YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Selasa, 29 Mac 2011

Ana takafullah...


Assalamualaikum w.b.t....


selamat pagi semua..pagi nie suasana dalam keadaan rahmat betul =)
..hujan membanjiri beberapa tempat di sekitar negeri Perlis sejak selepas subuh tadi...
alhamdulillah...bersyukur ke hadrat ilahi...
tetapi sebelum tu..boleh saya bertanya...apa khabar iman saudara/saudari hari ini?sihat,semakin sihat atau kurang sihat?jika sihat tu, buat la sesuatu aktiviti atau amalan untuk menjadikan iman saudara/saudari menjadi lebih sihat..andai iman saudara/saudari kurang sihat, tingkatkan aktiviti dan amalan saudari dengan lebih banyak supaya iman saudara/saudari mencapai tahap sihat atau lebih sihat..dan bagi iman saudara/saudari yang telah menjadi lebih sihat..alhamdulillah..teruskan menjadikan iman saudara/saudari lebih lebih dan lebih sihat lagi...mudah mudahan Allah tidak membolak balikan hati kita daripada terus mentaati dan terus beriman kepadaNYA...aminn...


sekarang saya berada di perpustakaan kangar perlis..niat di hati hendak menghabiskan tugasan assigment saya sebelum habis minggu nie..insyaallah..mudah mudahan semua urusan saya dipermudahkan oleh Allah..


tetapi....


sebelum saya meneruskan niat saya tu, hati saya terdetik nak menulis sedikit coretan kat warkah blog nie...hehe..bukan nya ape, ilham tu datang daripada satu artikel yang membuatkan hati kecil saya nie terusik..kata-kata dalam artikel tu sangat sangat menyedarkan saya..alhamdulillah..terima kasih kepada siapa yang telah berkongsi artikel tersebut...mudah mudahan ALLAH merahmati hidup beliau kerana ilmu yang beliau kongsi kan...


baiklah, berbalik kepada kisah artikel yang telah berjaya mencuit hati kecil saya supaya menulis sedikit coretan dan berkongsi ayat ape dengan saudara/saudari yang telah benar benar menyedarkan saya..insyaallah..mudah mudahan saya dapat memperbaiki diri saya dengan lebih banyak...


Di bawah saya sertakan satu ayat yang mengusik keinsafan dalam diri saya :-


Aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari,
“Mak Cik, wajah Mak Cik sangat muda dan cantik”

Selepas membaca ayat ini, hati saya terus bermonolog sendirian.."alangkah bertuahnya wanita ini kerana memilik paras rupa yang sangat cantik.."..


ini ayat kedua ::-

sesungguhnya Allah Ta’ala menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Ta’ala nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita”

Hati saya bermonolog lagi... "memang betul, seluruh tubuh wanita adalah haram dilihat oleh mana-mana lelaki bukan mahram kecuali muka dan tapak tangan sahaja..sememangnya, setiap organ dan bahagian pada tubuh kita akan mengaku segala kesilapan dan kesalahan yang telah kita dilakukan di dunia ketika  di padang masyar kelak tetapi  saya highlight kan pada ayat tudung adalah perlindungan untuk wanita"..saya berfikir sejenak..hmm ~ bagaimana yea dikatakan tudung adalah pelindung wanita? bagaimana dengan si pemakai tudung yang trendy?..maksudnya tudung yang menjadi kegilaan ramai remaja wanita dan juga dalam lingkungan sesetengah mak cik - mak cik yang agak berumur dalam masa sekarang..contohnya ::-

Sanggul tinggi di belakang kepala


Dalam hadis Rasulullah s.a.w riwayat Muslim : "Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya
Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain 
dan 
wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. 
Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta.
 Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian."




Tidak menutup bahagian dada dengan betul dan sebaiknya


Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,
Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].



Hanya menutup bahagian atas kepala dan sebahagian bahagian leher




 Surah al-Ahzab : 59 "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka'. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59).





  • Hakikat tudung adalah perlindungan zahir dan batin, 
  • lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu,
  • lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia, sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah Ta’ala,
  • lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, 
  • lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk,
  • lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh
  • lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat
  • lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, 
  • lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah Ta’ala. 
  • Bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung”




Ya! itu lah sebenar-benar nya hakikat tudung... hakikat tudung yang melambangkan wanita solehah.. wanita pemalu.. wanita perhiasan dunia... menjaga bahagian-bahagian diri dari melakukan kesilapan yang boleh menghalang diri daripada menjadi wanita yang sebenar benar solehah... wanita yang pandai menjaga diri dan maruah diri seperti menjaga mata,mulut,hidung,telinga,tangan,kaki,fikiran dan hati akan mengaplikasikan hakikat tudung yang sebenar dalam kehidupan seharian mereka..insyaallah..ini adalah satu pengajaran dan ilmu untuk wanita dan juga diri saya sendiri... 


Duhai Nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah Ta’ala yang Maha Pemberi Rahmat, bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan ‘tudung’ hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah Ta’ala. Duhai Nisa, ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap-gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing-masing hanya mempedulikan nasib dirinya dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak dan bermacam-macam rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan. Semuanya menangis, menangis kerana hari itu Allah Ta’ala murka. Belum pernah Allah Ta’ala murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah Ta’ala di Padang Mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab. Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung, Allah Ta’ala


Ya Allah ya tuhanku..ampunilah aku...  sesungguhnya Allah maha besar dan azab Allah sangat menakutkan... Ya Allah....

Dari Ibnu Abbas r.a katanya: Raulullah SAW bersabda:”Seringan-ringan azab penduduk neraka ialah azab yang dideritai oleh Abu Talib. Dia memakai sepasang terompah yang membuatkan otaknya menggelegak.” (Muslim)

Itu adalah seringan ringan azab..bagaimana pula azab yang lebih keras daripada Allah s.w.t....

ana takaffullah.. =(



2 ulasan:

salihah berkata...

Ya Allah.. betapa leka nye kite..

~ seutas tasbih bercahaya ~ berkata...

betul tu salihah..semakin lama kite ikut peredaran dunia dan peredaran semasa...hati dan diri kita semakin leka dengan hukum dan larangan Allah....melainkan kita sentiasa beringat-ingat dan dekatkan diri dengan perkara yang mengingatkan kita.. =)

Followers