YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Ahad, 27 Mac 2011

Jazakallahu kairan "pengingat"


Wahai diri yang megah dengan tulisan,
Untuk apakah tari jemarimu?
Untuk siapakah kalam mu?
Untuk siapakah bicara mu?

Wahai diri yang gagah dengan karya,
Ke mana hala kiblat mu?
Ke mana pula destinasi kasih mu?
Ke mana juga maruah dan kebanggaan mu?
Saat dirimu ditanya Tuhan mu, 
Untuk apakah tulisan mu?

Wahai diri yang tegak bersama bait nada cinta bersulam izzah,
Tanyalah dirimu.

Apa yang kamu cari dalam penulisanmu?

Populariti kah?

Pujian kah?
Ah! Segalanya fana!
Segalanya tidak membawa kamu kepada Tuhan,
dan segalanya membawa kamu ke makam neraka.

Wahai diri yang mencoret dengan ihsan Ilahi,
Letakkan tanganmu di dada,
Hamparkan jemarimu yang laju di medan pena,
lalu tanyalah pada hatimu,

Adakah ini perjuangan kamu?
Adakah ini layaknya untuk membeli surga?
Adakah ini menjadi perisaimu menapis bahang siksa neraka?
Layakkah kamu?

Wahai penulis,
Bulatkan niat mu.
Kentalkan azam mu.
Tegakkan pegangan mu.
Dirimu berjuang dengan pena pedang sisipan al-hikmah.
Dirimu berlindung dengan perisai ketulusan.
Dirimu berperang dengan nafsu kehitaman.
Dan akhir,
Dirimu berjuang di bawah pemimpin yang sama,
Muhammada S.A.W

Wahai penulis,
Carilah izzah mu,
Jadilah kamu Hassan Bin Tsabit di alam baru,
Yang kerna kalamnya, musuh binasa, 
Yang kerana penanya, musuh terpesona,
Juga jihad buat pemilik diri nya,
Dan layaklah untuk si hamba dikasihi Tuan yang mulia.

******

Sedang mencari kekuatan yang lebih.
Sedang menggali sumber kekuatan yang baharu.
Sedang mencari sumur penjernihan yang hakiki.

Segalanya daripada Allah...
Dan untuk Allah jua...

Moga Allah ampunkan saya.

Ilham and copied from :: http://iqbalsyarie.blogspot.com/
 

...:: TAUBAT SEORANG HAMBA ::...

Assalamualaikum sahabatku yang sentiasa mengingatiku tentang akhirat =)
ape kabar iman anda?sihat?atau semakin semakin sihat..?mudah mudahan iman anda dan saya semakin hari semakin sihat dan semakin bertambah..aminn =)
~di sini saya suratkan lirik lagu TAUBAT SEORANG HAMBA..mudah mudahan kita dapat mengambil sedikit sebanyak pengajaran daripada bait-bait lirik lagu nie..insyaallah ~

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa…


Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah…..
Taubatku ini…..


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah…
Taubatku ini…


Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima…


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah….
Taubatku ini…


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah..
Taubatku ini…

Followers