YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, 25 Februari 2011

MULUT oh MULUT....mari mengenal fungsi mulut anda...

Assalamualaikum w.b.t dan salam kemaafan... =)

Tajuk entri hari nie MULUT oh MULUT dimana saya akan memberi sedikit informasi dan jugak pendapat saya tentang semua maklumat yang terlibat dengan mulut...anda pun di alu-alukan berkongsi pendapat dengan saya jugak yea... =)

Baiklah,pertama sekali saya nak memberi sedkit maklumat tentang FUNGSI MULUT dari segi islam...


  1. Makan makanan yang halal
  2. Minum minuman yang halal.
  3. Bercakap sesuatu perkara yang berfaedah.
  4. Tidak bercakap perkara yang dijanjikan atau perkara yang tidak perlu (melekakan)
  5. Tidak menjaja cerita / fitnah / mengumpat
** masih ada pelbagai fungsi yang tidak disenaraikan


Huraian pertama iaitu Makan Makanan Yang Halal.
Makanan yang bersih
  • Tidak memudharatkan
  • Makanan yang tidak mencurigakan dari segi halal.

Huraian kedua iaitu Minum Minuman Yang Halal.
  • Minuman yang bersih dari kotoran
  • Minuman yang tidak mendatangkan sakit atau tidak memudharatkan
  • Minuman yang tidak mencurigakan dari segi halal
Huraian ketiga iaitu Bercakap Sesuatu Perkara Yang Berfaedah.

Diriwayatkan dari Sahl bin Sa’d ra.: Rasulullah Saw pernah bersabda, “siapapun yang dapat menjaga lidah dan kemaluannya, aku jamin ia akan masuk syurga”

Untuk berbicara soal Bercakap Sesuatu Yang Berfaedah,  ia merujuk kepada sesuatu perkara yang baik dan tidak melalaikan.Bagaimana saya katakan Bercakap Sesuatu Yang Baik dan Tidak Melalaikan..Contohnya seperti dibawah :-
  • Memuji 
  • berkata benar
  • berzikir
  • Tidak berkata soal bukan mahram
  • Tidak menyanyi sehingga lupa mengingati Allah.
  • Tidak mengeluarkan perkataan yang kasar sehingga boleh menyakitkan hati sesetengan individu.
  • Tidak memaki atau mengeluarkan perkataan yang berunsurkan maki.
* Seperti yang kite tahu, remaja sekarang bebas menggunakan perkataan yang kasar berunsurkan maki malah mereka menganggap perkataan itu biasa dalam kehidupan seharian mereka. Kini, setiap percakapan mereka pasti terselit unsur maki dan tanpa mereka sedari, mereka telah menyakiti hati sesiapa sahaja yang mendengar. Antara perkataan yang saya ketahui yang menjadi "makanan ruji" bagi sesetangah remaja yang kurang beradab ketika bercakap adalah :-
  • What The Fuck
  • Fuck
  • Bodoh
  • Setan
  • What The Hell
  • Babi
  • Kurang ajar
  • Bongok 
  • Bengong     
  • Haram
* Maaf jika perkataan itu kasar jika saya tuliskan tapi itu adalah kebenaran yang berlaku kini. Kadang-kadang perkataan itu digunakan bertujuan memanggil rakan-rakan sendiri. Sangat tidak patut kan?..Bukan itu sahaja,jika ingin mengutuk atau mengata belakang tidak kira samada melalui percakapan, menulis blog atau menulis di facebook, pasti perkataan yang berunsurkan maki menjadi perkataan utama sesetengan individu bagi melunaskan dendam atau geram di hati.

Huraian keempat iaitu Tidak Bercakap Perkara Yang Dijanjikan.

Allah SWT berfirman “Sesungguhnya binatang yg paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yg kafir krn mereka itu tidak beriman. orang-orang yg kamu telah mengambil perjanjian dgn mereka sesudah itu mereka menghianati janjinya pada tiap kalinya dan mereka tidak takut .
 
          Janji?Apa itu janji?Sebenarnyer janji ada perkongsian cerita atau maklumat diantara dua individu atau lebih untuk dirahsiakan antara mereka tanpa diketahui oleh orang lain. Ia juga merupakan satu amanah. Tapi seperti yang kita tahu, hanya sesetengah insan sahaja yang betul betul berpegang pada janji tetapi selebihnya hanya mulut sahaja berkata janji tetapi sebaliknya menceritakan maklumat daripada janji tersebut kepada orang lain.

“Tiga hal yg merupakan kewajiban Allah utk memberikan pertolongan yaitu seorang budak mukatab yg berusaha melunasi dirinya orang yg menikah krn menjaga kehormatan dan orang yg berjihad di jalan Allah.”

Huraian kelima pula adalah Tidak Menjaja atau Menfitnat atau Mengumpat

Firman Allah Taala:
"Celakalah untuk setiap pengumpat dan pencela." 

Sesungguhnya mengata,mengumpat, mencela dan menfitnah merupakan perbuatan yang terkutuk kerana boleh membuatkan kehidupan seseorang menjadi lebih tidak tenteram dan lebih susah.Sedari kah anda, melalui mulut kita sendiri, kita boleh mengubah kehidupan hidup seseorang.Tetapi jika kita dapat megubah hidup seseorang menjadi lebih baik, bukankah ia sangat sangat digalakkan dalam islam.ganjaran pahala pun kite dapat. Tetapi jika sebaliknya??(mengubah kehidupan seseorang menjadi lebih susah, tidak tenteram, tidak disukai ramai)..adakah ia satu perbuatan yang sangat teruk.?? 

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) puak yang dicemuhkan itu mungkin lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) puak yang dicemuhkan itu mungkin lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."

Selalunya, mengata,mengutuk,menfitnah,mengumpat akan berlaku apabila berada dalam satu kumpulan terutamanya dalam kalangan wanita. Dalam kalangan lelaki pun turut tidak terlepas tetapi kurang berbanding wanita.

Seperti yang kite tahu, hukum mungumpat, mengata,menfitnah adalah HARAM dan BERDOSA BESAR.Dosanya ibarat seperti membunuh.

Sama jugak seperti Berzina, hukumnya HARAM dan BERDOSA BESAR.

Dosa berzina dan dosa membunuh, bagi pendapat anda, yang mana satu lebih besar dosanya??
Pasti dosa membunuhkan.

*jika ada kesilapan, minta anda tolong betulkan ye sebab saya hanya manusia biasa, sentiasa melakukan kesilapan*

Tapi disini saya ingin mempersoalkan, ape yang kebaikan sesetengah individu dapat apabila sanggup memburukkan individu lain sehingga mengubah kehidupan individu terbabit sehingga kehilangan kawan, kehilangan semangat dan kehilangan kata-kata untuk menyuarakan perkara benar?Bagaimana pula pendengar yang mndengar perkara yang difitnah dan mempercayainya 100% tanpa usul periksa dan bukti tentang kenyataan yang difitnah?Saya berasa sedih jika ia betul betul berlaku.

Jawapannya hanya ada pada penfitnah dan pendengar fitnah terbabit.

ISLAM mengkehendaki kesalahan dan keburukan yang dilakukan oleh orang Islam disembunyikan dan tidak boleh diheboh-hebohkan.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam maka Allah menutup keaibannya pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Muslim Abu Daud dan At-Tirmizi)

Suasana masyarakat Islam sekarang yang sering tidak menghormati sesama Islam, adalah melanggar hukum Islam.

Menghormati saudara seIslam dalam erti kata menjaga maruah dan air mukanya melalui teguran dan nasihat yang membina dan sopan, akan dapat melahirkan suasana hidup bermasyarakat harmoni dan sejahtera.

Itulah jaminan Islam kepada umatnya apabila mereka mengamalkan sikap menghormati sesama Islam.

Keaiban sesama Islam apabila didedahkan, maka bukan saja hilang kehormatannya, malah sehingga orang bukan Islam tidak lagi menghormati masyarakat Islam.

Usah kita menagih penghormatan daripada orang bukan Islam jika kita sesama Islam sendiri tidak mengamal dan menghayati amalan hormat menghormati dalam erti kata sebenar yang dituntut oleh Islam.

Sekian...Wallahua'lam...

*Segala kesilapan datang daripada diri saya sendiri, dan segala kebaikan datang daripada ALLAH S.W.T....

Assalamualaikumu w.b.t.....

      

Selasa, 15 Februari 2011

Rahsia menjadi isteri solehah ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera... =)

ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.

Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.


Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.

Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.


Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.

Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.

Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.

Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.

Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.

Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.

Followers