YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Ahad, 24 April 2011

.:: MALAM SATU ANUGERAH ::.

hالسلا م عليكو م ورحمة الله وبركة

Go to fullsize image

Duhai malam
Di saat insan lain sedang menikmati keasyikan tidur,
Aku mengapai kenangan malam untuk menemaniku,
Suasana malam yang sungguh menenangkan,
Redup,tenang,tidak sejuk dan tidak pula panas,
Angin sepoi-sepoi bahasa mengiringi tempatku beristirehat,
Aku gembira..
Kerana inilah kegemaranku..
Inilah kesukaanku..
Sejak di bangku sekolah..
Merehatkan diri di saat insan lain sedang dibuai keasyikan malam,
Mencari ketenangan diri di disebalik suasana malam memunculkan diri,
menjadi sahabat buat diriku..
duhai malam..
terima kasih kerana setia menemaniku setiap malam,
terima kasih kerana kewujudanmu menjadi pengubat keletihan insan yang kerdil,
terima kasih juga kerana kewujudanmu mampu menghilangkan segala resah di hati,
mengubat lara yang hadirkan diri di kala siang hari..
Y a Allah ya Tuhanku...
Engkau hanya tempatku bersujud kepadaMU..
Kau la tempat untuk aku meluahkan segala isi hati yang terbuku..
Sesungguhnya sangat hebat kuasaMU ya Allah..
Kau jadikan malam sebagai pengganti siang..
Kau jadikan malam sebagai ruang untuk hambaMU mencari kekuatan diri..
Kau jadikan malam untuk pengubat segala keletihan hambaMU..
Kau jadikan malam sebagai teman setia hambaMU tenang mengabdikan diri kepadaMU..
Subahanallah..
Sesungguhnya malam yang Kau jadikan sungguh indah..
Sungguh tenang..
Sungguh redup..
Dan sangat mendamaikan hatiku…
Hebat sungguh kekuasaanMU YA Tuhanku..
Hanya kepadaMU aku kembali…

~Jamilatul wardah~


Followers