Muslimah solehah itu
berbeza,
Kerana….
Sebelum kaki melangkah keluar pintu,
Dia bercermin penuh rasa malu,
Membelek-belek tudung dan baju,
Bukan untuk cantik, bukan bimbang dipandang tidak menarik
,
Tapi demi memastikan syari’at Allah dilaksana dengan
baik,
Kepuasan diri bukan utama, kepuasan Allah itu
kerisauannya.
Muslimah solehah itu
berbeza,
Kerana….
Khidmat bakti dan cintanya untuk
suami,
bukan kerana takutkan poligami,
bukan bimbang cinta tak bersemi,
Tapi semata patuh pada suruhan ILAHI,
Demi kasih dan cintanya kepada Nabi.
Muslimah solehah itu
berbeza,
Kerana….
Walau jauh dia berada, walau
setinggi mana jawatan digalasnya,
Tapi jiwa dan hati tetap pada keluarga,
Suami dan anak-anak gelanggang pahalanya,
Menyemai sakinah dan mawaddah,
yakin hadirnya rahmah dan barakah,
Rumahtangga bahagia, syurganya di dunia.
~ qalam mardhotillah ~