YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Selasa, 4 September 2012

20 Adab Makan & Minum Mengikut Sunnah Rasulullah SAW.

Bismillahirahmanirrahim...




Mengikuti sunnah Rasulullah SAW adalah sangat penting bagi setiap muslim. Sunnah yang dapat membentuk keintiman dan keharmonian didalam rumahtagga dan keluarga kita. insya-ALLAH

1. MEMBASUH TANGAN

Membasuh tangan itu menurut satu pendapat bukanlah merupakan suatu sunnah secara umum. Ini kerana ia bergantung kepada keadaan iaitu jika tangan kotor maka dibasuh dan jika tidak cukup dengan menyapu tangan. Pendapat ini berdasarkan dua hadis yang menyebut:

“Bahawa Rasulullah SAW masuk ke tandas kemudian baginda keluar, maka baginda makan dan baginda tidaklah menyentuh air.” (HR An-Nasaa’i)

Satu lagi hadis menyebut:

“Bahawa Rasulullah SAW apabila baginda ingin tidur, sedangkan baginda berjunub, maka baginda berwudhu’ (seperti wudhu’) untuk solat dan apabila baginda ingin makan maka baginda membasuh kedua tangan baginda (lebih dulu).”

2. MEMBACA BISMILLAH

Nabi SAW bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda: “Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah…” (HR Bukhari dan Muslim)

Ini merupakan satu suruhan yang jelas mengenai membaca Bismillah.

3. BERKUMPUL SEWAKTU MAKAN
Adalah digalakkan berkumpul sewaktu makan menurut cara yang dibenarkan syarak iaitu tiada percampuran antara lelaki perempuan bukan mahram.

Rasulullah SAW bersabda: “Maka hendaklah kamu berkumpul untuk makan makanan kamu dan sebutlah nama Allah agar diberkati kamu padanya.” (HR Abu Daud)

4. MAKAN DAN MINUM DENGAN TANGAN KANAN

Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila salah seorang kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya dan apabila dia minum, maka hendaklah dia minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR Muslim)

5. MULA MAKAN DI TEPIAN, TIDAK DI TENGAH

Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia (mula) makan makanan yang berada di puncak pinggan, akan tetapi hendaklah dia makan makanan daripada bahagian di sebelah bawahnya, kerana sesungguhnya keberkatan itu turun daripada puncaknya (ke bawah).” (HR Abu Daud)

6. TIDAK TONGKAT TANGAN

Nabi SAW bersabda kepada seorang lelaki di samping baginda: “Saya tidaklah makan sedangkan saya (di kala itu) bertongkat tangan.” (HR Bukhari)

Juga digalakkan makan di dalam keadaan cara duduk berlutut dan menghulurkan kedua telapak kaki atau mendirikan kaki kanan dan duduk di atas kaki kiri (separuh bertempoh) atau bersila.

Kurang digalakkan makan di atas meja beserta duduk di atas kerusi kerana duduknya selesa dan tempoh makannya menjadi lama.

7. TIDAK MENCELA MAKANAN

Abu Hurairah r.a. pernah memberitakan:
“Tiadalah sekali-kali Nabi SAW mengaibkan makanan (yang terhidang). Jika baginda berselera, baginda memakannya, dan jika baginda tidak ingin, baginda meninggalkannya.” (HR Bukhari)

8. BERCAKAP MENGENAI KEBAIKAN MAKANAN
Semasa makan, para Ulama’ menggalakkan untuk bercakap mengenai kebaikan makanan. Akan tetapi ia tidak bermaksud bercakap di ketika makanan berada di dalam mulut.

9. MAKAN SUAPAN YANG TERJATUH

Jaabir b. Abdullah r.a. memberitakan Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila suapan seseorang kamu terjatuh maka hendaklah dia mengambilnya, hendaklah dia membuang kemudharatan padanya dan hendaklah dia memakannya dan janganlah dia meninggalkannya kepada syaitan (secara membazir).” (HR Muslim)

10. TIDAK BERNAFAS DALAM BEKAS MINUMAN

Ibnu Abbas r.a. memberitakan: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang bernafas dalam bekas minuman atau menghembuskan ke dalamnya.” (HR At-Tirmidzi)

11. TIDAK MAKAN BANYAK

Nabi SAW bersabda: “Orang mukmin itu makan menggunakan sebuah perut sedangkan orang kafir itu makan menggunakan tujuh buah perut.” (HR Bukhari)

12. LARANGAN MAKAN SAMBIL MENIARAP

Saalim meriwayatkan daripada sumber bapanya: “Bahawa Nabi SAW melarang seorang lelaki makan sedang dia duduk meniarap.”
(HR Ibnu Maajah)

13. UCAPAN PENJAMU: “MAKANLAH!”

Terdapat satu hadis yang dihujungnya berbunyi: “… Maka sentiasalah baginda SAW bersabda, “Sila minum!” (HR Bukhari)

Oleh itu sangatlah dituntut kepada para penjamu makanan agar mengucapkan kata seperti itu kepada orang-orang yang hendak makan.

14. MENJILAT PINGGAN DAN JARI

Rasulullah SAW menyuruh umatnya menjilat jari dan pinggan sesudah makan. Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan kamu) yang mengandungi keberkatan.” (HR Muslim)

Di dalam hadis lain menyebut:

“Apabila salah seorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia menyapu tangannya (dengan sapu tangan) sehingga dia menjilatnya atau makanan itu dijilatkan.” (HR Bukhari)

15. LARANGAN BANGUN SEHINGGA HIDANGAN DIANGKAT
Hadis menyebut:

“Apabila telah dihidangkan suatu hidangan, maka janganlah seseorang bangun sehingga diangkatkan hidangan; dan janganlah dia mengangkatkan tangannya (berhenti makan) sekalipun dia sudah kenyang sehinggalah kumpulan (bersamanya) selesai makan; dan hendaklah dia menunggu kumpulan itu; kerana sungguhnya seorang lelaki itu akan merasa malu duduk (lagi), maka dia akan berhenti makan; dan barangkali dia masih perlu untuk makan.” (HR Ibnu Majah)

16. MEMUJI ALLAH SWT DAN MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH SELEPAS MAKAN

Terdapat beberapa doa selepas makan yang telah diajarkan oleh Nabi SAW. Kita juga turut digalakkan untuk mendoakan untuk penjamu kita (yang menjamu hidangan kepada kita).

17. MEMBASUH TANGAN SESUDAH MAKAN

Nabi SAW bersabda: “Siapa tidur sedangkan di tangannya terdapat daging busuk dan dia tidak membasuhnya; tiba-tiba dia dikenai sesuatu, maka janganlah dia mencela melainkan ke atas dirinya (sendiri).” (HR Abu Daud dan Tirmidzi)

Orang yang tidak membasuh tangan sesudah makan akan menyebabkan tangannya kotor dan ini berkemungkinan akan menyebabkan kemudaratan seperti serangga atau binatang tertarik dengan sisa atau bau makanan di tangannya.

18. MENDAHULUKAN ORANG SEBELAH KANAN

Hadis menyebut: “Pernah dibawakan susu yang telah dicampur air kepada Nabi SAW; sedang di sebelah kanan baginda ada seorang A rab desa dan di sebelah kiri baginda terdapat Abu Bakar, maka lalu baginda minum, kemudian baginda memberikannya kepada orang Arab desa sambil baginda bersabda: “Hendaklah (disambung) kepada orang yang di sebelah kanan, kemudian orang yang di sebelah kanan.”" (HR Bukhari dan Muslim)

19. PEMBERI MINUM, MINUM YANG TERAKHIR

Dalam hadis sumber dari Abu Qataadah yang panjang, Nabi SAW bersabda: “…Sesungguhnya pemberi minum kepada suatu kaum itu, dialah peminum yang terakhir.” (HR Muslim)

20. LARANGAN MAKAN DAN MINUM DALAM BEKAS EMAS DAN PERAK

Hadis menyebut: “Siapa minum dalam bekas daripada emas atau perak, maka sesungguhnya akan menggelegak dalam perutnya (bakaran) api neraka.” (HR Muslim)

Ilmuan Islam sependapat tentang keharaman makan menggunakan bekas emas dan perak sama ada bagi lelaki ataupun perempuan.




Wallahu'alam
copied from :

Selasa, 21 Ogos 2012

AMALAN WANITA YANG BERGELAR SOLEHAH

Memang semua wanita bercita2 untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Disini ustazah tuliskan serba sedikit tips atau ciri2 yg boleh diamalkan untuk menjadi wanita solehah.




Amalan-amalan itu ialah:

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!

Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua yg bercita2 menjadi wanita solehah..InsyaAllah.

copied from :

Qalam mardhotillah

Selasa, 10 Julai 2012

Ciri-ciri isteri solehah

Menjadi istri sholehah tentunya menjadi dambaan dan cita-cita semua wanita ...namun mungkin untuk meraihnya perlu perjuangan dan perjalanan yg panjang semoga Allah Azza Wa Jalla memberikan kemudahan kepada kita semua untuk meraihnya Aamiin ya Rabbal'alamin...





Berikut adalah Ahklaq dari istri yang sholehah...

"AS-SABAR

"ASH-SHIDIQ (jujur)

"AL-IFFAH (menjaga diri dari perbuatan tercela))

"AL-ITSAR (Mengutamakan suami))

"AR -REDHA ( rela terhadap suami)

"AT -TAWADHU (bersipat tawadhu/rendah hati)

"AL-HAYA (menutupi diri dengan rasa malu)

"BERADAB (beradab terhadap suami,tidak meninggikan suara)

"ASY-SYUKUR (pengakuan hati bahwa segala nikmat yang dimiliki adalah karunia Allah (sentiasa bersyukur)

"AL-HALIM (seorang istri yg memiliki sifat lembut akan selalu bijak dalam langkah yang ditempuhinya.

"TAQWA..takut terhadap keberadaan Allah Azza Wa Jalla yang maha kuasa (selalu mempersiapkan diri untuk keberangkatan yang abadi))

Semoga para wanita Muslimah khususnya yg hadir di status ini adalah istri dan calon istri yang sholehah dunia akhirat....Aamiin ya Rabbal'alamin...



copied from page Sebelum Engkau Halal Bagiku


Followers