YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Isnin, 30 Disember 2013

muslimah solehah itu berbeza




Muslimah solehah itu berbeza,

Kerana….
Sebelum kaki melangkah keluar pintu,
Dia bercermin penuh rasa malu,
Membelek-belek tudung dan baju,
Bukan untuk cantik, bukan bimbang dipandang tidak menarik ,
Tapi demi memastikan syari’at Allah dilaksana dengan baik,
Kepuasan diri bukan utama, kepuasan Allah itu kerisauannya.


Muslimah solehah itu berbeza,

Kerana….
Khidmat bakti dan cintanya untuk suami,
bukan kerana takutkan poligami,
bukan bimbang cinta tak bersemi,
Tapi semata patuh pada suruhan ILAHI,
Demi kasih dan cintanya kepada Nabi.


Muslimah solehah itu berbeza,

Kerana….
Walau jauh dia berada, walau setinggi mana jawatan digalasnya,
Tapi jiwa dan hati tetap pada keluarga,
Suami dan anak-anak gelanggang pahalanya,
Menyemai sakinah dan mawaddah,
yakin hadirnya rahmah dan barakah,
Rumahtangga bahagia, syurganya di dunia.

~ qalam mardhotillah ~

ni'mat disebalik mimpi ~



assalamualaikum wbt..

alhamdulillah..hari ini qalam rasa tenang dan bahagia sangat.

hari ni Allah mengurniakan sesuatu yang belum pernah terjadi pada qalam lagi selama qalam hidup.

hari ni tanggal 14 safar 1435 iaitu 30 disember 2014, qalam telah di hadiahkan mimpi dimana qalam telah mengubati pesakit luar biasa, iaitu pesakit yang telah mengalami ganguan jin dalam badan.. subahanallah..

hanya dengan menyebut kalimah Allah iaitu kalimah LAILLAHA ILLALLAH sahaja, qalam mampu mengeluarkan jin dalam badan pesakit, subahanallah..betapa hebatnya kalimah Allah.

seusai mengubati pesakit tersebut, qalam terus terjaga daripada mimpi.

setelah qalam terjaga dari tidur, qalam hanya buka sedikit mata tetapi mulut qalam tidak henti-henti menyebut kalimah Allah tersebut iaitu LAILLAHA ILLALLAH.

subahanallah, hanya Allah yang tahu perasaan qalam ketika itu..bahagia terasa..


lantas, qalam terus tersenyum dan mengucapkan syukur pada Allah, qalam menyambung semula tidur qalam sambil berzikir kalimah Allah sehingga qalam tertido.. subahanallah..alhamdulillah..

~ qalam mardhotillah ~

Ahad, 29 Disember 2013

kem tautan mahabbah memberi kesan kepada ana.

Bismillahi rahmani rahim...

hari ni hari ahad iaitu 29 / 12 / 2013



semalam tamat sudah program tautan mahabbah yang bergerak di bawah Team Hijrah Kedah [ THK ] . entah,kenapa bila sebut nama kem tautan mahabbah, hati ini terasa sayu..sebak.. dan hiba..
mungkin kerana diri qalam masih teringat pengisian dalam slot program..
Allah, qalam betul betul merasai pengisian dalam slot..sehingga kini qalam masih merasainya..

antara slot yang benar benar membuatkan qalam terkesan di hati ialah slot muhasabah diri iaitu program sentuhan qalbu.


 Allah, slot tersebut telah membuatkan qalam menitis air mata, membuatkan sahabiah qalam menitis air mata dan membuatkan mak cik mak cik menitiskan air mata.. Allahu Rabbi, betapa terkesannya di hati..


antara pengisian yang benar-benar memberi kesan di hati qalam..


" sepanjang aku hidup di dunia ni, apa yang sumbangan yang telah aku berikan pada kedua ibu bapaku yang akan membawa ibu bapaku ke syurga?"


qalam tersentak.. qalam terkelu..


qalam berfikir sejenak, apa yang telah qalam sumbangkan untuk kedua ibu bapa qalam, untuk membawa mereka ke syurga?..


qalam tak tahu.. qalam benar benar tak tahu.. Allah..


ampunkan dosa-dosa kedua ibu bapaku Ya Allah, rahmatilah mereka berdua Ya Allah, kasihani lah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihani ku ketika aku masih kecil. Ya Allah, peliharalah kedua ibu bapaku agar sentiasa di bawah bimbingan MU di dalam agama dan jalanMU yang lurus. Amin Amin Ya Rabbal A'lamin.


Jumaat, 27 Disember 2013

KEM TAUTAN MAHABBAH



Assalamualaikum wbt.

hari ni merupakan hari jumaat.. hari sayyidul ayyam iaitu hari penghulu hari..

hari ni jam tepat menunjukkan jam 3.00 petang, qalam akan pergi ke yan kedah untuk menyertai kem tautan mahabbah di sana. inshaAllah..

tak sabar sangat untuk berjumpa dengan sahabat baru di sana..

alhamdulillah, setelah menyertai program kem ini, ramai sahabat qalam bertambah. qalam sertai juga meeting bersama ajk, alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah.

jika sesuatu dilakukan kerana Allah, Allah pasti memudahkan urusan tersebut.

~ qalam mardhatillah ~



subahanallah .. indahnya lukisan alam



Jika hati sejernih air..
Jangan biarkan ia keruh..
Jika hati seputih awan..
jangan biarkan dia mendung..
jika hati seindah bulan..
hiasilah ia dengan imah..

Followers