YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Isnin, 28 Januari 2013

"Teringin tapi tak ada kekuatan" . ALASAN !

Assalaamualaikum wbt wa sobahalkhayr.

Sudah lama ingin meluahkan isu ini tapi entah la, belum diberi keizinan daripada Allah untuk menyatakan di sini.

Semakin hari saya berjumpa dengan ramai orang disebabkan pekerjaan saya dalam kategori perkhidmatan. Rupa-rupanya lebih ramai hamba Allah diluar sana ingin melakukan perubahan fizikal dan luaran. Allah, alhamdulillah .

Ramai yang berniat ingin menghijrahkan diri kepada yang lebih baik contohnya seperti ingin memakai tudung labuh, stokin tangan dan stokin kaki serta baju yang longgar tetapi ada sesuatu penghalang yang kuat untuk mereka meneruskan niat mereka. Apakah ?

jawapannya    SYAITOONNNN !


apa yang syaiton yang direjam tu buat?

Haa, syaiton buat macam ni ..........

" Ish, kalau aku pakai tudung ni, nanti mesti diorang ejek aku . tak nak lah,tunggu bila aku dah betul-betul bersedia nanti" Lantas terus membuka tudung labuh yang telah tersarung di kepalanya .

" Kalau aku pakai macam ni, nanti apa kawan-kawan aku cakap, mesti tengok pelik, nanti adik beradik aku pula mesti kata macam-macam kat aku "

takpun

" kalau aku berpakaian macam ni kan, nak ke diorang kawan dengan aku nanti. mesti diorang dah kurang rapat dengan aku, tak pun, diorang mula menjauhi aku . Emm, tak pe, berniat pun dah dapat pahala "


semua monolog di atas ni merupakan BISIKAN syaiton dalam hati si peniat tu untuk melemahkan semangat mereka daripada meneruskan niat baik mereka. 

Segala macam bisikan dan perkara negatif yang mereka taburkan dalam hati dan tepi telinga si peniat sehingga la si peniat tertunduk-tunduk mengikut kata-kata syaiton tersebut.. na'uzubillah minzalik . betapa jahatnya syaiton yang direjam!


sahabat, meh dengar sini apa perjanjian syaiton yang direjam dihadapan Allah SWT.



“Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan
(segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini,
dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.”

[al-Hijr 15:39]

Ayat di atas membawa maksud selagi dunia belum sampai ke penghujungnya, syaiton laknatullah akan terus memperindahkan segala jenis kemungkaran di mata umat akhir zaman ( menampakkan akan dunia adalah nikmat kehidupan yang sebenarnya sehingga melupakan kehidupan selepas hidup di dunia ).

Syaiton akan terus menyesatkan manusia, mengkafirkan manusia , memusyrik kan manusia dan menjadikan manusia penghuni neraka .

JADI?????

Tindakan Yang Perlu Diambil !


Ar-Rahman.. Ar-Rahman.. Ar-Rahman..

Ar-Rahim.. Ar-Rahim.. Ar-Rahim..

nama-nama Allah ini menunjukkan bahawa Allah begitu sayang kepada hamba-hambaNYA dan Allah begitu kasih kepada hamba-hambaNYA melebihi sayangnya dan kasihnya seorang ibu kepada anaknya. Subanallah T_T

sekarang, Allah sedang memerhatikan kita dengan pandangan yang penuh kasih sayang.. subahanallah.. Allahu Akhbar T_T


Setelah mengetahui perkara ini, tak kan kita masih meneruskan ikutan kata hati yang datangnya daripada syaiton laknatullah?

sahabat, kuatkan kata hati, lawanlah kata-kata negatif yang telah menguasai hati dan pemikiran kita ini ( nasihat untuk diri sendiri juga, inshaAllah ). Lawanlah ! lawanlah ! lawanlah ! jangan biarkan diri kita menjadi anak panah syaitan.  

teruskanlah niat baik tu sebab segala perkara yang baik semuanya datang daripada ALLAH SWT. 

 jangan biarkan kata hati daripada syaiton menang berbanding perkara yang baik yang datangnya daripada ALLAH SWT !

Biarlah apa yang manusia ingin perkatakan . kerana apa? kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut manusia akan dipertangungjawab di hadapan Allah kelak .

ingatlah, Allah sentiasa ada bersama kita . kita tidak keseorangan. Allah ada dengan kita. Jadi kita mesti lebih memilih Allah dalam segala hal. InshaAllah.


Allah SWT  banyak memberi kata semangat dan motivasi kepada hambaNYA. salah satu daripada kata-kata motivasi yang Allah hadiahkan kepada hambaNYA adalah 



Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh

kerana memenuhi kehendak agama Kami,

sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami;

dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah

adalah berserta orang-orang yang berusaha

membaiki amalannya.

[al-Ankabut 29:69]


Hanya orang-orang yang sombong dengan Allah sahaja tidak menerima kata motivasi daripada PENCIPTANYA 

Sabtu, 26 Januari 2013

Celebration Prophet's Birthday ( Nabi Muhamad) with non-muslim

Assalamualaikum wbt..

Teringat kenangan menyambut maaulidur rasul bersama non muslim. Alhamdulillah, respon yang baik diterima walaupun pada mulanya mereka memandang dengan pandangan yang begitu asing buat saya dan jemaah.

Alhamdulillah, pada tahun ini, 24 januari 2013 bersamaan 12 rabiul awal 1434, saya pertama kali meraikan hari kelahiran Rasulku yang tercinta bersama sahabat jemaah, muslim dan non-muslim.

Subahanallah, sambutan yang sangat menggembirakan kerana dapat memberi sedikit penyebaran dakwah kepada non-muslim. Subahanallah . Perasaan itu hanya yang merasainya dapat mengetahui betapa indahnya penangan dakwah ketika itu.

Antaraa hadiah yang diberikan sempena sambutan maulid nabi adalah heart choc , fresh rose, love of bookmark, pamplet about aurah and Muhamad book ^_^  jeng jeng jeng ..
~
~
~

love letter about Muhamad ^_^

~
~
~
Love bookmark for muslim with caption " I LOVE MUHAMAD "

~
~
~

books about Muhamad , love choc and fresh rose for non-muslim




Alhamdulillah wa Syukur a'lallah

 
Dalam Melaksanakan Misi Program

Alhamdulillah, sebelum program dilaksana, kami telah berpecah kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan perlaksaan program. Alhamdulillah. Satu kumpulan dikhaskan untuk Muslim dan satu kumpulan lagi dikhas kan untuk non-muslim .

Dalam jam menunjukkan pukul 3.oo petang, para jemaah bersedia untuk melakukan misi masing-masing. Saya dan kumpulan saya bersiap sedia untuk mencari saudara seislam dan mereka yang bukan islam . Dan kumpulaan yang lain pun bersiap sedia dengan misi mereka tersendiri . Yeay ! keep mujahadah sodiqati !

Haiya ! Saya ingin mengizinkan gambar berbicara ^_^ Haaiyaa ..

1
2
3

oh . sebelum program bermula , kami ingin bergambar dulu untuk menjadikan program ini sebagai pengalaman terindah dalam tahun ini. " 1 2 3 klik ! "

.
.
.
ini adalah kumpulan yang hebat berbicara . mabruk sodiqati !
.
.
.
ahli jemaah ini pula sasaran yang sesuka hati untuk menerjah muslim dan non-muslim.. haha . mabruk sodiqati !

ini pula sodiqati yang lemah lembut lagi comel ! mabruk sodiqati

sekian sahaja proses melaksanakan misi. sekarang proses seterusnya ^_^


Disebalik Tabir Pelaksanaan Program

Lebih kurang jam menunjukkan pukul 4.15pm, kami mula berkumpul seemula di yogo goyo untuk berkongsi pengalaman dan mengenakaan santapan petaang sambil bersantai sesama sendiri. Subahanallah,  waktu yang membahagiankan. Terima kasih Ya Allah .

Subahanallah, setiap seoraang menceritakaan pengalaman masing-masing . Antara intipati pengalamaan tersebut adalah seperti di bawah :-

Luahan rasa dan kegembiraan ahli-ahli  jemaah Nisa' Padang Serai -->

" Alhamdulillah, seronok sangat program ni. Program ni dapat memberi pendedahan tentang hari kelahiran Rasulullah kepada muslim dan non-muslim. Dalam masa yang sama, program ni dapat meningkatkan keyakinan untuk berdakwah kpada mereka yang bukan islam"

" Alhamdulillah. saya pun bersyukur sangat sebab terpilih untuk menyertai program ini. Walaupun saya pernah terlibat dengan banyak program ketika belajar di universiti dulu, tapi program secara mad'u ni lebih berbeza berbanding dengan program-prograam yang saya sertai sebelum ini. Perbezaannya adalah di shopping complex di mana terdapat berbilangan bangsa dan berdakwah pada mereka secara halus"

" Alhamdulillah. ini kali pertaama saya sertai program seperti ini. Subahanallah, saya tak dapat meluaahkan apa yang saya rasa ketika ini kerana ia hanya dapat dirasai untuk mereka yang menyertainya. MashaAllah . Apa yang boleh saya kongsikan dalam pengalaman ini adalah, terlalu manis nikmatnya apabila kita membantu sahabat-sahabat kita untuk kembali ke jalan Allah disamping mrnyemaikan rasa cinta kepada Kekasih Allah "

" Alhamdulillah . saya gembira sangat dalam menjalankan misi dakwah ini disamping meraikan hari kelahiran Rasul tercinta . Saya sangat teruja apabila saya bertanya kepada salah seorang non-muslim dengan soalan siapakah Muhamad? Kemudian dia memberi jawapan yang begitu membuat saya terharu sehingga menjadi sebak . Jawapannya, Muhamad adalah rasul orang islam. Baginda seorang pemimpin yang berjaya. Baginda seorang yang sangat baik dan lemah lembut. Baginda sangat amanah. Allah T_T . Bila saya bertanya macam mana awak tahu, jawapannya, saya belajaar sejarah islam. Allahu Akbar ! semoga Allah memberi taaufiq dan hidayah buatnya !

Baiklah, cukuplah untuk kata-kata yang saya ungkapkan di atas, sekarang saya memberi peluang untuk gambar membicarakan misi ketika waktu kejadian .. hihi ^_^

.
.
eheh! sedapnye mereka makan sambil berkongssi pengalaman ^_^
Ehem ! inilh santapan petang kami . sedap takk? 
.
mereka yang bertungkus lumus menyediakan hadiah untuk meraikan Hari Kelahiran Rasulullah SAW.

.
.
.
Ahah! inilah santai petang yang diceritakan di atas tu. berkongsi pengalaman masing-masing sambil menghabiskan yogurt. sedap !

.
.
.
nasi arab ! Alhamdulillah . sedap. menjamah sedikit makanan  sebelum memulakan misi

.
.
.
Cucak ! Berhibur dengan bersyariat, InshaAllah



Oppss ! setakat ini dulu ye. Azan asar dah berkumandang. marilah kita menuju kejayaan . InshaAllah. Assalamualaikum wbt. Maassalamah wa illalliqa' ^_^

sahabat.. saya rindukan awak T_T

Assalamualaikum wbt sahabatku.

hari ini saya buka blog saya untuk merawat rohani saya dengan sedikit pmbacaan tentang ilmu-ilmu Allah melalui karya tulisan dariapada sahabat blogger saya yang lain.

 Dalam mencari artikel yang menarik untuk di baca, saya ternampak nama blog awak .

 Saya pun terus menziarahi hasil tulisan awak yang begitu menarik minat saya untuk membacanya walaupun saya sudah membacanya dahulu.

Semakin lama saya membaca hasil tulisan dan hasil luahan apa yang tercatat rapi dalam teratak blog awak, saya semakin merindui awak ! T_T

saya rindukan awak sahabat .

saya mengaku, ketika suatu saat kita bersama dahulu, saya banyak melakukan kesalahan pada awak . apabila saya nampak kekurangan awak, saya semakin ingin menjauhi awak . ketika itu saya sangat jahil awak.

sekarang, apabila saya semakin mendekatkan diri kepada Allah, baru saya tahu, awak adalah sahabat saya yang terbaik . Awak banyak bersabar dengan kerenah saya.

saya sayangkan awak sahabat T_T

i love u sahabat.

ana uhibbukifillah sodiqati .

awak tetap sahabat saya sampai bila-bila

awak sangat sukakan kucing. dan awak pernah beri gambar ini kepada saya sebagai hadiah persahabatan .

Sabtu, 5 Januari 2013

TUDUNG LABUH BIDANG 60

Assalamualaikum wbt..

 fuh, lama benar ana tidak menziarahi blog ana. kali ini ana ingin meng khabarkan kepada saudari/saudara tentang jualan tudung yang ana lakukan..  sila lihat di bawah :

..
..
..
..
..
tudung berwarna hijau petronas
ini pula biru gelap *sila abaikan model ya*

biru turquoise
ini adalah tudung yang berwarna biru muda


       sampai di sini dahulu, nanti ana update lagi ya

Followers