YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Rabu, 27 Februari 2013

saya bersyukur kerana masih bergelar cik :)

Assalamualaikum semua sahabat...

hari ini  saya menziarahi satu blog yang menceritakan tentang pengalaman detik-detik ingin melahirkan puteri sulungnya..

sebelum itu, saya ingin mengucapkan tahniah untuk awak dan suami kerana mendapat seorang puteri yang begitu comel.*kalau dapat pegang, nak je saya sayang baby tuu banyak banyak..hihi*

tapi entri kali ni saya nak meluahkan rasa hati saya yang penuh syukur menjadi seorang wanita yang masih bergelar "cik".

kenapa dan kenapa ya?    *mesti soalan ni terdetik kat hati sahabatkan ^_^ *

sebabnya....

pertama-tama
~ diri ini masih merasa diri ini masih free to do any things but according to the syariah. Ya, diri ini masih di bawah penjagaan umi dan walid. tapi umi dan walid memberi sepenuh kepercayaan kepada diri ini untuk membuat sesuatu dengan sendiri . * tapi apa-apa keputusan masih nak umi dan walid sarankan jugak =_=' *

kedua
~ diri ini bebas untuk travel menikmati lukisan alam dengan sahabat-sahabat seperjuangan. terasa betapa indahnya ukhuwah yang diredhai Allah. inshaAllah . sambil sambil tu meningkatkan keimanan untuk diri ini agar semakin mendekatkan diri ini kepada Allah. inshaAllah. *nak buat apa pun, mesti buat dengan sahabat * oh Allah, indahnya ukhuwah keranaMU Ya Allah.


ketiga
~ masih boleh berseronok lagi dengan kurangnya tangungjawab seorang isteri. Alhamdulillah. nak menikmati bebas lagi dari tangungjawab seorang isteri. dalam masa yang sama, boleh mempersiapkan diri untuk menjadi wanita yang solehah di sisi Allah dan mendalami ilmu sebagai isteri solehah. InshaAllah, ia akan me'ready'kan diri ini untuk menjadi isteri yang terbaik untuk suami kelak .

 

ehem . yang tu je kot. sebenarnye banyak lagi kata-kata yang terbuku di hati, tapi tak tahu macam mana nak menyampaikan dalam bentuk tulisan =.=' asif ya sodiqati..

apa-apa pun diri ini telah disunting sebagai isteri awal tahun depan.. bersediakah diri ini . nebes pun ada memuncak dalam diri bila teringat.

 

Ya Allah Ya Tuhan ku, permudahkan segala urusan hidupku..amenn..




Selasa, 26 Februari 2013

duhai hati, kenapa dengan awak ..?

Duhai hati...
apa yang telah terjadi..
kenapa kamu sedang bersedih..

Duhai hati..
bersabarlah..
kesedihan ini tidak membawa apa-apa kebaikan..
melainkan kamu percaya pada Allah..
dan..
bulatkan sepenuhnya pengharapan kepada Allah...

Duhai hati...
menangislah..
menangislah kerana Allah..
agar dapat mencuci 'dirimu' semula..

menangislah duhai hati..menangislah agar kamu dapat membuatkan fikiran ini mengingati Allah

Followers