YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES
Memaparkan catatan dengan label CINTA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CINTA. Papar semua catatan

Khamis, 27 Oktober 2011

~ benarkan cinta ini subur kerana Allah ~






(¯`v´¯) ISTIQARAH CINTAKU
`•.¸.•´`•.¸•*¨¨*•.¸¸`•.¸.¸¸.•*

•¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯
"Ya Allah, jika benar dia JODOHKU...Engkau satukanlah kami dengan ikatan yang HALAL di sisiMU Ya Allah...Jika benar dia MILIKKU,Engkau dekatkanlah HATI kami dengan kasih sayang yang mendalam...Jika benar dia yang TERBAIK buatku,Engkau peliharalah perasaan CINTA antara kami agar kami saling mengasihi,agar kami saling menghormati.Tapi seandainya kami TIDAK dijodohkan untuk bersama dan dia bukanlah yang terbaik untukku Ya Allah...maka Engkau tunjukkanlah KEBENARANMU agar hati ini AKUR atas KEHILANGANNYA...Engkau JAUHKANLAH hati kami dari sebarang perasaan...Engkau berikanlah KEKUATAN buat hati-hati kami agar kami REDHA dengan ketentuanMu Ya Allah...Ameen Ya Rahman..Ameen Ya Rahim..Amin Ya Rabbal Alamin.."
•¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯•¸.•´¯

* ¸. • * ¨ `* •.. * ¸. • * ¨ `* •.. *
Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau
Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi, izinkanlah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumi-Mu
Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.
Amin Ya Rabbal Alamin..
* ¸. • * ¨ `* •.. * ¸. • * ¨ `* •.. *

Sabtu, 6 Ogos 2011

~ takdirMU ~

*~~~~ sambungan yang pertama~~~~*

“apa maksud awak amni?tak mungkin la awak. Tak mungkin perkara tu terjadi pada awak.saya nak awak selamat ada depan mata saya. Saya tak kan biarkan perkara tak elok berlaku pada awak amni”ujar teman lelaki amni dengan nada yang serius.

“awak yakin dengan kata-kata awak naz?” soal amni yang turut mempamerkan riak wajah yang serius.

“saya yakin. Awak tak percaya kan saya lagi?” soal teman lelaki amni.

“kalau betul awak yakin dengan kata-kata awak, saya tunggu awak selamatkan saya dari menjadi kayu api pembakar api neraka” jawab amni dengan nada yang sebak.

Keadaan ketika itu sunyi tanpa sebarang kata. Teman lelaki amni masih terkaku melihat amni selepas amni mengeluarkan kenyataan tersebut. Amni pula menundukkan wajah sambil mencuba untuk menahan rasa sebak di dada.

“kita nikah yea awak” ujar amni dengan nada berbauk pujukan sambil menundukkan muka menahan perasaan malu.

Teman lelaki amni masih mendiamkan diri sambil melemparkan pandangan ke arah taman permainan.

“awak, awak dengar tak apa yang saya cakap tadi. Awak yakin nak selamatkan saya daripada azab seksaan api neraka Allah kan, tu je caranya awak.Jika awak menghalalkan saya dan dengan cara tu, awak benar-benar buktikan kenyataan awak yang awak akan selamatkan saya daripada terbakar”ujar amni panjang lebar.

“awak,awak faham kan, parents saya tak izinkan saya bernikah ketika saya masih belajar. Saya pernah bagitahu awak sebelum ni kan. Saya nak awak, saya nakkk…saya nak sangat awak menjadi isteri saya yang sah tetapi parents saya pasti marah kalau saya nyatakan hasrat saya tu. Saya takut mak saya marah” ujar teman lelaki amni berbaur pujukan.

“Awak, kita nikah khitbah ye.kita sama-sama jumpa parents awak, lepas tu kita nyatakan hasrat kita sama-sama secara baik. Kita cuba sedaya upaya kita yea awak. Saya sanggup berjumpa dengan parents awak asalkan saya tak menjadi penyebab awak dibakar di akhirat kelak.saya sayang awak,saya tak sanggup tengok awak terseksa kena bakar.saya tak sanggup awak.” cadang amni dengan penuh semangat.

“awak,awak faham kan parents saya macam mana. Saya pasti parents saya akan marah saya nanti”ujar teman lelaki amni.

“tapi kita tak cuba lagi kan” ujar amni kembali.

“awak nak tengok saya kena marah, kena sindir-sindir dengan parents saya nanti? Saya tahu, mesti selepas tu hubungan saya dengan parents saya rengang”ujar teman lelaki amni lagi.

“emm,awak tolak cadangan saya sebab takut parents awak marah ye?” soal amni lagi

“ye awak” jawab teman lelaki amni pendek sambil menundukkan wajah yang sedih.

“awak tak takut Allah marah” soal amni dengan harapan teman lelakinya dapat berfikir seperti apa yang amni fikir.

Soalan amni hanya dibalas dengan tundukkan wajah teman lelaki amni yang sedih.

“awak, saya minta maaf. Jika benar awak nak selamatkan saya daripada dibakar, awak buatlah pilihan sama ada awak menghalalkan saya atau kita merehatkan hubungan tak halal ni untuk sementara waktu sehingga awak datang menghalalkan saya nanti” ujar amni dengan nada yang sedikit tegas.

“awak, saya sayang awak, saya tak nak lagi jadi penyebab hati awak hitam dan awak hidup dalam kemurkaan Allah. Kita dah semakin jauh dengan Allah awak. Walaupun kita solat lima waktu sehari tapi kita masih meneruskan larangan Allah. Saya nak kita bertaubat awak. Lagipun kita betul-betul di akhir zamankan awak.kita pernah sembang-sembang tentang dunia akhir zamankan awak.” Ujar amni lagi.

“awak, bagaimana kalau saya pergi dulu dalam keadaan saya masih melakukan maksiat?apa yang awak rasa? Kalau awak, saya pasti akan menyesal seumur hidup sebab menjadi penyebab awak di seksa di alam sana nanti.saya tak sanggup awak.tak sanggup nak buat insan yang saya paling sayang diseksa di alam sana”sambung amni sambil suara yang tersekat-sekat menahan kesedihan.

Suasana ketika itu suram dan dihiasi oleh kesedihan pasangan “bahagia” tersebut. Teman lelaki amni terdiam dan tidak mampu untuk berkata apa-apa kerana teman lelaki amni tahu ada kebenaran daripada setiap butir kata-kata amni.

Maaf awak, saya terpaksa memilih keputusan merehatkan hubungan kita ni sehingga saya halal untuk awak. Awak datang la menghalalkan saya ye. Saya janji saya tunggu awak selagi tidak ada wanita lain yang menjadi penyeri hidup awak. Saya tetap tunggu awak.

“tak mengapa la kalau awak betul-betul nak merehatkan hubungan kita. Saya tak ada hak nak memaksa awak. Apa yang awak buat tu perkara baik. Tak elok saya menghalangnya. Tapi saya harap awak tak mengecewakan saya dan saya pasti memilih awak sebagai suri hidup saya nanti. Insyaallah.” Ujar teman lelaki amni setelah lama mendiamkan diri.

“andai jodoh antara kita kuat, dan setia antara satu sama lain,awak dan saya pasti bersatu nanti. Percaya la pada janji-janji Allah ye awak.” ujar amni sebagai kata – kata semangat untuk teman lelakinya.

“saya minta diri dulu awak, dah lama kita keluar. Insyaallah, jika saya adalah salah satu daripada tulang rusuk awak, saya pasti kembali pada awak dengan izin Allah untuk melengkapkan hidup awak dan membahagiakan awak keranaNYA” ujar amni untuk kali terakhir pada hari tersebut.

Lantas, amni terus bangun dan menuju ke kaunter pembayaran sambil menahan kepedihan di hati. Teman lelaki amni hanya menundukkan wajah untuk menahan rasa sedih. Amni tahu teman lelakinya menangis saat itu, tetapi amni tidak mampu membuat apa-apa kerana ingin selamatkan teman lelakinya daripada dimurka oleh Allah dan mendapat seksaan azab daripada Allah.

“saya pasti menunggu awak dan saya akan pastikan kita saling menyintai sebagai suami isteri sehingga ke syurga Allah.insyallah,dengan izin Allah Yang Maha Mengetahui.” Bisik amni di dalam hati selepas beberapa langkah meninggalkan kedai makan tersebut.

~takdirMU~

Suatu petang, amni dan teman lelakinya bersiar-siar di kawasan taman yang di penuhi dengan gelak ketawa kanak-kanak. Suasana ketika itu sangat riang disebabkan kerenah kanak-kanak yang menghiburkan. Senyuman manis di raut wajah amni tak penah lekang apabila melihat kerenah kanak-kanak yang sedang bermain. Begitu juga dengan teman lelaki amni, senyuman ikhlas terpancar di wajah teman lelakinya apabila melihat kerenah kanak-kanak dan tambahan pula melihat senyuman manis di wajah amni. Mereka bersiar-siar sambil berkongsi-kongsi cerita dengan penuh ramah. Walaupun mereka bercinta tetapi mereka masih menerapkan batasan-batasan untuk hubungan yang masih belum mencapai peringkat yang halal lagi. Mereka berjalan beriringan tanpa bersentuhan sesama sendiri. Usai berjalan-jalan di taman, mereka menuju ke sebuah kedai makan yang berdekatan dengan taman tersebut.

“ Awak, awak sayang saya tak?” soal amni kepada teman lelaki kesayanganya.

“mesti la saya sayang. Saya sayangggggggggggggg awak sangat-sangat. Awak?” balas teman lelaki sambil membuat mimik muka penuh rasa kasih sayang.

“terima kasih awak . saya pun sayangggkan awak sangat. Tapikan awak, kenapa awak sayang saya ye. Saya bukan la wanita yang baik. Saya bukan la wanita yang solehah.” Soal amni kepada teman lelakinya.

“Awak, awak nak tahu sesuatu tak, bagi saya awak la paling terbaik untuk saya. Hati awak baik, lemah lembut, selalu dengar kata saya, suara awak pun lembut.Lagipun awak nie manja tau.” ujar teman lelaki amni.

“terima kasih awak tapi saya ni bukan wanita solehah. Belum tentu saya akan menjadi isteri terbaik untuk awak nanti.” Balas amni dengan riak muka yang sedikit berubah.

“Awak, saya Nampak ciri-ciri wanita solehah kat dalam diri awak. Walaupun awak tak menonjol, maksud saya awak tak pakai tudung labuh, tapi cara pakaian awak ni longgar, pakai stoking, kira awak dah menjaga aurat juga tau. Lagipun , banyak kata-kata awak yang mengingatkan saya tentang kesilapan saya. Awak banyak mengingatkan saya. Saya perlukan awak. “ ujar teman lelaki amni dengan perubahan wajah yang sedikit muram.

“Awak,saya perlukan awak juga. Awak banyak membantu saya. Awak sangat take care tentang diri saya. Awak selalu jaga saya dari perkara-perkara tak elok. Tengok lah, minggu lepas, ada sekumpulan lelaki ganggu saya tapi awak cakap elok-elok dengan diorang, Alhamdulillah, diorang tak ganggu saya dah.Lagipun awak selalu nasihat saya,jangan lewatkan solat kalau saya tak buat apa-apa. Dan banyak juga nasihat yang awak berikan pada saya.semua demi kebaikan saya. Saya pun sangat perlukan awak naz”ujar amni lagi.

“tapikan awak, apa yang awak akan buat kalau tiba-tiba rumah saya terbakar dan saya terperangkap dalam rumah saya” soal amni kepada teman lelakinya.

“apa maksud awak ni?saya tak nak awak cakap bukan-bukan. Saya tak nak benda tu terjadi kat awak.saya sayang awak” jawab teman lelaki amni dengan riak muka yang sedikit cemas.

“awak,rilex la, jangan macam ni ye.saya Cuma Tanya awak je. Saya nak tahu jawapan awak je”ujar amni dengan penuh sopan.

“emmmmmmmmm..” hanya itu balasan teman lelakinya sambil berfikir.

“entah la awak, tapi saya akan selamatkan awak.saya tak nak awak macam tu. Saya akan sedaya upaya nak selamatkan awak. Tak kisah la kalau keselamatan saya terancam,saya tetap nak selamatkan awak.saya tetap nak selamatkan awak jugak.”sambung teman lelaki amni lagi dengan nada yang semakin serius.

“terima kasih awak atas jawapan awak tu. Jawapan awak tu betul-betul buat hati saya jadi sebak tiba-tiba.terima kasih sangat-sangat awak sebab nak selamatkan saya. Saya hargai kebaikan awak pada saya”ujar amni dengan nada semaki sebak.

“sebab saya terlalu sayang dan cintakan awak amni”balas teman lelaki amni.

“awak,betul ke awak nak selamatkan saya daripada bara api yang membakar rumah saya, macam mane pula awak nak selamatkan saya andai bara api membakar diri saya?” soal amni dengan nada yang perlahan dan sebak.

*~~~~ nantikan sambungannya ~~~~~*


Rabu, 3 Ogos 2011

janji ALLAH itu membahagiakan..ikutilah kisah ini =)


Assalamualaikum semua..salam ramadhan al-mubarak yea...mudah-mudahan ramadhan kali ini mempertingkatkan iman kita lagi dan berterusan kita menjaga hubungan kita dengan Allah.. Allahumma amenn....

Seperti yang kite tahu, kematian, jodoh, takdir hidup kita semuanya tersimpan kemas di Luh Mahfuz Allah...

Ada seorang teman ana bertanya, Luh Mahfuz tu ape?.. bagi pendapat ana, Luh Mahfuz itu suatu tempat catatan takdir hidup seseorang sehingga kiamat... selain itu juga, Luh Mahfuz, tempat permulaan turunnya Qalam Allah [Al-Quran] kepada Rasulullah S.A.W secara berperingkat...

Tapi di sini ana tidak mahu membicarakan tentang Luh Mahfuz tetapi ana ingin mempamerkan satu nukilan yang dipetik dari iluvislam.. nukilan nie berkaitan jodoh...subahanallah, ana tahu, janji-janji Allah sangat membahagiakan..jum ikuti kisah seorang wanita yang pernah tersungkur di jalan Allah dulu dan alhamdulillah, kini beliau telah merasai kebahagiaan janji Allah...subahanallah walhadulillah.. ^^,

Setelah sekian lama hidup dibelenggu rasa cinta nafsu, hidup sebagai remaja yang tidak ada hala tuju matlamat kehidupan. Saya disedarkan oleh Allah SWT dengan hidayah dan limpahan kasih-Nya.


Syukur kehadrat Allah Taala yang selalu mencintai kita dan mengasihi kita. Indahnya juga hidup yang penuh dengan syariat dan landasan hukum dan garisan keimanan. Entah bagaimana lagaknya hidup ini jika terus dilimpahi nafsu yang tidak berkesudahan.


Lumrah kehidupan ingin berkasih sayang. Lumrah sebagai remaja ingin ada pendamping. Tanyalah kepada siapapun, remaja utamanya, apa erti cinta?


Bagi mereka, cinta itu indah. Cinta itu lazat. Pelbagai tafsiran tentang cinta jika ditanya kepada para remaja di luar sana. Begitu da'if pendapat mereka tentang cinta. Saya, salah seorang daripada pencinta yang suatu ketika dahulu hanya memikirkan tentang keseronokan, kesunyian, hiburan dan teman-teman. Tidak ada cinta bersandarkan agama dalam jiwa. Jauh sekali mengingati dengan DIA yang memberikan rasa cinta itu.


Bukan mudah menerima tamparan dalam hidup bagi remaja yang putus cinta. Rasa mahu bunuh diri, menjauhkan diri dari kelompok manusia lain, sehingga terfikir mahu membunuh seseorang!


Inilah penyakit nafsu dan derita hati. Hati dan nafsu tidak bersandarkan akal. Allah SWT telah memberikan kita akal, iaitu salah satu kelebihan yang tidak ada pada hidupan lain. Sebagai manusia, kita sepatutnya menggunakan akal 100% dalam kehidupan. Allah SWT berfirman :


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan (pada) pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal." (Surah Ali 'Imran 3 : 190)


Saya sudah bernikah dengan seorang lelaki yang tidak saya kenali. Setelah putus cinta dengan lelaki yang dahulunya amat saya cintai (cinta yang tidak berlandaskan agama Allah). Saya membuat keputusan untuk bernikah kerana akal. Setelah berfikir dan menganalisis segala dosa dan kesalahan yang pernah saya lakukan, saya menunaikan umrah pada usia yang muda (25 tahun) dan pada waktu itu, tidak ada lain melainkan saya mencari reda Allah SWT dalam cinta yang terlalu saya inginkan. Setelah menunaikan solat hajat beberapa malam berturut-turut dan saya membaca Surah Yaasin beberapa malam berturut-turut (atas nasihat seorang ustaz di kampung halaman, imam masjid yang juga sahabat baik ayahanda tercinta).


Hakikatnya, segala yang kita inginkan dalam dunia ciptaan-Nya ini perlu kita mohon daripada-Nya. Tidak ada kuasa lain yang Maha Memberi kecuali Dia. Saya berdoa bersungguh-sungguh, memohon sebuah cinta yang suci dan tidak berlandaskan nafsu. Kuasa Allah Taala tidak siapa yang tahu.


Saya berkenalan dengan seorang lelaki yang sedang menyambung pelajaran di Australia. Setelah tiga hari berbalas mesej, mesej yang hanya bertanya khabar dan bertanya tentang kerja-kerja dan pelajaran, timbul persoalan tentang perkahwinan. Jawab saya, hanya bonda dan ayahanda bisa menjawab tentang pernikahan. Lalu, dihantar kedua ibu dan bapanya merisik pada Jun 2010. Maka termetrailah ikatan janji pernikahan Disember 2010.


Sekelip mata, zat Yang Esa sangat saya kagumi. Tidak pernah terlintas dalam hati ingin bernikah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Dalam hati berniat, biarlah jalinan cinta terukir setelah ijab dan qabul diucap dan dibalas.


Tidak terkata betapa cerianya saya ketika hari berlangsungnya pernikahan. Tidak sedikitpun hati berdetak ragu dengan cinta dan kasih pemberian Allah Taala ini. Hakikatnya, cinta suci dan halal ini lebih indah untuk kita kecapi.


Saya sebagai insan yang lemah, pernah melakukan dosa dan diri masih dihinggapi noda silam. Saya ingin menyeru kepada semua remaja yang masih belum ada pasangan halal, ketahuilah, cinta sebelum bernikah, yang melanggar prinsip Allah SWT, merupakan jalan hidup yang sia-sia.


Tidak ada konsep cinta kekasih dalam Islam. Jika sahabat-sahabat sekalian seorang yang sangat beriman, dan dapat menjaga batas dalam pergaulan cinta lelaki dan perempuan, tahniah saya ucapkan! Jangan sekali-kali mendekati zina! Biarpun zina hati!


Jika tidak mampu mengikut sunnah dan ajaran Islam dalam memupuk cinta, berhentilah daripada menjalin cinta yang membawa dosa dan noda. Katahuilah, jodoh itu ada dalam tangan Allah SWT. Berdoalah, kerana doa itu senjata terakhir untuk mengubah takdir dan haluan hidup kecuali satu, iaitu MATI.


Percayalah, cinta suci yang sepatutnya kita agungkan selain cinta Allah dan Rasul adalah cinta suami. Ia merupakan cinta agung buat semua wanita dan gadis. Tidak ada dosa, tidak ada haram dalam cinta itu selagi menjadi isteri yang solehah.


Sentuhlah tangannya, PAHALA. Ciumlah pipinya, PAHALA. Layani kehendaknya, PAHALA. Ucapkan kata rindu dan kasih diiringi senyuman mesra, PAHALA. Berlembut suara bermanja, PAHALA! Apa lagi yang ingin kita cari dalam dunia yang semakin uzur ini, wahai sahabatku, para solehah di luar sana? Bukankah pahala yang kita kejar? Bukankah syurga matlamat kita?


Tidak ada lain melainkan menjadi isteri yang sangat bahagia, itu idaman setiap insan. Dan bagi teruna soleh, gadis impian yang bakal menjadi suri hidup mereka, menjadi bidadari dalam setiap hembusan nafas zikrullah, subhanallah!


Carilah cinta suci dan cinta agung. Jauhilah cinta nafsu, sesungguhnya cinta nafsu itu melahirkan penzina. Ketahuilah, balasan Allah sangat dahsyat bagi dosa penzina.


"Sesungguhnya jahannam itu seburuk-buruk tempat menetapdan tempat kediaman. Dan orang-orang yang apabila membelanjakan(harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah(pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. Danorang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan(alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukanyang demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni)akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekaldalam azab itu, dalam keadaan terhina." (Surah Al-Furqaan : 66-69).


Dan kini, saya bahagia bercinta kali pertama setelah menjadi isteri kepada suami yang sangat memahami. Cinta suci yang kami bina bermatlamatkan syurga. Indahnya bercinta selepas pernikahan. Segala yang dilakukan menjadi halal bagi kami dan pahala buat bekalan di 'sana' nanti. Syukur, sujud dan doa telah Allah kabulkan. Kuasa Allah SWT tidak dapat dilawan. Bercintalah, bercintalah, bercintalah! Bercintalah kerana Allah!

Rabu, 27 Julai 2011

ana tinggalkan cinta ana kerana Allah...

Aku tinggalkan cintaku kerana Allah...

Salam alaik.
Ana rasa tentu ramai dah terbaca kisah ni, tapi ana amik kesempatan untuk post juga kisah yang diambil dari sebuah web. Yang pastinya ada manfaat yang boleh diambik bagi mereka yang baru ingin mula bercinta, sedang bercinta ataupun berangan-angan untuk bercinta. InsyaAllah sama-sama kita amik manfaat serta muhasabah diri masing-masing dalam menggapai matlamat cinta Agung serta Redha ilahi.
Wallhua'lam bissowab.


Posting pada: 2005-03-10 23:54
Aku tinggalkan cintaku kerana Allah...
.

Salam untuk semua. Saya terkejut kerana cerita saya, walaupun tergantung, mendapat sambutan yang saya tidak sangka. Oleh kerana pada hari itu saya tergesa-gesa dalam menulisnya lantaran kelas yang menghambat, maka saya ambil keputusan untuk menulisnya kembali dari mula. Saya harap para pembaca yang sudi melihat tidak bosan dengan cerita saya.

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Selasa, 21 Jun 2011

bercinta selepas vs bercinta sebelum kahwin

Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasasi oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya.
Namun bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi.
Walhal,yang sebenarnya Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.
Terdapat banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan.



Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:
Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.



Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".



Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.
Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.
Ungkapan-Ungkapan romantis seperti


"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing


Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".
Renungilah Firman-Firman ALLAH:
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1)
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)

Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).
"Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya". 
Marilah kita sama-sama renung samada kita tergolong dalam manusia yang beriman atau sebaliknya.

Followers