YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Isnin, 30 April 2012

~ kenapa berniqab? ~



hadis-hadis2 sahih ttg kewajipan PURDAH yang digunakan dalam mazhab syafi'e-majoritinya hadis sahih mutlak mutafaq 'alaih bukhari dan muslim

'Aisyah berkata:

كَانَ الرُّكْبَانُ يَمُرُّونَ بِنَا وَنَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُحْرِمَاتٌ فَإِذَا حَاذَوْا بِنَا سَدَلَتْ إِحْدَانَا جِلْبَابَهَا مِنْ رَأْسِهَا عَلَى وَجْهِهَا فَإِذَا جَاوَزُونَا كَشَفْنَاهُ


“Para penunggang kenderaan biasa melewati kami, di saat kami (para wanita) berihram bersama-sama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka jika mereka mendekati kami, salah seorang di antara kami menurunkan jilbabnya dari kepalanya pada wajahnya. Jika mereka telah melewati kami, kami membuka wajah.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah dan lain-lain)

Asma' binti Abi Bakar berkata: "Kami menutupi wajah kami dari lelaki, dan kami menyisiri rambut sebelum itu di saat ihram." (HR. Ibnu Khuzaimah dan Al-Hakim. Al-Hakim berkata: "Shahih berdasarkan syarat Bukhari dan Muslim", dan disepakati oleh Adz-Dzahabi)


'Aisyah berkata:


لَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ ( وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ ) أَخَذْنَ أُزْرَهُنَّ فَشَقَّقْنَهَا مِنْ قِبَلِ الْحَوَاشِي فَاخْتَمَرْنَ بِهَا


“Mudah-mudahan Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama-tama, ketika turun ayat ini: "Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada (dan leher) mereka." (QS. Al Ahzab: 31), mereka merobek selimut mereka lalu mereka menutub wajah dengannya." (HR. Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Jarir, dan lainnya)


Dari Urwah bin Zubair:

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ أَفْلَحَ أَخَا أَبِي الْقُعَيْسِ جَاءَ يَسْتَأْذِنُ عَلَيْهَا وَهُوَ عَمُّهَا مِنَ الرَّضَاعَةِ بَعْدَ أَنْ نَزَلَ الْحِجَابُ فَأَبَيْتُ أَنْ آذَنَ لَهُ فَلَمَّا جَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرْتُهُ بِالَّذِي صَنَعْتُ فَأَمَرَنِي أَنْ آذَنَ لَهُ

Dari 'Aisyah bahawa Aflah saudara Abul Qu'eis, pakcik Aisyah daripada penyusuan, datang minta izin untuk menemuinya setelah turun ayat hijab. 'Aisyah berkata: "Maka aku tidak mau memberinya izin kepadanya. Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah datang maka aku memberitahukan apa yang telah aku lakukan, maka beliau memerintahkanku agar memberi izin kepadanya.” (HR. al-Bukhari dan lainnya)


Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا خَرَجَتِ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ

“Wanita adalah aurat, jika dia keluar, syaitan akan menjadikannya indah pada pandangan lelaki.” (HR. Tirmidzi dan lainnya)

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْأَنْصَارِ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ قَالَ الْحَمْوُ الْمَوْتُ


“Janganlah kamu masuk menemui wanita-wanita." Seorang lelaki Anshar bertanya: "Wahai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, bagaimana pendapat Anda tentang saudara suami (bolehkah dia masuk menemui wanita, isteri saudaranya)? Beliau menjawab: "Saudara suami adalah kematian. (Yakni: lebih berbahaya dari orang lain).” (HR. al-Bukhari, Muslim, dan lainnya)


Perkataan 'Aisyah dalam peristiwa Haditsul Ifki:


وَقَدْ كَانَ -صَفْوَانُ بْنُ الْمُعَطَّلِ السُّلَمِيُّ ثُمَّ الذَّكْوَانِيُّ- يَرَانِي قَبْلَ أَنْ يُضْرَبَ الْحِجَابُ عَلَيَّ فَاسْتَيْقَظْتُ بِاسْتِرْجَاعِهِ حِينَ عَرَفَنِي فَخَمَّرْتُ وَجْهِي بِجِلْبَابِي

“Dia (Shawfan bin Al-Mu'athal) dahulu pernah melihatku sebelum diwajibkan hijab atasku, lalu aku terbangun kerana perkataannya: "Inna lillaahi…" ketika dia mengenaliku. Maka aku menutupi wajahku dengan jilbabku.” (HR. Muslim)

Aisyah berkata:

خَرَجَتْ سَوْدَةُ بَعْدَ مَا ضُرِبَ عَلَيْهَا الْحِجَابُ لِتَقْضِيَ حَاجَتَهَا وَكَانَتِ امْرَأَةً جَسِيمَةً تَفْرَعُ النِّسَاءَ جِسْمًا لَا تَخْفَى عَلَى مَنْ يَعْرِفُهَا فَرَآهَا عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ فَقَالَ يَا سَوْدَةُ وَاللَّهِ مَا تَخْفَيْنَ عَلَيْنَا فَانْظُرِي كَيْفَ تَخْرُجِينَ



“Setelah diwajibkan hijab pada Saudah, dia keluar (rumah) untuk menunaikan hajatnya, dia adalah seorang wanita yang besar (dalam riwayat lain: tinggi), tubuhnya melebihi wanita-wanita lainnya, tidak samar bagi orang yang mengenalnya. Lalu Umar melihatnya, kemudian berkata: "Hai Saudah, demi Allah engkau tidaklah tersembunyi bagi kami, perhatikanlah bagaimana engkau keluar!” (HR. Muslim)


copied : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=318351854905444&id=100001918974251

Ahad, 15 April 2012

¬ Bismillahirahmanirrahim ¬

Assalamualaikum wbt...

Ya Allah.... bangun pagiku adalah keranaMU dan tidurku kembali adalah keranaMU Ya Allah...  terima kasih atas segala nikmat dan kebahagiaan yang telah dikurniakan kepadaku...

Ya Allah.... ampunkan dosa-dosa kedua ibu bapaku.... ampunkan dosa-dosaku..ampunkanlah dosa-dosa ahli keluargaku... ampunkanlah dosa-dosa muslimin dan muslimat....

Ya Allah... kadang kala hati ini tertanya-tanya.. bilakah tiba masanya yang sesuai untuk ku ....... untukku meneruskan niatku keranaMU Ya Allah...

Permudahkanlah segala urusanku agar dapat ku mencapai apa yang aq niatkan keranaMU Ya Allah..ampunilah diriku andai permintaan ku ini menimbulkan kemurkaanMU..ampunilah aku Ya Allah..

Khamis, 29 Mac 2012

~ semudah amalan, sebesar ganjaran ~

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat...

"Siapakah di antara kamu yang menghidupkan malamnya?. "Salman al-Farisi menjawab+"Saya, ya Rasulullah. "Rasulullah bertanya lagi," Siapa yang berpuasa penuh pada setiap bulan ? "Salman al-Farisi menjawab+ Saya ya, Rasulullah. "Rasulullah kemudian bertanya, " Siapa yang khatam al-Quran pada setiap hari ? "Salman al-Farisi menjawab lagi+"Saya, ya Rasulullah. "

*Sahabat-sahabat yang lain berasa hairan akan jawapan Salman al-Farisi.
Mereka berkata bahawa mereka tidak pernah nampak Salman al-Farisi
membuat semua itu. Rasulullah s.a.w kemudiannya menyuruh Salman al-Farisi memberi penjelasan akan jawapannya itu. Salman al-Farisi menjawab:

" Aku pernah mendengar kekasihku, Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesiapa yang tidur
dalam keadaan berwudhu', seolah-olah dia telah ihya' (menghidupkan) malamnya.

Baginda juga pernah bersabda setiap amal kebajikan akan dibalas dengan 10 kebaikan. Aku puasa 3 hari pada setiap bulan sama dengan aku berpuasa 30 hari (sebulan). "

*Rasulullah s.a.w mengiakan kata-kata Salman al-Farisi.

" Aku juga pernah mendengar Baginda bersabda sesiapa yang membaca "Qulhuwallahu Ahad" (surah al-Ikhlas) seolah-olah dia membaca 1/3 al-Quran.
Aku membacanya 3 kali setiap hari. ini seolah-olah aku telah khatamkan al-Quran. "

Subhanallah,,,, :)

Followers