YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Isnin, 24 Jun 2013

SETENANG HENING NIFSU SYA'ABAN

Bismillahirahmanirrahim...

salam sejahtera ke atasmu wahai sahabat..

setenang hening nifsu syaaban..

rasa ketenangan pagi masih menghinggap ke dalam pelusuk hati dan jiwaku...

kerana terlalu bertekad untuk bangun pagi untuk berqiamulail..

jari jemari mula aktif menekan henfon untuk set time bangun bagi menunaikan qiamulail..
alhamdulillah..terjaga juga pagi itu walaupun telah "snooze" untuk beberapa minit..

ye, saya mengetahui pagi itu merupakan pagi yang penuh rahmat dan berkat daripada Allah..

hati tenang apabila mata dibukakan sedikit..

dengan perlahan, saya bangun bagi menyucikan diri..

dek kerana disebabkan ada perkara yang menghalang daripada menunaikan solat, fikiran mula berfikir, "apa yang harus aku buat untuk abdi diri kepada Allah di malam penuh rahmat Allah ni ya"

berfikir sejenak.. Alhamdulillah, Allah beri petunjuk.. mata terpana pada tasbih dan Al-Quran yang berada di atas almari baju bujang..lantas, saya terus mengambil dan berzikir serta bertaddabur..

tanpa disedari, air mata mengalir sendiri tanpa diduga..

mengapakah? saya tidak tahu jawapannya..yang pasti, hati ana berasa begitu tenang sekali...tidak pernah ana rasakan sebegini.. mungkin ini jawapannya =')

Followers