YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Sabtu, 14 Mei 2011

.:: ANDAI DIA BUKAN HALAL BAGIKU ::.


♥♥ ♥♥ Andaikan dia bukan HALAL bagiku,peliharalah aku dari kekecewaan
(¯`v´¯) ♥♥ Ya Allah..Berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya JAUH dari
`·.¸.·´♥♥ hidupku agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya.
¸.·... ¸.·´¨) ¸.·*¨) Dan gantikanlah yg telah hilang,tumbuhkanlah kembali yang
(¸.·´ (¸.·´ .·´ ¸¸.·¨¯`·.♥♥♥ telah patah...Walaupun tidak sama dengan dirinya..         


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....
Apa khabar sahabat qalam semua di blog?...hari ini hati qalam terdetik untuk mencoretkan sesuatu tentang cinta kurniaan Allah s.w.t kepada setiap hambanya... 
Alhamdulillah...Maha Suci Allah...

Qalam ingin bertanya kepada antum/antunna semua tentang cinta yang tidak halal yang telah diputuskan kerana Allah?..Adakah seseorang yang memutuskan cinta nafsu itu kejam setelah beberapa lama menjalinkan hubungan tersebut dan setelah beberapa lama mengungkapkan janji-janji manis dan kata-kata indah...
tidak terlepas jugak dengan panggilan yang manja oleh pasangan yang menjalinkan hubungan yang tidak halal di sisi Allah.. Adakah seseorang yang memutuskan itu kejam?

Bagi pendapat qalam, seseorang yang memutuskan itu adalah seseorang yang membuktikan cinta yang sebenar..seseorang yang mulia (andai hubungan yang tidak halal diputuskan kerana Allah)...kerana, bagi qalam,terdapat banyak kelebihan andai memutuskan hubungan cinta manusia (yang tidak halal di sisi-NYA)  dan kembali meraih cinta Allah.. Insyaallah..banyak kelebihan dan kebahagiaan yang akan di perolehi..yang pasti! Tiada kekecewaan...

Walaupun masih banyak ilmu agama yang perlu qalam pelajari tetapi alhamdulillah..sedikit sebanyak, selama qalam cuba mendalami ilmu agama, banyak pengetahuan yang sepatutnya qalam tahu telah qala ketahui...alhamdulillah..benar janji-janji Allah... jika kita mendekatkan diri sedepa dengan Allah,  sehasta Allah mendekatkan diri dengan kita. Ia bermaksud jika kita mencari Allah S.W.T, Allah akan lebih dekat dengan kita.. subahanallah..Maha Suci Allah...

Berbalik kepada tajuk entri  seperti di atas, sesungguhnya, perpisahan kerana Allah akan membawa perkara yang terbaik dalam hidup hamba Allah yang beragama islam. Qalam telah membaca banyak kata hati dan luahan hamba Allah yang berpisah kerana Allah. Kata mereka “  mereka berasa indah mengikut syariat islam iaitu perintah Allah. Pada mulanya memang terasa sakit dan sangat sedih apabila terpaksa berpisah dengan orang yang mereka sayangi tetapi mereka merasakan banyak perkara baik yang wujud dalam kehidupan mereka setelah mereka berpisah kerana Allah.”

INGAT ALLAH. Itu lah pengubat segala kesedihan, kekecewaan, dan kesakitan yang di alami. Jika kita mengingati Allah, pasti hati yang berada dalam kekusutan, kesedihan akan terubat dengan penuh kelembutan. Kita akan menerima takdir Allah dengan hati yang terbuka..

Oleh itu, bagi pasangan yang masih meneruskan hubungan yang TIDAK HALAL  di sisi Allah. Jangan la sedih apabila hubungan yang TIDAK HALAL itu terputus di tengah jalan kerana Allah masih sayangkan antum/antunna =) . Allah ingin menyelamatkan antum/antunna daripada pelbagai zina apabila kalian masih meneruskan hubungan “haram” tersebut. Jika hubungan tidak halal tersebut terputus, maka terputus la dosa zina antum/antunna ! dan terbit la satu anugerah penghargaan untuk bakal zauj/zaujah antum/antunna yang masih menjaga maruah,diri, sayang dan cinta antum/antunna untuk mereka.

INGATLAH! Bagaimana kita ingin mewujudkan keluarga mawaddah sakinah warohmah andai LANGKAH PERTAMA kita mulakan dengan larangan Allah ( COUPLE TANPA HUBUNGAN YANG HALAL). Insyaallah, jika kita mengingati Allah, Allah akan mengingati kita.

 Jaga lah hati, perasaan, diri, maruah antum/atunna untuk zauj/zaujah kalian agar suatu masa nanti zauj/zaujah antum/antunna terasa dihargai oleh antum/antunna dan jauh daripada perasaan cemburu ( kerana ada hamba lain yang tidak halal telah mengenali antum/atunna terlebih dahulu berbanding zauj/zaujah antum/antunna).






Followers