YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, 28 Jun 2013

apabila bertemu mereka dengan kejahilannya

Bismillahirahmanirrahim...

ana tidak sehebat mereka yang berilmu yang bijak menyusun kata untuk membidas mereka yang tetap dengan kejahilannya..

cukuplah bagi ana untuk berdkwah melalui perbuatan kerana bagi ana, dakwah bukan hanya terjadi melalui kata-kata tetapi juga boleh berlaku dengan perbuatan yang baik..

tetapi dalam situasi ana, ana tak mampu, tak mampu berdakwah pada mereka yang tetap dalam kejahilannya..

selama ingin berdakwah, selama tu ana terikut ikut kejahilan yang mereka lakukan..

alhamdulillah,selepas berlaku sesuatu yang ana tak suka, ana tersedar..

selama ini ana semakin jatuh ke dalam jurang..

kini untuk mengelakkan daripada ana terus jatuh terus ke dalam jurang, ana bertekad untuk lebih mendiamkan diri..jika tiada apa yang perlu diperkatakan, ana akan diam..

tetapi benar, ana sangat tidak selesa dengan keadaan sekarang, entah mengapa perasaan tidak suka makin menjegah dalam diri..

lantas, ana mula meminta nasihat daripada ibu dan ayah ana sendiri, sahabat2 yang ana sayangi..

antara nasihat ibu ana
" ira, teruskan bercakap tetapi bercakap bila perlu..andai masih dia memperkatakan perkara lagha,kamu diam dan kalau situasi membenarkan  kamu nasihat, kamu nasihat la..mungkin itu lebih baik.."

nasihat sahabat kesayangan ana
" nad, bagusla andai nad berniat untuk kurang cakap perkara lagha. mungkin nad boleh diam tapi senyum la.andai nad boleh bercakap sesuatu yang lebih ke arah ingatkan perkara yang baik, nad cakap la. andai dia cakap sesuatu yang melaghakan nad, nad cuba tukar topik :) "

nasihat daripada tunang ana
" tak baik kan andai tidak bercakap terus. Allah tidak menerima amalan hambaNYA yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari. bercakap la..andai dia terus dalam lagha, nasihatla..andai dia masih meneruskan,jauhila ketika itu.."

ana tersentap, ingin memulakan cakap tetapi ana sedang mendengar dia bercakap perihal orang lain yang berbaur umpatan. ana terdiam. ana tidak tahu apa yang harus ana buat. ana diam dan menyepikan diri di dalam bilik. itu yang ana lakukan dan terus lakukan hingga saat ini.

Ya Allah,kurniakan kekuatan kepadaku untuk terus sabar dan mengikut apa yang dinasihatkan kepadaku..Allahumma ameenn...

Tiada ulasan:

Followers