YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Khamis, 19 Januari 2012

~ Al-Quran sebagai PEMBELA di hari akhirat ~


Assalamualaikum w.b.t ...




Hari ni sedang sibuk ana berkemas-kemas,tiba-tiba terjumpa satu buku bertajuk " Motivasi Iman". Niat di hati ingin membaca buku tersebut kerana tajuknya sangat menarik tetapi ana tangguh dulu la sebab ana rasa lebih baik ana habiskan kerja-kerja ini dahulu..

Alhamdulillah..selesai semuanya dengan bantuan Allah SWT yang mengurniakan ana kesihatan yang sihat.. Alhamdulillah wa alhamdulillah Ya Allah...

Setelah ana mempunyai masa terluang, tergerak hati ana ingin membaca buku tersebut tetapi ana tidak pernah tahu buku tersebut ada di rumah ana. Mungkin abah yang belikan selama ana tinggal di Kolej agaknya..

Eh,panjang pula ana bercerita..hihi~ lame rasanya ana tidak menulis di teratak ana ni disebabkan musim peperiksaan yang lepas =)

Tak pe la, kite straight to the point yee.. kali ni ana nak berkongsikan satu cerita. Menarik sangat cerita nie. Mungkin cerita ini ada yang dah baca atau mungkin masih belum lagi..ape-ape pun,enjoy yea cerita ni..tapi jangan lupa,ambil pengajaran dan teladan yea untuk kebaikan ukhrawi dan duniawi =) insyaallah wa biiznillah


Abu Umamah r.a berkata : " Rasulullah s.a.w telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w memberitahu tentang kelebihan Al-Quran"

Rasulullah s.a.w telah bersabda : " Belajarlah kamu akan al-quran. di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, di mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya,

Al-Quran : kenalkah kamu kepadaku?
Pembaca Al-quran : Siapakah kamu?
Al-quran : Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun
malam untuk membacaku dan kamu juga telah membacaku di waktu
siang hari.
Pembaca Al-quran : Adakah kamu Al-Quran?

Lalu Al-quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T.
Pada kedua ayah dan ibunya pula [ muslim ] diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya " Daripada manakah kami memperoleh semua ini sedangkan semua amalan kami tidak mencapai ke tahap ini?"
Lalu dijawab : " Kamu diberi semua ini kerana anak kamu telah mempelajari Al-quran"

~ Pengajaran ~

ا ~ Kesusahan ibu bapa menghantar anak-anak mempelajari al-quran lebih baik daripada
menghantar ana-anak mempelajari ilmu lain. Dahulukan pengajian al-quran daripada
segalanya.

ب ~ Al-quran adalah sumber ilmu, hidayah dan penerangan kepada seluruh manusia dan alam
ini.


~ impianmenjadiseoranghafizah.insyaallahwabiiznillah ~


Followers