Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
Ulang Chorus
::.. sedih pula bila ana menghayati lirik lagu ni.. lagu ini membawa maksud, ibu bapa (kepada anak perempuan yang akan dilamar lelaki) memesan bahawa mereka melepaskan anak perempuan mereka kepada lelaki yang bergelar zauj dengan harapan zauj dapat menjaga dan mendidik anak perempuan mereka menjadi wanita syurga ...::
::... terima kasih ummi dan walid atas penjagaan ana selama ana masih bernafas atas muka ini..terima kasih atas segala didikan yang diberi... ..::