YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Sabtu, 6 Ogos 2011

~takdirMU~

Suatu petang, amni dan teman lelakinya bersiar-siar di kawasan taman yang di penuhi dengan gelak ketawa kanak-kanak. Suasana ketika itu sangat riang disebabkan kerenah kanak-kanak yang menghiburkan. Senyuman manis di raut wajah amni tak penah lekang apabila melihat kerenah kanak-kanak yang sedang bermain. Begitu juga dengan teman lelaki amni, senyuman ikhlas terpancar di wajah teman lelakinya apabila melihat kerenah kanak-kanak dan tambahan pula melihat senyuman manis di wajah amni. Mereka bersiar-siar sambil berkongsi-kongsi cerita dengan penuh ramah. Walaupun mereka bercinta tetapi mereka masih menerapkan batasan-batasan untuk hubungan yang masih belum mencapai peringkat yang halal lagi. Mereka berjalan beriringan tanpa bersentuhan sesama sendiri. Usai berjalan-jalan di taman, mereka menuju ke sebuah kedai makan yang berdekatan dengan taman tersebut.

“ Awak, awak sayang saya tak?” soal amni kepada teman lelaki kesayanganya.

“mesti la saya sayang. Saya sayangggggggggggggg awak sangat-sangat. Awak?” balas teman lelaki sambil membuat mimik muka penuh rasa kasih sayang.

“terima kasih awak . saya pun sayangggkan awak sangat. Tapikan awak, kenapa awak sayang saya ye. Saya bukan la wanita yang baik. Saya bukan la wanita yang solehah.” Soal amni kepada teman lelakinya.

“Awak, awak nak tahu sesuatu tak, bagi saya awak la paling terbaik untuk saya. Hati awak baik, lemah lembut, selalu dengar kata saya, suara awak pun lembut.Lagipun awak nie manja tau.” ujar teman lelaki amni.

“terima kasih awak tapi saya ni bukan wanita solehah. Belum tentu saya akan menjadi isteri terbaik untuk awak nanti.” Balas amni dengan riak muka yang sedikit berubah.

“Awak, saya Nampak ciri-ciri wanita solehah kat dalam diri awak. Walaupun awak tak menonjol, maksud saya awak tak pakai tudung labuh, tapi cara pakaian awak ni longgar, pakai stoking, kira awak dah menjaga aurat juga tau. Lagipun , banyak kata-kata awak yang mengingatkan saya tentang kesilapan saya. Awak banyak mengingatkan saya. Saya perlukan awak. “ ujar teman lelaki amni dengan perubahan wajah yang sedikit muram.

“Awak,saya perlukan awak juga. Awak banyak membantu saya. Awak sangat take care tentang diri saya. Awak selalu jaga saya dari perkara-perkara tak elok. Tengok lah, minggu lepas, ada sekumpulan lelaki ganggu saya tapi awak cakap elok-elok dengan diorang, Alhamdulillah, diorang tak ganggu saya dah.Lagipun awak selalu nasihat saya,jangan lewatkan solat kalau saya tak buat apa-apa. Dan banyak juga nasihat yang awak berikan pada saya.semua demi kebaikan saya. Saya pun sangat perlukan awak naz”ujar amni lagi.

“tapikan awak, apa yang awak akan buat kalau tiba-tiba rumah saya terbakar dan saya terperangkap dalam rumah saya” soal amni kepada teman lelakinya.

“apa maksud awak ni?saya tak nak awak cakap bukan-bukan. Saya tak nak benda tu terjadi kat awak.saya sayang awak” jawab teman lelaki amni dengan riak muka yang sedikit cemas.

“awak,rilex la, jangan macam ni ye.saya Cuma Tanya awak je. Saya nak tahu jawapan awak je”ujar amni dengan penuh sopan.

“emmmmmmmmm..” hanya itu balasan teman lelakinya sambil berfikir.

“entah la awak, tapi saya akan selamatkan awak.saya tak nak awak macam tu. Saya akan sedaya upaya nak selamatkan awak. Tak kisah la kalau keselamatan saya terancam,saya tetap nak selamatkan awak.saya tetap nak selamatkan awak jugak.”sambung teman lelaki amni lagi dengan nada yang semakin serius.

“terima kasih awak atas jawapan awak tu. Jawapan awak tu betul-betul buat hati saya jadi sebak tiba-tiba.terima kasih sangat-sangat awak sebab nak selamatkan saya. Saya hargai kebaikan awak pada saya”ujar amni dengan nada semaki sebak.

“sebab saya terlalu sayang dan cintakan awak amni”balas teman lelaki amni.

“awak,betul ke awak nak selamatkan saya daripada bara api yang membakar rumah saya, macam mane pula awak nak selamatkan saya andai bara api membakar diri saya?” soal amni dengan nada yang perlahan dan sebak.

*~~~~ nantikan sambungannya ~~~~~*


Khamis, 4 Ogos 2011

APABILA KAMU BERKAWAN DENGAN LELAKI




Assalamualaikum w.b.t....

Masa’ alkhayr? Alahmdulillah..hari ini termasuk hari ke empat kita berpuasa..

Alhamdulillah.. syukur ke atas hadrat Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk ana terus menikmati bulan keberkatan ini..alhamdulillah Ya Allah...

Ana doakan para pembaca semua dikurniakan kesihatan dan ketebalan iman agar dapat memanfaatkan bulan keberkatan ini sebaik-baiknya..Barangsiapa yang tidak memanfaatkan bulan mulia ini termasuk la dalam golongan yang rugi..

Sesungguhnya apabila datangnya bulan ramadhan, maka tertutup la semua pintu neraka dan diikat semua syayatin oleh Allah... dan Allah melimpahkan kasih sayangnya kepada umat-umat Nabi Muhamad S.A.W dengan menghadiahkan rasa ingin berpuasa,membuat solat sunat,membaca Al-Quran,berzikir..alhamdulillah.. Ya Allah..sesungguhnya Kau lah Maha Mulia Lagi Maha Mengasihani...

Di bawah ini saya sertakan satu ungkapan untuk kaum hawa...dan boleh menjadi pilihan untuk kaum adam...boleh la ambil iktibar dan buatlah pilihan untuk diri sendiri...samada ingin memilih redha Allah atau kemurkaan Allah..

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,

ingatlah ada dua pilihan terbentang

PERTAMA...

kamu jadi seperti KELAPA...

mudah diperoleh..

diparut...diperah..

dan diambil santannya...

lepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA...

Kamu menjadi sebutir MUTIARA..

berada di dasar lautan...

tersimpan rapi..

dilindungi kulit...

bukan senang nak lihat..

apa lagi mendapatkannya..

hanya orang yang bertuah ...

berusaha menyelami dasar lautan...

dapat memperolehnya..

harganya mahal sekali..

dan ia akan tersimpan selamanya..

jadi..

kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..

di sebalik SANTAN..

menjadi penyedap makanan..

diperah segala kenikmatan..

dengan mudah jatuh menjadi titisan..

akhirnya habis kari dimakan..

pulut panggang sisi habis ditelan..

dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..

yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..

orang tak kenang jasa SANTAN..

MUTIARA...

tertanam di dasar paling dalam...

sukar andai mengharap jadi perhatian..

kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..

namun kiranya ditemui insan..

akan menjadi PERMATA HIASAN..

terletak tinggi di cincin idaman..

atau di leher nan jinjang..

atau di lengan menawan..

makin lama MUTIARA tertanam..

makin tinggi nilainya..

oleh itu...

pilihlah sendiri...

menjadi SANTAN..

mudah jadi perhatian..

tapi hanya sebentar jadi santapan...

kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

menjadi MUTIARA..

sukar ditemukan..

namun bila dihias indah gadis rupawan..

hilang ia..

tangisan mengiringi zaman..

* sekadar perkongsian dan renungan buat kaum hawa..

Copied from facebook’s note...

Rabu, 3 Ogos 2011

janji ALLAH itu membahagiakan..ikutilah kisah ini =)


Assalamualaikum semua..salam ramadhan al-mubarak yea...mudah-mudahan ramadhan kali ini mempertingkatkan iman kita lagi dan berterusan kita menjaga hubungan kita dengan Allah.. Allahumma amenn....

Seperti yang kite tahu, kematian, jodoh, takdir hidup kita semuanya tersimpan kemas di Luh Mahfuz Allah...

Ada seorang teman ana bertanya, Luh Mahfuz tu ape?.. bagi pendapat ana, Luh Mahfuz itu suatu tempat catatan takdir hidup seseorang sehingga kiamat... selain itu juga, Luh Mahfuz, tempat permulaan turunnya Qalam Allah [Al-Quran] kepada Rasulullah S.A.W secara berperingkat...

Tapi di sini ana tidak mahu membicarakan tentang Luh Mahfuz tetapi ana ingin mempamerkan satu nukilan yang dipetik dari iluvislam.. nukilan nie berkaitan jodoh...subahanallah, ana tahu, janji-janji Allah sangat membahagiakan..jum ikuti kisah seorang wanita yang pernah tersungkur di jalan Allah dulu dan alhamdulillah, kini beliau telah merasai kebahagiaan janji Allah...subahanallah walhadulillah.. ^^,

Setelah sekian lama hidup dibelenggu rasa cinta nafsu, hidup sebagai remaja yang tidak ada hala tuju matlamat kehidupan. Saya disedarkan oleh Allah SWT dengan hidayah dan limpahan kasih-Nya.


Syukur kehadrat Allah Taala yang selalu mencintai kita dan mengasihi kita. Indahnya juga hidup yang penuh dengan syariat dan landasan hukum dan garisan keimanan. Entah bagaimana lagaknya hidup ini jika terus dilimpahi nafsu yang tidak berkesudahan.


Lumrah kehidupan ingin berkasih sayang. Lumrah sebagai remaja ingin ada pendamping. Tanyalah kepada siapapun, remaja utamanya, apa erti cinta?


Bagi mereka, cinta itu indah. Cinta itu lazat. Pelbagai tafsiran tentang cinta jika ditanya kepada para remaja di luar sana. Begitu da'if pendapat mereka tentang cinta. Saya, salah seorang daripada pencinta yang suatu ketika dahulu hanya memikirkan tentang keseronokan, kesunyian, hiburan dan teman-teman. Tidak ada cinta bersandarkan agama dalam jiwa. Jauh sekali mengingati dengan DIA yang memberikan rasa cinta itu.


Bukan mudah menerima tamparan dalam hidup bagi remaja yang putus cinta. Rasa mahu bunuh diri, menjauhkan diri dari kelompok manusia lain, sehingga terfikir mahu membunuh seseorang!


Inilah penyakit nafsu dan derita hati. Hati dan nafsu tidak bersandarkan akal. Allah SWT telah memberikan kita akal, iaitu salah satu kelebihan yang tidak ada pada hidupan lain. Sebagai manusia, kita sepatutnya menggunakan akal 100% dalam kehidupan. Allah SWT berfirman :


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan (pada) pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal." (Surah Ali 'Imran 3 : 190)


Saya sudah bernikah dengan seorang lelaki yang tidak saya kenali. Setelah putus cinta dengan lelaki yang dahulunya amat saya cintai (cinta yang tidak berlandaskan agama Allah). Saya membuat keputusan untuk bernikah kerana akal. Setelah berfikir dan menganalisis segala dosa dan kesalahan yang pernah saya lakukan, saya menunaikan umrah pada usia yang muda (25 tahun) dan pada waktu itu, tidak ada lain melainkan saya mencari reda Allah SWT dalam cinta yang terlalu saya inginkan. Setelah menunaikan solat hajat beberapa malam berturut-turut dan saya membaca Surah Yaasin beberapa malam berturut-turut (atas nasihat seorang ustaz di kampung halaman, imam masjid yang juga sahabat baik ayahanda tercinta).


Hakikatnya, segala yang kita inginkan dalam dunia ciptaan-Nya ini perlu kita mohon daripada-Nya. Tidak ada kuasa lain yang Maha Memberi kecuali Dia. Saya berdoa bersungguh-sungguh, memohon sebuah cinta yang suci dan tidak berlandaskan nafsu. Kuasa Allah Taala tidak siapa yang tahu.


Saya berkenalan dengan seorang lelaki yang sedang menyambung pelajaran di Australia. Setelah tiga hari berbalas mesej, mesej yang hanya bertanya khabar dan bertanya tentang kerja-kerja dan pelajaran, timbul persoalan tentang perkahwinan. Jawab saya, hanya bonda dan ayahanda bisa menjawab tentang pernikahan. Lalu, dihantar kedua ibu dan bapanya merisik pada Jun 2010. Maka termetrailah ikatan janji pernikahan Disember 2010.


Sekelip mata, zat Yang Esa sangat saya kagumi. Tidak pernah terlintas dalam hati ingin bernikah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Dalam hati berniat, biarlah jalinan cinta terukir setelah ijab dan qabul diucap dan dibalas.


Tidak terkata betapa cerianya saya ketika hari berlangsungnya pernikahan. Tidak sedikitpun hati berdetak ragu dengan cinta dan kasih pemberian Allah Taala ini. Hakikatnya, cinta suci dan halal ini lebih indah untuk kita kecapi.


Saya sebagai insan yang lemah, pernah melakukan dosa dan diri masih dihinggapi noda silam. Saya ingin menyeru kepada semua remaja yang masih belum ada pasangan halal, ketahuilah, cinta sebelum bernikah, yang melanggar prinsip Allah SWT, merupakan jalan hidup yang sia-sia.


Tidak ada konsep cinta kekasih dalam Islam. Jika sahabat-sahabat sekalian seorang yang sangat beriman, dan dapat menjaga batas dalam pergaulan cinta lelaki dan perempuan, tahniah saya ucapkan! Jangan sekali-kali mendekati zina! Biarpun zina hati!


Jika tidak mampu mengikut sunnah dan ajaran Islam dalam memupuk cinta, berhentilah daripada menjalin cinta yang membawa dosa dan noda. Katahuilah, jodoh itu ada dalam tangan Allah SWT. Berdoalah, kerana doa itu senjata terakhir untuk mengubah takdir dan haluan hidup kecuali satu, iaitu MATI.


Percayalah, cinta suci yang sepatutnya kita agungkan selain cinta Allah dan Rasul adalah cinta suami. Ia merupakan cinta agung buat semua wanita dan gadis. Tidak ada dosa, tidak ada haram dalam cinta itu selagi menjadi isteri yang solehah.


Sentuhlah tangannya, PAHALA. Ciumlah pipinya, PAHALA. Layani kehendaknya, PAHALA. Ucapkan kata rindu dan kasih diiringi senyuman mesra, PAHALA. Berlembut suara bermanja, PAHALA! Apa lagi yang ingin kita cari dalam dunia yang semakin uzur ini, wahai sahabatku, para solehah di luar sana? Bukankah pahala yang kita kejar? Bukankah syurga matlamat kita?


Tidak ada lain melainkan menjadi isteri yang sangat bahagia, itu idaman setiap insan. Dan bagi teruna soleh, gadis impian yang bakal menjadi suri hidup mereka, menjadi bidadari dalam setiap hembusan nafas zikrullah, subhanallah!


Carilah cinta suci dan cinta agung. Jauhilah cinta nafsu, sesungguhnya cinta nafsu itu melahirkan penzina. Ketahuilah, balasan Allah sangat dahsyat bagi dosa penzina.


"Sesungguhnya jahannam itu seburuk-buruk tempat menetapdan tempat kediaman. Dan orang-orang yang apabila membelanjakan(harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah(pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. Danorang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan(alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukanyang demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni)akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekaldalam azab itu, dalam keadaan terhina." (Surah Al-Furqaan : 66-69).


Dan kini, saya bahagia bercinta kali pertama setelah menjadi isteri kepada suami yang sangat memahami. Cinta suci yang kami bina bermatlamatkan syurga. Indahnya bercinta selepas pernikahan. Segala yang dilakukan menjadi halal bagi kami dan pahala buat bekalan di 'sana' nanti. Syukur, sujud dan doa telah Allah kabulkan. Kuasa Allah SWT tidak dapat dilawan. Bercintalah, bercintalah, bercintalah! Bercintalah kerana Allah!

Followers