YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Sabtu, 21 Mei 2011

.:: MEMANG BETUL! SUBAHANALLAH ::.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Apa khabar semua sahabat ana di luar sane?alhamdulillah..mudah mudahan hari ini membawa kebaikan kepada kamu semua ^^,



Entry kali ini ana ingin berkongsi dengan sahabat ana semua di ruangan blog ini tentang kebesaran Allah yang telah berlaku dalam kehidupan ana hari ini =)...



Hari ini tanggal 21 mei 2011, ana rasa sangat tidak tenang dan sedih sangat.. Awal pagi perasaan tersebut telah menyelubungi kehidupan ana.. Ana tidak tahu kenapa ana susah untuk mengawal perasaan ana yang sedemikian.. Ana cuba memberi kata-kata penguat dan kata semangat pada diri ana bahawa semua itu adalah dugaan untuk diri ana. Allah menguji keimanan ana.. Alhamdulillah, kata-kata motivasi tersebut dapat mengubat sedikit keresahan ana walaupun tidak dapat mengubat sepenuhnya..



Beberapa lama kemudian, ana termenung sendirian.. ana mencapai sebuah buku yang walid ana belikan yang bertajuk "indahnya hidup bersyariat".. Alhamdulillah, buku tersebut dapat memberi sedikit rezeki untuk rohani ana.. tetapi hati ana? masih dalam keresahan..ana tidak tahu mengapa kehidupan ana terasa sedih dan tidak tenteram ketika awal pagi tadi..



Setelah jam menunjukkan 9.00 pagi .. ana telah minta keizinan daripada ummi ana untuk keluar sebentar..alhamdulillah, ana telah mendapat keizinan beliau. Ana mencapai kunci motor dan menunggang motor dengan harapan keresahan hati ana terubat dan ana mendapat ketenangan..



Ketika ana tiba di jalan simpang tiga, hati ana bertambah resah dan tidak tenang.. bau asap-asap kenderaan dan kesibukkan pagi menambahkan lara dan keresahan dalam hati ana..sambil menunggang motor, ana bergomel sendirian "bukan ketenangan ini yang ana cari".. Lantas, fikiran ana terus teringat untuk membeli clorox di kedai..alhamdulillah..bertujuan juga ana keluar rumah ^^, kalau tidak,ana keluar ini tanpa tujuan la.. tak elok plak rasanya..heheee



Ana terus menuju ke destinasi yang ingin ana tuju dan kemudian terus pulang ke rumah.. ketika ana menunggang motor, hati ana terdetik “ketenangan yang ana cari sebenarnya di rumah bukan di luar rumah”.. ana pun terus menunggang sehingga tiba di rumah..setibanya dirumah, ana duduk dan termenung seketika...ana terfikir-fikir kenapa perasaan ana rasa sebegini tetapi ana tidak mendapat jawapan yang pasti..ana buntu!



Lantas, ana terus mengambil wudhu' dan ana meneruskan niat ana untuk membaca ayat suci Al-Quran.. YA! Itulah ketenangan yang ana cari sebenarnya....subahanallah..sangat benar.. Ayat-ayat suci Allah sebenarnya menenangkan hati yang sedang keresahan dan tidak tenteram..ana baru sahaja membaca beberapa baris ayat Al-Quran tetapi perasaan ketenangan telah meresap halus menyelubungi perasaan dan diri ana..subahanallah..Allahu akhbar! Kuasa Allah sangat hebat dan menakjubkan.. Ana terus dan terus membaca dengan penuh kusyuk sehinggakan ana rasa kehidupan ana telah tenang..ana rasakan seperti tidak ada keresahan yang ana rasa sebentar tadi dalam kehidupan ana.. suatu perasaan lain, perasaan tenang, sejuk dan perasaan yang sangat aman telah menggantikan keresahan yang ana rasa sebelum ini.. alhamdulillah =(



Subahanallah, Allah telah membuka pintu hati ana dan telah menunjukkan kepada ana bahawa ISLAM itu agama yang SEBENAR-BENARNYA.. alhamdulillah..ana sangat bersyukur kerana dilahirkan sebagai hamba Allah dan umat Muhammad dibawah syariat islam.. Subahanallah.. Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!



Duhai sahabat ana, benarlah, jadikan Al-Quran sebagai pengajar kita di dunia dan panduan kita dalam meneruskan hidup yang besyariat..janganlah jauh dari Al-Quran..gunakanlah ayat-ayat suci Allah untuk membasahi bibir kita dan menghiasi kehidupan kita seharian..insyaAllah, kehidupan kita akan lebih bermakna dan akan hidup yang lebih indah dan tenang.. Ana telah merasainya =) Allahu Akhbar!

1 ulasan:

Hazmi Al-Wafi berkata...

Salam..
sekadar perkongsian,ana pernah diajar oleh seorang senior, andai ada masalah,cubalah beristikharah dengan Al-Quran. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim dan keyakinan Allah akan memberikan petunjuk,buka Al-Quran,baca dan tadabbur tafsirnya..

InsyaAllah,jika ayat yang dibaca diteliti maksudnya,pasti ada penyelesaian untuk masalah yang kita hadapi.. Andai ketenangan yang dicari,memang dengan kembali kepada Allah,hati2 akan menjadi tenang..

Semoga sentiasa diredhai Allah..

Followers