air mata turun tanpa menahan apa yang rasa di hati qalam ni,pasti baju qalam saat ini basah disebabkan air mata qalam yang turun.

hari ni merupakan hari pertama dalam tahun 2014 iaitu 1.1.2014..
hari ini qalam, mak qalam, ayah qalam dan baby qalam ( mak qalam mengasuh ) keluar pergi jusco,tesco dan giant..sepanjang hari keluar..seronok memang sangat seronok sebab semua tolong mencari barang hantaran untuk bakal zauj qalam..

tapi selepas asar, qalam mendapat panggilan telefon daripada bakal zauj yang membatalkan tarikh pernikahan pada bulan march tahun ini . Ya Allah, betapa kecewanya hati qalam, betapa terkilannya hati qalam..hanya Allah yang tahu apa yang qalam rasa. Qalam hanya meng ia kan apa yang bakal zauj cakap tapi Allah Allah, pilunye hati qalam rasa.

saat qalam menulis ni, qalam hanya mampu menahan apa yang rasa di hati..betapa sedihnya Ya Allah.

qalam beritahu pada mak qalam..mak qalam kata semua tu ada hikmah..mak qalam suruh qalam bersabar..

qalam cuba teruskan bersabar..hanya mampu menahan air mata qalam dari terus menitis sehingga air dari hidung qalam yang menitis disebabkan tidak dapat tahan rasa di hati.

tapi di akhir kata, bakal zauj kata inshaAllah  samada 17.5.14 atau 18.5.14.. ape-ape pun hanya kepada Allah qalam kembali..qalam hanya ikut aturan taqdir dari Allah,..

andai qalam ada jodoh dengan tunang qalam tu,alhamdulillah..
andai tunang qalam bukan jodoh qalam,semoga Allah tenangkan hati qalam untuk menerima semua taqdirnya.

saat ini qalam kena buka hati untuk menerima apa-apa kemungkinan akan berlaku.


Lauhaulawala quwatailla billahi a'liyil 'azim.

Followers