YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Rabu, 23 Mac 2011

TEMAN HIDUP KETIKA BELAJAR


Dengan nama Allah yang menciptakan manusia itu secara berpasang-pasangan.
Selawat dan doa dipanjatkan buat Muhammad bin Abdullah insan yang kita sedang pelajari dan amalkan hadis-hadisnya.
Bergelar sebagai pelajar tahun akhir ini, ada 1 soalan yang sering kali diterjah pada saya.
Bila nak kahwin?
Kalau ada yang lamar itu , kahwin je lah. Tak payah tunggu sampai habis belajar.
Bercakap untuk berkahwin memang mudah tapi adakah diri sudah benar-benar bersedia untuk menjalankan tanggungjawab.
Untuk syabab , bersediakah untuk menjaga amanah yang Allah berikan? Untuk akhwat , bersediakah untuk menyenangkan hati suami?
Memandangkan ramai sangat yang bertanya mengenai isu yang sentiasa panas zaman berzaman ini, dengan rendah hatinya ingin saya kongsikan sesuatu.
Isu perkahwinan sentiasa mendapat tempat dalam list cerita-cerita untuk dibualkan oleh para pelajar. Tidak terkecuali lelaki mahupun wanita.
Teringatkan saya reaksi teman-teman yang pelbagai apabila isu ini dibincangkan. Memang fitrah insan normal begitu saya kira, semoga semua tidak leka dan sentiasa berhati-hati agar tidak termasuk ke kawasan larangan yang tidak sepatutnya.
Pembinaan masjid yang utuh pastinya menjadi idaman semua. Sekadar sedikit muhasabah untuk kita semua sebelum berangan-angan lebih jauh ke hadapan. Salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk melahirkan zuriat-zuriat yang soleh dan musleh juga. InsyaAllah! Memperbanyak umat nabi yang benar-benar bertaqwa dan melahirkan lebih ramai individu muslim yang menerima tarbiyah islami sejak kecil lagi.
Jika kalian menyingkap kisah isteri Imran yang disebut di dalam Al-Quran, itulah contoh isteri dan ibu yang terbaik dari Al-Quran. Semangat isteri Imran yang disebutkan didalam Al-Quran itu wajar dijadikan idola, panduan dan ikutan semua wanita akhir zaman.
Berdasarkan ayat 35-36 surah al-imran.
"(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata "Ya tuhanku, sesungguhnya aku bernazar kepada-Mu, apa (janin) yang dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdi kepadamu, maka terimalah nazar dariku. Sungguh engkaulah maha mendengar, maha mengetahui"
Maka ketika melahirkannya, dia berkata, "Ya tuhanku, aku telah melahirkan anak perempuan" Padahal Allah lebih tau apa yang dia lahirkan, dan laki-laki tidak sama dengan perempuan. "Dan aku memberinya nama Maryam, dan aku mohon perlindunganMu untuknya dan anak cucunya dari syaitan yang terkutuk"
Lihatlah bagaimana hebatnya isteri Imran, seorang wanita yang sangat suci sengaja diceritakan di dalam al-Quran telah bernazar kepada Allah untuk mengorbankan atau menginfaqkan anaknya yang masih dalam kandungannya di jalan Allah. Dia dengan tulus sucinya benar-benar menyerahkan masa hadapan anaknya supaya berjihad mengabdikan diri padaNya.
Secara fitrahnya, pastilah ibu yang telah bersusah payah mengandungkan anaknya ke hulu hilir selama 9 bulan mengharapkan anaknya kelak berbakti kepada dirinya sekurang-kurangnya.
Namun ibu Maryam ikhlas, beliau berniat melahirkan anak untuk dikorbankan sebagai seorang syahid di jalanNya. Benar-benar hebat dan suci, inilah semangat yang kita inginkan.
Dari isteri Imran lahirlah Maryam, antara wanita paling hebat dalam sejarah. Darinya pula lahirlah nabi Isa a.s, utusan Allah yang suci, seorang hamba yang mengabdikan diri kepada Allah semata2.
Kita mengharapkan anak yang soleh dan musleh hasil perkahwinan yang dibina. Persoalannya adakah kita sudah bersedia menjadi ibu seperti isteri Imran dan Maryam?
Wahai teman-teman [untuk diri sendiri khasnya] sekiranya kau mengimpikan anak seperti imam syafie... ibunya perlu hebat lagi
Dirimu perlulah dilengkapi dengan sekurangkurangnya 30 juzuk Al-Quran didada. Apatah lagi ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu tajwid untuk diajarkan kepada anak-anak nanti. Ibadah malam yang terjaga sebagai bekalan kekuatan dan hati yang penuh kasih sayang serta sifat sanggup berkorban.
Macamana ingin berkahwin kalau membaca Al-Quran masih merangkak-rangkak lagi?
Macamana ingin berkahwin kalau tak sanggup berkorban lagi?
Macamana ingin berkahwin kalau masih kurang menjaga ibadah lagi?
Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak umat nabi Muhammad yang terbaik. Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak yang berjihad mengabdikan diri di jalanNya.
"Ya Allah, kurniakanlah kami anak dan keturunan yang soleh sebagai penyejuk mata"
Pra Perkahwinan
Buat teman-teman, anggaplah kehidupan harian kita bersama teman-teman serumah kini sebagai pra-perkahwinan, latihan sebelum benar-benar memikul tanggungjawab yang asli.
Latih diri untuk sentiasa bermanis muka dengan teman-teman walau sepenat mana kita.
Latih diri untuk menjaga rahsia dan cerita teman-teman dan cuba menyelesaikan masalah sesama sendiri.
Latih diri untuk sanggup berkorban, banyak bersabar dan tidak banyak berkira sesama teman-teman.
Dan latihlah diri dengan macam-macam lagi.
Untuk syabab, sekiranya kalian telah benar-benar mampu dan bersedia, bernikahlah. Pilihlah jodoh yang terbaik yang diberikan Allah untuk kalian. Terima seadanya. Utamakan diri kalian dalam soal memilih jodoh yang terbaik.
Untuk akhwat sekalian, dan sekiranya telah sampai masanya , kalian dilamar, dan telah dibukakan laluannya untuk kalian bernikah, silalah bernikah.  Allah sentiasa bersamamu.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Dan semoga teman-teman akan memperoleh teman untuk ke syurga yang terbaik untuk kalian.
"Dari Allah, Kepada Allah"

DEMI CINTA ALLAH


Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.
Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.
Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.
Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.
Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.
Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."
Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.
"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

Cinta ALLAH tiada kekecewaan =)

Assalamualaikum w.b.t.. =)

bertemu kembali dalam slot CINTA ALLAH TIADA KEKECEWAAN =)

Sebelum saya meneruskan lebih panjang huraian tentang tajuk entry nie, saya cume tinggal sedikit masa je sebelum bersiap ke kelas..jadi, saya ingin jugakkk menggunakan masa yang masih berbaki untuk menulis ape yang hati saya ingin luahkan agar keinsafan di hati menggamit kemekaran =)

Ya! benar..tepat dan definitely!..(ape tu??)..hehe..
ape yang "Ya" , "benar" , "tepat" ,"definitely" ??..
semua itu adalah persetujuan saya dan saya meyakini dan sangat sangat meyakini dan setuju bahawa CINTA ALLAH TIADA KEKECEWAAN..

KENAPA CINTA ALLAH TIADA KEKECEWAAN ?? =)
 kenapa yea?..kerana ALLAH MAHA PENYAYANG,MAHA PENGASIHANI DAN MAHA PENGAMPUN..
jika kita mencintai ALLAH, ALLAH lebih cintakan kita..
jika kita menyayangi ALLAH. ALLAH lebih menyayangi kita..
jika kita rindukan ALLAH, ALLAH lebih rindukan kita..
sesungguhnya CINTA ALLAH adalah CINTA yang terAGUNG..


Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)

sesungguhnya ALLAH sangat menyayangi hamba-hambaNYA..
segala kesilapan tidak kira kecil atau besar diampuni olehNYA..

Jika kita mendekatkan diri dengan ALLAH,maka terbuka la satu jalan menemui jalan yang benar..
terbuka la pintu hidayah yang membawa kita ke arah kebenaran..

CINTA ALLAH...
tiada cemburu...
tiada nafsu..
tiada rajuk..
tiada marah..
tiada sedih..
tiada kecewa...

CINTA ALLAH...
sentiasa tenang..
sentiasa sejuk..
sentiasa tenteram...
sentiasa bahagia..
hidup diberkati dan dihormati oleh insan lain..


Dari Nabi shollallahu ’alaih wa sallam beliau bersabda: “Bila Allah mencintai seorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril: “Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia.” Jibrilpun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit: ”Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka kalian cintailah dia.” Penghuni langitpun mencintainya. Kemudian ditanamkanlah cinta penghuni bumi kepadanya.” (HR Bukhary 5580)


BAGAIMANA PULA CINTA MANUSIA?
cemburu..
nafsu..
rajuk..
hati disakiti...
bahagia tetapi sementara..
susah dimaafkan jika melakukan kesilapan..
pelbagai masalah..
hidup dalam kekecewaan jika bermasalah...



Sesungguhnya Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallambersada: “Ruh-ruh manusia diciptakan laksana prajurit berbaris, maka mana yang saling kenal di antara satu sama lain akan bersatu. Dan mana yang saling mengingkari di antara satu sama lain akan berpisah.” (HR muslim 4773)

seperti pepatah yang penah kita dengar, setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan (eh!ape kena mengena)..hukhukhuk..
sebenarnyer ia membawa maksud tersirat..
sama juga seperti cinta...
didunia..cinta manusia akan berakhir dengan perpisahan..
tetapi jika manusia itu saling mencintai kerana ALLAH,insyaallah ia akan berkekalan di syuga..

Ya Allah...dah terlewat nak siap-siap..
da 17 minit lagi nak naik bus...
saya minta diri dulu yea..
segala yang saya tulis jika ada yang salah tolong betulkan yea.. =)
mudah mudahan membantu saya dan berkongsi pengetahuan dengan kalian..

segala kebaikan datang daripada ALLAH,dan segala kesilapan datang daripada kelemahan diri saya sendiri..

Wallahu'alam..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...




Followers