YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Isnin, 30 Disember 2013

muslimah solehah itu berbeza




Muslimah solehah itu berbeza,

Kerana….
Sebelum kaki melangkah keluar pintu,
Dia bercermin penuh rasa malu,
Membelek-belek tudung dan baju,
Bukan untuk cantik, bukan bimbang dipandang tidak menarik ,
Tapi demi memastikan syari’at Allah dilaksana dengan baik,
Kepuasan diri bukan utama, kepuasan Allah itu kerisauannya.


Muslimah solehah itu berbeza,

Kerana….
Khidmat bakti dan cintanya untuk suami,
bukan kerana takutkan poligami,
bukan bimbang cinta tak bersemi,
Tapi semata patuh pada suruhan ILAHI,
Demi kasih dan cintanya kepada Nabi.


Muslimah solehah itu berbeza,

Kerana….
Walau jauh dia berada, walau setinggi mana jawatan digalasnya,
Tapi jiwa dan hati tetap pada keluarga,
Suami dan anak-anak gelanggang pahalanya,
Menyemai sakinah dan mawaddah,
yakin hadirnya rahmah dan barakah,
Rumahtangga bahagia, syurganya di dunia.

~ qalam mardhotillah ~

ni'mat disebalik mimpi ~



assalamualaikum wbt..

alhamdulillah..hari ini qalam rasa tenang dan bahagia sangat.

hari ni Allah mengurniakan sesuatu yang belum pernah terjadi pada qalam lagi selama qalam hidup.

hari ni tanggal 14 safar 1435 iaitu 30 disember 2014, qalam telah di hadiahkan mimpi dimana qalam telah mengubati pesakit luar biasa, iaitu pesakit yang telah mengalami ganguan jin dalam badan.. subahanallah..

hanya dengan menyebut kalimah Allah iaitu kalimah LAILLAHA ILLALLAH sahaja, qalam mampu mengeluarkan jin dalam badan pesakit, subahanallah..betapa hebatnya kalimah Allah.

seusai mengubati pesakit tersebut, qalam terus terjaga daripada mimpi.

setelah qalam terjaga dari tidur, qalam hanya buka sedikit mata tetapi mulut qalam tidak henti-henti menyebut kalimah Allah tersebut iaitu LAILLAHA ILLALLAH.

subahanallah, hanya Allah yang tahu perasaan qalam ketika itu..bahagia terasa..


lantas, qalam terus tersenyum dan mengucapkan syukur pada Allah, qalam menyambung semula tidur qalam sambil berzikir kalimah Allah sehingga qalam tertido.. subahanallah..alhamdulillah..

~ qalam mardhotillah ~

Followers