alhamdulillah, hati ini semakin kuat untuk
menerima taqdir daripada Allah...
walaupun hanya 80% yang dapat menerima..
lagi 20% tu dalam proses untuk menerima
taqdirNYA ini..
alhamdulillah, Allah wujudkan perasaan
ketenangan ini dalam diri qalam..
alhamdulillah..subahanallah..
02 JANUARI 2014 ( KHAMIS )
qalam bangun awal pagi untuk bersiap-siap ke
keje..
lepas mandi,qalam buka almari baju untuk
mengambil baju untuk ke kerja..
tapi tiba-tiba qalam terpandang pada suatu
sudut dalam almari qalam, dimana sudut tu diletakkan semua barang hantaran yang
telah di beli..
tiba-tiba qalam rasa sebak sangat sampai nak
menangis T_T
qalam cuba bersabar dan menahan rasa di hati..
qalam teruskan bersiap-siap untuk ke kerja..
jam tepat menunjukkan jam 5.30 pm, masa untuk
qalam pulang dari tempat kerja..
tapi semasa dalam kereta, entah kenapa qalam
rasa nak menangis sangat..
jadi perjalanan selama 30 minit qalam ambil
untuk pulang ke rumah, qalam gunakan untuk menangis sepanjang dalam kereta..
mungkin qalam rasa nak menangis sangat sebab
qalam rasa tahan sedih daripada semalam lagi..
habis niqab qalam basah di bahagian pipi kanan
dan bahagian pipi kiri..
tapi alhamdulillah, qalam rasa legaa sangat
selepas menangis sepuas hati masa perjalanan pulang..
terima kasih Ya Allah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan