YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Sabtu, 28 Mei 2011

.:: JUM DOAKAN UMMI DAN WALID KITA ::.

DOA UNTUK IBU BAPA
__________________
Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu yaAllah.


Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan
kepadaMu kamimemohonpertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah
kurniakan nikmatkeatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
dan bukan pula orang-orang yang sesat.

Ya Allah
Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah.
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,
aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya
Engkau murkai,
aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya
Engkau tuntuti.
Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan
lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu,
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.


Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang
beriman kepadaMu dan
berbakti kepada kedua ibubapaku.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan
menyakiti hati mereka


kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,
Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh"
kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan
merekalah aku berjaya
kini, keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
dimalam ini aku terkenang semua itu
dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam
kubur ya Allah
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak mungkin
dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah yaTuhanku.


Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.
Amin.Amin Ya Rabal a'lamin.........

.:: Ketika ana memikirkan ________ ::.

Allah….Allah…Allah…. sayunya rasa di hati…sedihnya apabila terfikir sesuatu yang sudah lama hilang daripada fikiran..
Allah….


Usai daripada solat isyak sebentar tadi…seketika ana berteleku atas sejadah…tiba-tiba fikiran ana terdetik suatu perkara yang amat menyedihkan hati ana.. Allahu akhbar….


Ana tidak sedar bagaimana ana suatu perkara tersebut terdetik dalam fikiran ana walaupun ana tidak berniat untuk memikirkan perkara tersebut…


Suatu perkara itu ialah saat sakaratul maut berlaku pada parents ana..astagfirullah al’azim..ana tidak meminta perkara tersebut terjadi tetapi ia hadir dalam sekelip mata tanpa keinginan ana sendiri..ana sedih..bagaimana jika perkara tersebut terjadi?sudah banyakkah jasa ana pada ummi dan walid ana? Adakah gelaran anak solehah sudah ana genggami?cukupkah kegembiraan yang ana lakukan untuk ummi dan walid ana?tidak! bagi ana, selagi ana masih bernafas atas bumi ini, jasa dan doa ana untuk ummi dan walid ana masih belum cukup…


Ana sangat sayangkan ummi dan walid ana…


Seusai solat isyak, selepas ana terfikir perkara tersebut, tiba-tiba bayangan tentang perkara yang ana terfikirkan sebentar tadi muncul..Allah..betapa beratnya hati ini untuk menerima dugaan seperti itu..ampunkanku Ya Allah…


Ana tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan ana apabila perkara tersebut berlaku..ana akan redha dengan ketentuan Al-Khaliq tetapi mungkin perlukan masa untuk ana menerima perkara tersebut…ana sangat sayangkan ummi dan walid ana…


Hari ini, baru ana terfikirkan sesuatu, ana kurang meluangkan masa dengan ummi dan walid ana… ana terlalu memikirkan dan sibuk melaksanakan tugas ana sebagai suri rumah dan kenduri atau walimatu urus rakan-rakan ana..jika hari ini adalah hari tersebut, Ya Allah..ampunkan dosa-dosa kedua ibubapaku dan jauhilah kedua ibubapaku daripada seksaan azab api nerakaMU Ya Allah..Allah…Allah..Allah..betapa sayunya hatiku..


Allah..berikanlah peluang untukku untuk melaksanakan tugasku sebagai anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibubapaku sehingga kedua ibubapaku berasa gembira dan bersyukur dengan kehadiranku dalam hidup mereka.. Allah…..


Ketika mendengar lagu saat lafaz sakinah, lagi bertambah sayu perasaan dan hati ana kerana mengenangkan jasa kedua ibubapaku untukku..


Allaahummaghfir lii wa liwaalidayya warhamhumma kamaa rabbayaanii shaghiiraa 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihiku pada waktu kecil
 


Aminnn…

Selasa, 24 Mei 2011

.:: CARA BERMUHASABAH ::.

Cara untuk bermuhasabah, semoga dapat memberi manfaat.
01.Mengingati mati. Ini cara terbaik untuk bermuhasabah. Mengingatkan diri tentang kematian yang pasti terjadi membantu kita mengkoreksi diri. Secara tidak langsung menjadi pendorong untuk kita menambah amal kebaikan.



02.Mengingati kelemahan diri. Dengan kita menilai kelemahan diri kita secara tidak langsung membantu dalam memperbaiki kelemahan diri. Cara lain ialah dengan menukar kelemahan itu menjadi kekuatan. Sebagai contoh kita cuba kurangkan sifat suka berkata perkara-perkara lagha dengan berzikir, mungkin nampak jauh sangat perbezaannya, namun andai cuba diamalkan, InsyaAllah akan jadi kekuatan akhirnya.



03.Tidak membesarkan kekurangan orang lain. Janganlah dibesar-besarkan kekurangan orang lain kerana hakikatnya Allah menutup-nutup kekurangan kita. Andai kita menutup kelemahan orang lain, Allah akan melindungkan kelemahan kita.



04.Menjadikan kebaikan orang sebagai kayu ukur untuk kita. Dalam hal amalan kebaikan, amatlah wajar untuk kita meniru orang lain. Jadikan ia sebagai penanda aras untuk kita dan letakkan sasaran untuk menjadi yang lebih baik dari orang lain.
05.Menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan utama. Sangat jelas bahawa Nabi junjungan mulia contoh terbaik buat kita. Mulakan dengan mengamalkan perkara-perkara yang menjadi sunnah baginda.



06.Berdoa sebanyak-banyaknya agar Allah mudahkan kita untuk berubah dan memperbaiki diri. Allah yang memegang hati kita dan Dia jugalah mampu membuka hati kita untuk suka kepada kebaikan dan membenci kejahatan. Hidayah itu milik-Nya jua.
Sahabat-sahabatku, marilah kita sama-sama bergerak dan bertindak ke arah perubahan yang InsyaAllah mengundang redha Allah, biiznillah.
Doakan moga kita berjaya bermujahadah ke arah kebaikan dan kekal istiqamah dalam beramal..ameen. Wallahualam...

Followers