
Khamis, 1 Disember 2011
~ secubit penyesalan ~

Sabtu, 26 November 2011
Ya Allah,tempatkanlah beliau dalam kalangan orang-orang yang soleh..ameenn..

Jumaat, 4 November 2011
~ tiada insan yg mengerti apa yg sedang diri ini lalui ~

Rabu, 2 November 2011
~ sebentuk hati ~

Selasa, 1 November 2011
~ ubat hati ~
Isnin, 24 Oktober 2011
~ kesedihan hari ini mendorong kebahagiaan hari esok ~

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum w.b.t sahabat di blog....
ketika menulis warkah dalam dinding blog ini, hati ana masih dihimpit perasaan sedih... la baksa, mungkin ia hanya satu persinggahan sahaja =)
Selepas mengetahui sesuatu yang menyebabkan hati kecil ini terasa begitu sedih, hanya sebentuk hati ini sahaja yang mampu merawat kesedihan itu kembali ketika masih menghadiri waktu kelas tengah hari tadi.
Sedih? kenapa? mungkin itu satu persoalan yang bermain di fikiran pembacakan? =)
Sedih yang ana alami ini hanya sebentar..insyaallah, dengan kuatkan kesabaran dan cekalkan hati, ana yakin, ana mampu menghadapinya.. =)
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”
“Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)
Pagi tadi ana dapat tahu bahawa ana mendapat satu keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang mengecewakan. Tidak seperti yang ana harapkan. Benar, ana sudah berusaha semampu yang boleh, tetapi disebabkan keyakinan usaha yang ana lakukan, ana memasang harapan yang tinggi untuk mendapat keputusan yang baik dan memuaskan. Tapi, siapa yang tahu takdir Allah? Tiada siapa yang dapat mengetahui takdir Allah pada masa akan datang. Itu semua adalah rahsia yang disimpan erat dalam Qalam Allah.
“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia adalah baik untukmu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia adalah buruk bagimu “ [ QS Al-Baqarah ; 216 ]
Kata-kata tersebut membuatkan fikiran ana ligat memikirkan hikmah disebalik kejadian yang menimpa diri ana. Mungkin kekecewaan ana kali ini adalah sesuatu yang membuahkan kebaikan pada masa depan. Mungkin usaha ana kali ini masih belum cukup untuk ana mencapai keputusan yang baik seperti yang ana harapkan. Ana perlukan usaha dan lebih banyak doa dari Maha Pencipta. Insyaallah, manusia yang bijak, akan mempelajari sesuatu daripada kesilapan semalam. =)
Rasulullah Bersabda:
“Melainkan pasti Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung menghilangkan kebimbangannya dan menggantikan buatnya tempat kesedihan tersebut dengan kegembiraan.”
Mereka (para sahabat r.a) berkata: “Wahai Rasulullah! Semestinya ke atas kami mempelajari bilah-bilah kata ini.”
Nabi menegaskan: “Benar! (Bukan setakat kamu; bahkan) semestinya kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya perlu mempelajarinya.”
*******
✿ܓ Walaupun ...
kite LULUS UPSR
kite LULUS PMR
kite LULUS SPM
kite LULUS STAM
kite lulus semua peperiksaan di alam dunia
Tetapi belum tentu kite lulus (spm)
hanya ALLAH sahaja yang secara mutlaknya berhak menetukannya.
♥ (spm) ~> SIJIL PADANG MARSYA...
✿ܓ Ujian Allah adalah tanda Allah sayang kepada hambaNya walaupun ianya pahit untuk ditelan...sakit untuk diterima...namun kemanisan dan akan diperolehi jika kita yakin pada Allah....dan hadapi segala ujianNya dengan hati yang terbuka...
REDHA + IKHLAS+ SYUKUR+ SABAR = InsyaAllah BAHAGIA...
✿ܓwahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,kerna ada lagi manusia yang berpengetahuan darimu.
wahai wanita jangan pula berdukacita kerana kekuranganmu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu.
✿ܓ kIta serIng mahuKan hari yang CERAH, tetapi Allah Maha mengetahui, haKikatnya HUJAN pula diturunkan.. kita sering inginkan KESERONOKAN, jauH sekali kEsuSAhan, tetapi ALLAH MAha mengetahui, kesusahan itulah yang mengajar kEHIduPAn..kita sering ingiNkn KETENANGAN , hakikatnya diri ini penuh deNgan dosa dan kejahatan, tetapi manusia Lari dari keSilapan..semua Itu bukaNlah satu huKuMAN, tTApi sbaGAi tnda KASIH SAYANG aGAr kiTA lBih berIman.
✿ܓAllah yg menggerakkan kita mampu tersenyum walau dalam keadaan menangis. Tempat bertahan ketika kita hendak menyerah . Tempat berdoa ketika hilang tempat mengadu & ketika semua orang menjauh. Tempat untuk kembali bangkit sekalipun hati kita telah hancur berkali-kali . Tempat untuk tetap mengerti ketika tak ada satupun terlihat memberi erti dan semangat. Segala sesuatu yg terjadi Allah lebih memahami hati kita melebihi diri kita sendiri..
✿ܓYa Rabb..sesungguhnya biar berjuta titis pun air mata yg mengalir..biar ribuan org pun aku ceritakan apa tersirat dijiwa..x kan ada yg mengerti dan x kan ada yg memahami…Maka aku sedar…manusia itu hanya kan mampu mendengar..solusinya tetap dariMU…manusia mungkin mampu menasihati..tapi hanya Kau yang bisa tenangkan hati…Maka dengan rendah diri hambaMu ini memohon…leraikanlah segala kekusutan….permudahkanlah jalanku mendatang…Ampunilah hambaMu ini…kuatkanlah diriku menghadapi hari mendatang..
Ahad, 23 Oktober 2011
~ Allah lebih mengetahui ~

ALLAH MENGETAHUI
Saat kau lelah dan tak berdaya kerana usaha yang gagal
Allah tahu betapa gigih engkau telah berusaha
Ketika sekian lama kau menangis dan batinmu menderita
Allah telah menghitung tangismu
Saat kau rasa waktu terus meninggalkanmu
Allah menunggu bersamamu
Ketika kau kesepian
Dan kawanmu terlalu sibuk meski hanya untuk menelefon
Allah berada disisimu
Saat kau telah cuba semua dan tak tahu harus berbuat apa lagi
Allah memiliki jalan keluarnya
Ketika semuanya tak masuk akal dan engkau bingung atau kecewa
Allah memiliki jawapannya
Saat tiba-tiba hidupmu cerah dan kau temukan secerah harapan
Allah telah berbisik kepadamu
Ketika semuanya berjalan lancar dan banyak yang harus kau syukuri
Allah telah memberkatimu
Saat kegembiraan datang dan engkau merasa terpesona
Allah tersenyum kepadamu
Ketika kau punya cita-cita dan mimpi untuk diwujudkan
Allah telah membuka matamu dan memanggil namamu
Ingatlah, dimanapun engkau dan apapun yang kau hadapi
ALLAH MENGETAHUI !
**********************************************************************************
Allah tidak hanya mendengar perkataan dari hati manusia , tetapi juga mengetahui sekecil apapun yang terjadi pada diri manusia.
“DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA DAN MENGETAHUI APA YANG DIBISIKKAN OLEH HATINYA. DAN KAMI LEBIH DEKAT KEPADANYA DARIPADA URAT LEHERNYA.”(Qs Qof :16,17)
Ahad, 25 September 2011
~ ana mahu berubah... ~

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh ^_^ …
Selamat malam ya sahabat dalam ruangan blog..
Alhamdulillah..selepas beberapa hari ana tidak mengemas ruangan laman ni, hari ini ana gagahkan juga kudrat ana [ dengan izin Allah ] , ana mengemas jugak ruangan laman ini supaya tampak perbezaan kandungan daripada sebelum ni..hihi…
Sesuai dengan tajuk coretan laman dinding ini, itulah niat ana… tetapi masih terdapat banyak halangan untuk ana meneruskan niat ana.. Benarkah bila sudah tiba masanya, baru ana boleh meneruskan niat ana? Ataupun ana seharusnya mencari masa untuk meneruskan niat ana tersebut?
Allahu rabbi…. Ana sebenarnya sangat berkeinginan untuk melakukan sedikit paradigma untuk diri ana agar ana dapat meneruskan sisa-sisa hidup ana dengan lebih tenang di bawah syariat Allah tetapi kekangan masa dan juga keadaan yang menjadi tembok besar yang membuatkan ana terasa seperti berhenti di situ..
Adakah kenyataan ana itu menunjukkan ana berputus asa? =( Ya Allah.. maafkan ana kerana begitu lemah menghadapi ujianMU.. ana tidak berputus asa dan sesekali tidak akan berputus asa..walaupun ana kalah dalam membetulkan zahiriah tetapi ana tidak akan berputus asa terus berdoa kepada Allah dan sentiasa memohon petunjuk daripadaNYA..hanya dengan mempertingkatkan dalaman ana, insyaallah..ana dapat menzahirkan pada perlakuan ana kelak..insyaallah…
Ya Allah… janganlah KAU meninggalkan ana dari terus berpegang pada agamaMU Ya Allah..janganlah KAU lepaskan ana daripada landasan syariatMU yang lurus.. ana sangat perlukanMU Ya Allah..ana sangat lemah tanpaMU..ampunkan segala dosa-dosa ana lakukan..
Kuatkan dalaman…kuatkan batiniah..itu yang penting untuk kuat menghadapi segala ujian kasih sayangNYA…insyaallah…
Terima kasih untuk segala mardhatillah yang diberikan kepadaku Ya Allah…
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah……..
Isnin, 8 Ogos 2011
sedikit coretan hati ana =(
Assalamualaikum semua.. hari ini ana ingin meluahkan sedikit rasa di hati…. Mudah-mudahan dengan luahan ini, dapat mengurangkan sedikit rasa kesedihan di hati…
Dugaan Allah…mungkin buat masa sekarang ana rasakan ia sangat berat..insyaallah..ana akan cube ringankan dengan mendekatkan diri kepada Allah…insyaallah…
Mudah-mudahan ana dapat menangung rasa perit ini…air mata ana ni tak henti-henti mengalir dari kelopak mata ana..alhamdulillah..nasib baik ibu ana tak perasan..ayah ana tak perasan..kakak ana tak perasan….alhamdulillah..ana dapat sembunyikan lagi….
Hari ini ana bangun awal pagi untuk membantu ibu ana di dapur…hari ini juga entah pape je ana buat keje…habis minyak panas terpercik kat kaki dengan tangan ana..aduih! sakitnyerr tapi tak pe,ana boleh tahan sebab rasa perit di hati ana ni melebihi rasa sakit percikan minyak panas pada tangan dan kaki ana….kesan percikan tu ana tak kisah sebab perit hati ana membuatkan ana rasa kurang sakit atas percikan tu….
Alhamdulillah…hari ni semua keje siap tepat pada azan zohor…lantas ana pun mempersiapkan diri untuk menunaikan kewajipan pada Allah..tapi ana tak tahu kenapa air mata ana nie asyik mengalirrrrrrrr je masa membersihkan diri dan mengambil wudhu’..nasib baik ibu ana ni tak kata ape-ape sebab ana berada lame dalam bilik air…tapi ayah ana tutup lampu bilik air…waaaa,takutnyer ana rasa…takut ada lipas tersembunyi dalam bilik air..huhu~ dan ana cepat2 bersiap-siap dan buat xde ape-ape berlaku..heheehheee
Masa solat pun air mata ana turun lagi..waa,banyaknyerr air mata ana nie..Ya Allah,ampunkan ana… =( dan ana hindarkan semua tu..ana terus cube mengkusyukkan diri..alhamdulillah…
Lepas selesai solat, ana membantu ibu ana meletakkan semua kuih-muih kedalam bekas untuk diniagakan untuk bazaar ramadhan..huhu~ masa tengah buat keje,tibe-tibe fikiran ana menerawang ke kenangan-kenangan silam..tiba-tiba..hidung anaaa….hukhuk..jadi kembang kempis dan kembang kempis menahan sedih di hatii =( ..nasib baik ibu ana tak perasan..kalau perasan,ana tak tahu nak jawab ape…alhamdulillah..dan sekarang ana sedang meluahkan rasa hati ana dalam coretan bertulis agar dapat mengurangkan sikit rasa perit di hati....
Ana asifah andai coretan kali ini tidak memberi ape-ape ilmu pada para pembaca..insyaallah..next time ana akan cube paparkan satu kisah yang berilmu ye..maaf yee..
Ana undur diri dulu yea..ada keje nak buat sikit…mudah-mudahan puasa tahun ini memberi keberkatan dalam hidup kalian dan ana juga dan mendapat seluas-luas maghrifah daripada Allah..Allahumma amen..assalamualaikum w.b.t…
Jumaat, 29 Julai 2011
saya tetap menunggu awak
| Saya menunggu awak Saya menunggu awak dengan mata tertutup saya melakar hidup dan menanti berjuang dan menjaga diri perang dan mempertingkatkan peribadi saya menunggu awak untuk menyelamatkan diri ini menunggu dan terus menunggu hari kita berpimpin tangan untuk ke syurga abadi Walau seribu orang menyapa merasakan peluang masih wujud untuk mereka menyatakan takdir antara kita belum tertulis saya tetap menanti awak dengan setia irama ini saya pahat di dalam hati saya tanam di dalam jiwa kalau hari di dunia tidak tiba maka di akhirat nanti adalah pengakhiran penungguan saya |
