Bismillahi rahmani rahim...
hari ni hari ahad iaitu 29 / 12 / 2013
semalam tamat sudah program tautan mahabbah yang bergerak di bawah Team Hijrah Kedah [ THK ] . entah,kenapa bila sebut nama kem tautan mahabbah, hati ini terasa sayu..sebak.. dan hiba..
mungkin kerana diri qalam masih teringat pengisian dalam slot program..
Allah, qalam betul betul merasai pengisian dalam slot..sehingga kini qalam masih merasainya..
antara slot yang benar benar membuatkan qalam terkesan di hati ialah slot muhasabah diri iaitu program sentuhan qalbu.
Allah, slot tersebut telah membuatkan qalam menitis air mata, membuatkan sahabiah qalam menitis air mata dan membuatkan mak cik mak cik menitiskan air mata.. Allahu Rabbi, betapa terkesannya di hati..
antara pengisian yang benar-benar memberi kesan di hati qalam..
" sepanjang aku hidup di dunia ni, apa yang sumbangan yang telah aku berikan pada kedua ibu bapaku yang akan membawa ibu bapaku ke syurga?"
qalam tersentak.. qalam terkelu..
qalam berfikir sejenak, apa yang telah qalam sumbangkan untuk kedua ibu bapa qalam, untuk membawa mereka ke syurga?..
qalam tak tahu.. qalam benar benar tak tahu.. Allah..
ampunkan dosa-dosa kedua ibu bapaku Ya Allah, rahmatilah mereka berdua Ya Allah, kasihani lah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihani ku ketika aku masih kecil. Ya Allah, peliharalah kedua ibu bapaku agar sentiasa di bawah bimbingan MU di dalam agama dan jalanMU yang lurus. Amin Amin Ya Rabbal A'lamin.
Ahad, 29 Disember 2013
Jumaat, 27 Disember 2013
KEM TAUTAN MAHABBAH
Assalamualaikum
wbt.
hari ni
merupakan hari jumaat.. hari sayyidul ayyam iaitu hari penghulu hari..
hari ni jam tepat menunjukkan jam 3.00 petang, qalam akan pergi
ke yan kedah untuk menyertai kem tautan mahabbah di sana . inshaAllah..
tak sabar sangat untuk berjumpa dengan sahabat baru di sana ..
alhamdulillah, setelah menyertai program kem ini, ramai sahabat
qalam bertambah. qalam sertai juga meeting bersama ajk, alhamdulillah,
segalanya dipermudahkan Allah.
jika sesuatu dilakukan kerana Allah, Allah pasti memudahkan
urusan tersebut.
~ qalam mardhatillah ~
subahanallah .. indahnya lukisan alam
Jika hati sejernih air..
Jangan biarkan ia keruh..
Jika hati seputih awan..
jangan biarkan dia mendung..
jika hati seindah bulan..
hiasilah ia dengan imah..
Langgan:
Catatan (Atom)


