YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Ahad, 29 Disember 2013

kem tautan mahabbah memberi kesan kepada ana.

Bismillahi rahmani rahim...

hari ni hari ahad iaitu 29 / 12 / 2013



semalam tamat sudah program tautan mahabbah yang bergerak di bawah Team Hijrah Kedah [ THK ] . entah,kenapa bila sebut nama kem tautan mahabbah, hati ini terasa sayu..sebak.. dan hiba..
mungkin kerana diri qalam masih teringat pengisian dalam slot program..
Allah, qalam betul betul merasai pengisian dalam slot..sehingga kini qalam masih merasainya..

antara slot yang benar benar membuatkan qalam terkesan di hati ialah slot muhasabah diri iaitu program sentuhan qalbu.


 Allah, slot tersebut telah membuatkan qalam menitis air mata, membuatkan sahabiah qalam menitis air mata dan membuatkan mak cik mak cik menitiskan air mata.. Allahu Rabbi, betapa terkesannya di hati..


antara pengisian yang benar-benar memberi kesan di hati qalam..


" sepanjang aku hidup di dunia ni, apa yang sumbangan yang telah aku berikan pada kedua ibu bapaku yang akan membawa ibu bapaku ke syurga?"


qalam tersentak.. qalam terkelu..


qalam berfikir sejenak, apa yang telah qalam sumbangkan untuk kedua ibu bapa qalam, untuk membawa mereka ke syurga?..


qalam tak tahu.. qalam benar benar tak tahu.. Allah..


ampunkan dosa-dosa kedua ibu bapaku Ya Allah, rahmatilah mereka berdua Ya Allah, kasihani lah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihani ku ketika aku masih kecil. Ya Allah, peliharalah kedua ibu bapaku agar sentiasa di bawah bimbingan MU di dalam agama dan jalanMU yang lurus. Amin Amin Ya Rabbal A'lamin.


Followers